Cerita Haniis...
Hari Isnin kita ke Hospital KB untuk follow-up appointment Haniis. Lega bila doktor cakap dah tak perlu lagi bersiruk. Paru-paru dah clear. Hingus dah kering.
Ceewah... rileks aje dia. Bila buat macam ni, takdelah dia rimas sangat mask tu menutup muka dia, jadi tak lah dia gelisah...
Alhamdulillah, Haniis dah sihat sekarang...
Cerita berpindah...
Rumah kita dah kosong. Berhari-hari mengemas dan membungkus. Kotak-kotak barang dah pun selamat masuk kontena. Tak adalah banyak sangat... dalam 106 kotak untuk sea freight dan 6 kotak untuk air freight.
Angkat dari dalam rumah...
Pikul dan masukkan ke dalam kontena...
Di bawak pergi...
Bila semua kotak dah diangkut, kita masih lagi berpusing-pusing dalam rumah, memungut sampah dan barang yang nak dibuang. Aduuhh... tak habis-habis... punyalah banyak barang yang nak dibuang. Ini pun masih ada lagi berbaki. Esok Cik Abang akan kasi clear habis sebelum serah kunci. Rasa sayu pulak bila tengok rumah tu kosong. Teringatkan waktu-waktu gembira...
Cerita kengkawan...
Makin terharu bila kengkawan meneruskan kebiasaan bergilir-gilir menjemput makan sesiapa yang hendak berpindah. Sejak kitaorang duduk di Apartment Lapan Puluh ni, tiap-tiap malam kitaorang ada jemputan untuk makan malam. Dapat pulak tapau untuk makan tengahari esoknya. Zaida, Oni dan Linda. Pagi esok bersarapan di rumah Kak Liza dan malamnya di rumah Kak Zura.
Kat rumah Zaida...
Zaharah dan keluarga...
Aishah dan anak-anak perempuannya...
Zaharah dan Aisyah datang menziarah malam semalam. Zaida tolong jagakan budak-budak seharian pada hari Isnin dan malamnya budak bertiga tu siap boleh sleep over lagi. Tadi menumpang basuh baju di rumah Kak Salina. Terima kasihlah semua. Kebaikan dan keikhlasan kengkawan kat sini akan terus terpahat di hati kita sampai bila-bila.
Diaorang dah kata nak send-off hari Sabtu ni. Hmmm... takut nangis laa... Dah lah kita ni cepat sayu...
Cerita Hannan...
Dah 3 hari Hannan menjadi penjaga adik-adiknya. Terpaksalah kita tinggalkan diaorang berlima aje kat apartment ni. Yelah, kita kena pergi memantau kerja-kerja berpindah kat rumah, Cik Abang pulak menyelesaikan kerja-kerja yang perlu kat pejabat. Amah dah terbang balik kampung hari Selasa. Tapi Alhamdulillah... selamat semuanya. Tambah lagi satu "A" untuk Hannan for being a great sister.
Adik kakak...
Until later...
No comments:
Post a Comment