Hujung minggu lepas, bukan main lagi penuh aktiviti. Ada tazkirah pada malam dan pagi Jumaat. Petangnya ada pulak Bazaar Ramadhan anjuran Malaysian Association of Qatar. Harga makanan memang mahal laa... tapi layan aje... beri sokongan.
Inilah yang dibeli. Sedapnya air tahu dan air asam booi...
Tengah-tengah puasa... pastu dah lama pulak tak jumpa... laku punyalah...
Panjang orang beratur nak beli nasi lemak. Penjual dan nasi lemaknya ni dah jadi "lagenda" kat Doha...
Ada lagi...
Hari Sabtu, kitaorang ke Majlis Berbuka Puasa anjuran Sheikh Thani Bin Abdullah Al-Thani Foundation dan Ministry of Interior, Qatar di Dewan Sekolah Tariq Bin Ziyad. Majlis ni diadakan untuk merai semua komuniti expat kat Qatar ni.
Gambar banner kita ambik dari kejauhan. Tak berani nak pegi dekat-dekat sebab kat bawahnya ada 2 orang Pak Arab dari Foundation dan Ministry duduk. Karang tak pasal-pasal langgar protokol pulak...
Saprah dah dibentang dan makanan ringan tersusun kemas. Makanan utama ialah Nasi Briyani Kambing dan Ayam. Sayang, tak ramai yang datang...
Sebahagian daripada ibu dan anak-anak perempuan. Kita minat betul dengan khemah ni... comel aje kan?
Until later...
No comments:
Post a Comment