Ringkas dan sedap...
Haaa... punya klasik lauk kali ni. Lauk favourite masa kita kecik-kecik dulu. Samada Telur Goreng Masak Kicap atau Telur Goreng Masak Sos Tomato. Ada salah satu lauk ni... dah cukup dah jadik lauk. Memang best betul!
Asalnya semalam kita termenung kat depan pintu fridge yang terbukak luas. Memikir-mikir apaaaalah lauk nak dimasak untuk sahur. Lauk berbuka dah siap. Tiba-tiba kita terpandang kicap yang dah tinggal hujung-hujung botol. Pastu terpandang pulak telur sepapan yang belum berusik... maka terimbaulah kenangan... hahaha... Nak resepi jugak ker? Meh gi dapur...
Telur Goreng Masak Kicap
6 biji telur
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji lada cili
1 cwn kicap manis
sedikit serbuk lada hitam & lada putih
sedikit air
Panaskan minyak. Goreng telur satu persatu dan ketepikan.
Hiris halus bawang besar, bawang putih dan halia.
Tumiskan dengan lada cili hingga hampir garing.
Tambahkan serbuk lada hitam, lada putih, kicap dan sedikit air.
Masukkan telur dan renehkan sekejap supaya kuahnya meresap rata.
Angkat dan hidang.
Bukan setakat budak, mak bapak budak pun suka.
Kalau tak cukup kecur, tengok gambor yang ini pulak...
Until later...
Thursday, August 25, 2011
Tuesday, August 23, 2011
Itu dan Ini...
Minggu lepas dapat berita dari Abah, nama kita naik masa cabutan bertuah Jakel. Dapat karpet sekeping, jadik ler... Alhamdulillah. Soalan cepu mas... (mengambik kata-kata adik kita, Daus), mana mau taro? Jawabnya, bungkus dan taro tepi dinding dululah... kemudian baru fikir mana mau taro...
Yang penting, kita dah tau kat mana nak dapat kelapa parut segar... hahaha... Tak payah nak susah-susah pun sebenarnya. Ada kat supermarket Family Food Center tu aje haaa... Mintak aje kat minah yang timbang sayur tu, dah siap-siap bungkus dah kat dalam meja dia.
Hari Sabtu lepas, kita buat lagi Kuih Lopes untuk Majlis Iftar kat rumah. Jemput kawan-kawan baru. Terutama sekali orang-orang yang rajin menjemput Cik Abang makan kat rumah diaorang masa 2 bulan dia membujang kat sini. Dah lama tak menjamu orang beramai-ramai, kelam-kabut jugak kita dan Cik Abang dibuatnya. Harap-harap diaorang semua tak serik nak datang bila kita menjemput lagi.
Hal rumah dah selesai. Insya-Allah Hari Raya ke 3 atau 4, kitaorang akan berpindah ke sana. Rumahnya dalam compound yang kecik, ada 14 buah rumah aje kat dalam tu. Penyewa semuanya berkeluarga. Tempatnya bersih dan terjaga. Rumah 4 bilik, saiznya sedang elok dan sewanya menepati budget.
Hal kereta pun dah selesai. Setelah puas berpusing-pusing keluar masuk kedai kereta, banding jenama, banding harga, banding specsnya... akhirnya dia bertemu jugak keputusan nak kereta yang mana. Kereta apa yang dia pilih? Nantilah... dah dapat baru beritau.
Yang ini gambor apa pulak? Haa... inilah kerja kita tiap-tiap pagi. Mencatit butir-butir perbelanjaan hari semalam kat dalam buku khas. Senang nak jaga budget bila buat macam ni. Ini memang tabiat lama. Kalau dulu, satu buku tebal boleh bertahan 2 atau 3 tahun catatan... tapi sekarang 1 tahun 1 buku. Anak bertambah, budget dapur bertambah, mukasurat buku catatan pun kena bertambahlah jugak.
Sebenarnya masa tengah kira-mengira, main-main kamera... tersnap ler gambor ni dan jadilah cerita...
Buku-buku yang dulu ada kita simpan tapi selit kat kotak yang mana... tak tau ler nak tunjuk. Agaknya kalau korek-korek, mungkin dapat jumpa buku tahun 2000/2001. Boleh la check balik harga susu si Hannan dulu-dulu...
