Ringkas dan sedap...
Haaa... punya klasik lauk kali ni. Lauk favourite masa kita kecik-kecik dulu. Samada Telur Goreng Masak Kicap atau Telur Goreng Masak Sos Tomato. Ada salah satu lauk ni... dah cukup dah jadik lauk. Memang best betul!
Asalnya semalam kita termenung kat depan pintu fridge yang terbukak luas. Memikir-mikir apaaaalah lauk nak dimasak untuk sahur. Lauk berbuka dah siap. Tiba-tiba kita terpandang kicap yang dah tinggal hujung-hujung botol. Pastu terpandang pulak telur sepapan yang belum berusik... maka terimbaulah kenangan... hahaha... Nak resepi jugak ker? Meh gi dapur...
Telur Goreng Masak Kicap
6 biji telur
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji lada cili
1 cwn kicap manis
sedikit serbuk lada hitam & lada putih
sedikit air
Panaskan minyak. Goreng telur satu persatu dan ketepikan.
Hiris halus bawang besar, bawang putih dan halia.
Tumiskan dengan lada cili hingga hampir garing.
Tambahkan serbuk lada hitam, lada putih, kicap dan sedikit air.
Masukkan telur dan renehkan sekejap supaya kuahnya meresap rata.
Angkat dan hidang.
Bukan setakat budak, mak bapak budak pun suka.
Kalau tak cukup kecur, tengok gambor yang ini pulak...
Until later...
No comments:
Post a Comment