Monday, January 23, 2012

Percutian Dubai-Abu Dhabi 19-25hb Dis 2011... (4)

Ini cerita hari ke Empat

Hari ke Empat kitaorang keluar pagi-pagi lagi. Sampai ke Gold Souq dalam pukul 9.00 pg. Sebenarnya bukannya nak beli emas ke apa ke... saja nak bawak budak-budak tengok tempat yang bergantung-gantung emas dari hujung jalan ke hujung jalan.


Masih awal lagi ni... Kedai masih ada yang belum bukak, orang pun belum ramai. Seronok cuci mata... Waaaah sana... Waaaah sini... Benda cantik ler katakan... Tak sangka Si Haniis pun pandai menghargai kesenian dan kecantikan tau... hahaha...
Tapi rupa Gold Souq ni agak berubah berbanding 10 tahun dulu. Kalau dulu barang kemas kat tingkap kedai semuanya emas kuning, sekarang hampir separuh dah berwarna putih. Kalu dulu design lebih pada gaya lama Timur Tengah dan India... kali ni design nampak lebih modern.
Yang ini tak pasti cincin ke... gelang ke... apa ke... Yang pasti ia yang terbesar di dunia. Boleh nampak bayang patung kat sebelah tu pakai skirt dan baju bareback semuanya dibuat dari emas tulen... Hanya di Dubai. Kalau kat Malaysia, rasanya lama dah kena pecah kedai ni...

Lepas puas cuci mata, pusing-pusing kat kedai keliling. Nak mencari abaya, tapi tak ada yang mencuri hati. Rata-rata kedai jual abaya readymade... mana-mana kedai pun abayanya rupa yang sama. Tapi dah memang rezeki Hannan.

Kitaorang saja-saja masuk kedai abaya sebelah kedai makan yang kitaorang suka kat situ. Dia berkenan sehelai abaya tapi benda tu saiznya besar dan melabuh-labuh. Kita kata kat Hannan, nanti kita tempah aje kat Doha tapi orang kedai tu menyampuk, dia boleh jahitkan kalau betul-betul nak... 2 hari boleh siap! Hmm... apa lagi... siap mintak letak warna ungu lagi Cik Kak tu...

Sambil borak-borak, tuan punya kedai bukak cerita, dia biasa berulang ke Malaysia. Abang dia bukak restoran kat Sri Petaling. Dia pun biasa ke Masjid Sri Petaling... jemaah Tabligh agaknya. Sama-sama tergelak sebab kitaorang dulu pernah menyewa kat Sri Petaling. Hmm... keciknya dunia...

Inilah kedai makan yang kita cakap tu. Kedainya kecik-sempit tapi makanannya punyalah sedap. Sempat dua kali makan dan satu kali bungkus bawak balik. Harga tak mahal, dapat diskaun lagi Alhamdulillah...

Entry seterusnya... kitaorang ke Abu Dhabi... melawat Masjid Sheikh Zayed yang sangat-sangat cantik tu.

Until later...

2 comments:

  1. best best.. pening kan layan anak laki2..keje nak begasak je.. haniis ni mcm dah besar sangat

    ReplyDelete