Kita memang sarankan kat kengkawan yang sama-sama surirumah sepenuh masa simpan buku macam ni. Nak-nak kalau Cik Suami tu jenis yang suka kata, "Awak ni boros betul la belanja..." tak pun, "Eh! baru bagi 100 hinggit semalam... dah habis?!" dan lain-lain ucapan yang sewaktu dengannya. Haaa... bagi tunjuk ini buku. Bukti ni tau... mana ada boros-boros. Makan nak sedap! Hahahaha... membebel lak ek?
Teringat masa mula-mula kawin dulu, 300.00 Ringgit sebulan pun tak habis makan. Sekarang ni toksah cakap la pasal budget dapur. Memang banyak... anak 5 orang semua badan tengah naik. Sekejap-sekejap lapor, sekejap-sekejap lapor...
Duit 2 helai tapi nilai 1000 tu...
Ini pulak gambor note 500 Rial. Terkejut kak oooiii... kalau kita kat M'sia atau Brunei, sekali dua aje jumpa note 500 Ringgit. Pastu memang kena sembur ler kalau berani kasik kat orang kedai masa beli barang. Alangkan duit 50 Ringgit pun selalu payah nak bagi duit balik... kan? Tapi kat sini orang guna note 500 Rial ni hari-hari. Pastu selamba aje bagi duit balik. Tak kira ler siapa... penjual sayur pun selamba pulangkan baki tau. Terpinga-pinga sekejap masa kali pertama dapat duit dapur kat sini. Sikitnyer duit... tak berasa kat tangan...
Yaaaa... mari kikis sama dia...
Ingat tak dulu kita cakap tapak kaki dah macam tapak kasut? Sekarang dah ok. Kikiskan aje dengan benda ni. Bila dah licin, basuh kaki bersih-bersih... barulah tepekkan krim kaki. Mulus-mulus aje rupa tumit dan tapak kaki kita sekarang... hehehe...
Ibu, cepat tangkap... nanti Haniis kemas pinggan-mangkuk... habis!
Cerita last. Si kecik Haniis ni dah pandai mengemas dah. Beg plastik tu asalnya terjuih sikit aje, pelan-pelan dia tarik sampai jadi gitu. Lagi sebulan, genaplah dia setahun...

Sunday, August 14, 2011
Kuih Lopes Perantau...
Pengubat rindu...
Masa pergi Bazaar Ramadhan haritu, kuih ni pun ada dijual. Nak beli sikit-sikit... mesti tak cukup. Nak beli banyak-banyak... faham-faham ajelah. Jadi kita cakap kat Cik Abang... takpe... nanti kita buatkan. Satu keluarga boleh makan puas-puas.
Jumpa resipi yang paling mudah kat MyResipi - klik sini yea. Cuma kelapa parut ajelah... tak tau lagi kat mana nak cari kelapa parut fresh. Kelapa biji ada dijual, tapi nak memarutnya tu macamana pulak? Hmm... nampaknya kena cilok parut besi klasik Mak ler bila balik kampung nanti... hehehe... Ok, ini resipinya. Macam biasa, kita dah ubah sikit-sikit ikut keperluan kita.
Kuih Lopes Perantau...
2 cwn pulut
2 1/2 sdbsr serbuk santan
2 cwn air
1 sdbsr pandan emulco
sedikit garam
2 ketul gula melaka
1 sdbsr gula
1 1/2 cwn air
1 cwn kelapa kering
sedikit air, gula dan garam
Basuh dan rendam pulut selama 3 jam. Kemudian toskan dan kukus selama 20 minit.
Bancuh serbuk santan dengan air, pandan emulco dan garam.
Keluarkan pulut dan gaulkan bancuhan santan dengan rata.
Kukus semula selama 30 minit. Alaskan dulang dengan plastik.
Letakkan pulut yang siap dimasak tadi dan tekan-tekankan sehingga padat.
Ratakan. Apabila dah benar benar sejuk, bolehlah dipotong dan digolekkan pada kelapa parut untuk dihidang.
Saja aje hempap pulut tu dengan buku budak-budak. Biar lagi mampat...
Untuk kuahnya, masakkan gula melaka, gula pasir dan air hingga sedikit pekat. Tapis dan sejukkan.
Untuk kelapanya, kita basahkan kelapa kering dengan air suam dan kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan gula. Kemudian kukuskan selama 5 minit. Tapi terus-terang kita cakap, kelapa ni tak berapa sedap... uhuhuhuuu... Tak sama dengan kelapa parut segar laaa... sedih!
Pulut sedang dikukus. Serbuk santan Maggi beli kat sini. Barang-barang lain stok dari Malaysia. Stok dah tinggal sikit... sabor ajelah...

