Melayan anak-anak bersekolah ialah satu tugas yang sangat demanding. Tanyalah mana-mana Ibu pun, memang memenatkan. Tapi dalam pada tu, kita tetap bersyukur kerana sebenarnya kita ini amat bertuah.
Mendengar cerita salah seorang anak murid Mak yang ada tujuh orang anak dan tiap-tiap hari dia berulang menghantar dan mengambil anak-anak dia dengan hanya naik motosikal sangat menginsafkan kita. Terus tak jadik nak meresah-resah. Malu...
Alhamdulillah, kereta dah dapat dah...
Minggu depan sekolah akan bercuti selama seminggu, aaaahhh... lega sikit rasanya. Mak & Abah pulak nak ke Kedah untuk melawat sepupu kita disana. Diaorang ada mengajak, Cik Abang pun tanya kat kita samada kita nak ikut sama atau tidak? Kita kata takpelah... cuti kali ni kita nak guling-guling aje kat rumah, boleh? Hahaha... penatlah...
Yelah, kitaorang ni kan belum berhenti-henti lagi sejak dari hari mula mengemas dan berpindah dari Brunei hinggalah sekarang. Tak larat rasanya nak travel jauh-jauh buat masa ni. Biarlah dulu...
Apatah lagi semenjak Cik Abang kat KL nih, kita memang terpaksa tidur lambat tiap-tiap malam. Mengambik alih tugas mengaturkan si Amiin ke tandas. Nak mengaturnya pulak paling cepat mesti pukul 1.00pg, kalau awal dari tu... tak berkesan. Memang basahlah tilam jawabnya.
Terpaksalah buat macam tu sebab kita ni, kalau dah tidur mesti dikejutkan barulah terbangun. Nasib baik bila duduk kat sini, pukul 5.30pg kita mesti terjaga sebab Abah kita hidupkan enjin kereta untuk ke Masjid. Kalau terlajak jugak, Mak mesti akan kejutkan punya. Oklah tu... kalau tak, terpaksalah Cik Abang buat wake-up call hari-hari.
Jangan tak caya, ini perkara biasa. Samada dia di KL atau dimana-mana tempat lain sekalipun, dia akan tetap call untuk kejutkan kita bangun tidur. Romantik? Takdelah... dia cuma takut anak-bini dia solat Subuh tahap gajah... hahaha... Yang herannya, bila dia telefon tu, boleh pulak kita terjaga. Bunyi-bunyi alarm memang tak bangun. Setkanlah macamana pun, tak terjaga punya. Tapi bila dia call, bingkas! Hahahaha...
Sejak-sejak balik ni, kita tak ada kesempatan lagi nak memasak apa-apa yang istimewa. Masak apa yang sempat aje. Itupun kalau sempat masak, kalau tak... beli aje. Si kecik Haniis tu, kalau dia dah nak Ibu dia, Mak Tok dia tak mau, Tok Abah dia tak mau... terpaksalah lepaskan aje apa yang tengah dibuat. Jadi memang rasanya entry masak-masak akan lama berhenti siaran.
Haniis pegang botol sendiri. Amiin lena...
Tapi tadi dia tidur agak lama, dapatlah masak Nasi Jagung, kari sayur dan goreng Ayam Segera Ayamas. Cukuplah untuk menghilangkan muak lauk-pauk kedai yang dah berhari-hari jadi santapan.
Haa... ini dia. Senang aje Nasi Jagung. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis, jagung biji dan garam sikit dalam minyak jagung. Lepas tu masukkan ke dalam beras yang dah bersih dan siap disukat airnya. Tekan punat periuk dan lepas tu siap! Ehh... kata takde entry masak-masak. Hehehe... bolehla... resipi sempooooiii...
Until later...
sat saja aku tgk si haniis dah besaq. kreta company ka Huda? Huda, kalau hang ikt Ka i Cyber suruh dia belanja mkn kat Saba. dia dah ketagih hehehe
ReplyDeleteYg ni kereta kitaorang baru ambik, Avanza 2nd hand. Bolehlah setakat nak muat kitaorang anak-beranak. Kam pun ada jugak cerita dia dok hari-hari bantai makan nasi mandi kat Saba tu. Semalam dia makan kambing kat sana dgn Hasni. Tgk la.. kalau rajin macam nak jugak naik KL...
ReplyDelete