Saturday, August 13, 2011
Ramadhan di hujung minggu lepas...
Hujung minggu lepas, bukan main lagi penuh aktiviti. Ada tazkirah pada malam dan pagi Jumaat. Petangnya ada pulak Bazaar Ramadhan anjuran Malaysian Association of Qatar. Harga makanan memang mahal laa... tapi layan aje... beri sokongan.
Inilah yang dibeli. Sedapnya air tahu dan air asam booi...
Tengah-tengah puasa... pastu dah lama pulak tak jumpa... laku punyalah...
Panjang orang beratur nak beli nasi lemak. Penjual dan nasi lemaknya ni dah jadi "lagenda" kat Doha...
Ada lagi...
Hari Sabtu, kitaorang ke Majlis Berbuka Puasa anjuran Sheikh Thani Bin Abdullah Al-Thani Foundation dan Ministry of Interior, Qatar di Dewan Sekolah Tariq Bin Ziyad. Majlis ni diadakan untuk merai semua komuniti expat kat Qatar ni.
Gambar banner kita ambik dari kejauhan. Tak berani nak pegi dekat-dekat sebab kat bawahnya ada 2 orang Pak Arab dari Foundation dan Ministry duduk. Karang tak pasal-pasal langgar protokol pulak...
Saprah dah dibentang dan makanan ringan tersusun kemas. Makanan utama ialah Nasi Briyani Kambing dan Ayam. Sayang, tak ramai yang datang...
Sebahagian daripada ibu dan anak-anak perempuan. Kita minat betul dengan khemah ni... comel aje kan?

Thursday, August 4, 2011
Jemput-jemput Sausage...
Jemput makan...
Dah lama benar tak buat entry masak-masak walaupun hari-hari memasak. Cuma takde buat masakan yang baru, semuanya ulangan belaka. Tak bestlah nak jadikan entry. Tapi jemput-jemput ni memang kali pertama kita buat. Walaupun resipinya sangat-sangatlah ringkas, tapi bolehlah jadi pembuka entry masak-masak untuk tahun ni...
Inspirasinya dari makanan goreng celup tepung yang selalu dijual kat Pasar Malam dan Bazaar Ramadhan. Untuk tepungnya kita buat ala-ala gebu. Kalau nak buat jenis yang garing, kena goreng betul-betul sebelum buka sebab makannya kena panas-panas. Kalau sejuk dah tak omph! Tapi manalah sempat nak menggoreng last minit. Yang ini pukul 4.00ptg kita dah siap goreng dah. Oleh kerana tepungnya lembut, Alhamdulillah... walaupun sejuk, masih sedap dimakan...
Jadi inilah resipinya... Jemput-jemput Sausage
10 batang sausage
1 1/2 cwn tepung gandum
3/4 cwn air
1 sdteh bikarbonate of soda
1 sdteh herba kering - thyme / oregano
sedikit garam
sedikit serbuk perisa ayam
sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
minyak untuk menggoreng
Sausage direbus hingga masak. Toskan dan setiap sausage dipotong 8. Ketepikan.
Gaulkan semua bahan kering dengan tepung.
Gaul rata tepung dan air hingga jadi adunan yang pekat dan melekit.
**Herba kering thyme atau oregano tu optional. Kalau tak mahu atau tak ada... tak apa. Boleh hiris-hiriskan daun sup aje, sedap jugak jadinya.
Jom goreng...
Panaskan minyak. Gunakan api sederhana.
Celupkan sausage ke dalam tepung dan goreng.
**Tepungnya tak perlu banyak, cukuplah setakat sausage tu tersalut sikit-sikit.
**Perlu cekap menggoreng sebab jemput-jemput ni cepat masak. Golek-golekkan sekejap aje dah boleh terus angkat dan toskan minyak.
Goreng hingga sausage habis. Hidangkan bersama sos kegemaran. Memadai jadi pengalas perut semasa Solat Maghrib.
Ini pulak permintaan Cik Abang. Lauk sahur tersohor... Gulai Sardin... hahaha... Bila kita memasak sardin, kita suka tambahkan lagi sos tomato dan sos cili, serbuk lada hitam dan lada putih, sekeping asam keping dan sedikit kicap. Taklah cair dan pucat sangat rupa kuahnya. Rasanya pun jadi lebih sedap.
Lawannya telur dadar...

Subscribe to:
Posts (Atom)