Hari terakhir di Brunei amat bermakna. Kengkawan datang ke apartment membawak makanan untuk bersarapan pagi dan kemudian melambai kitaorang pergi. Uhuhu... sayu...
Kitaorang dapat adjoining apartments, jadi satu bapak-bapak punya port...
Satu lagi tempat ibu-ibu...
Linda dan anak-anak bakal bertolak ke Perth 28hb Jan ni... All the best for you yea...
Kitaorang transit di KLIA dan sampai Senai pukul 10.00mlm. Bermalam kat rumah Abang Jamal & Kak Ucu dulu. Esoknya sempat lagi berjalan-jalan mencari kasut sekolah. Terjumpalah pulak idaman hati, Phillips Garment Steamer kat Jusco. Makin penuh padat ler kereta. Macam mana ni? Belum sempat sampai barang dari Brunei, tapi siap boleh tambah lagi barang baru.Sabor ajelah... hehehe...
Bebudak kat Airport Miri...
Nak gak enter frame...
Dalam seminggu ni kitaorang memang tak menang kaki, tak menang tangan. Mengemas gerobok dan bergelumang kain-baju. Bebaju lama yang kat dalam tu ada yang kita buang, ada yang kita jadikan kain buruk. Yelah, kalau tak gitu nak letak baju kitorang kat mana pulak kan?
Memacam benda nak kena buat sebelum Cik Abang ke Cyberjaya. Urusan pembelian kereta masih dalam proses kat bank. Jadi buat masa ni kenalah pinjam kereta Abah Mertua dulu. Hari Isnin ni memang kena cilok kereta Abah sendiri pulak. Haa... nasib baik duduk dengan Mak Bapak... kan? kan? Tapi yang penting... Alhamdulillah, hal-hal pendaftaran sekolah semua dah siap.
Hari pertama sekolah...
Kita akan mula full run hari Isnin. Ooo'alah... keluar masuk 9 kali tuuu! Nantilah... bila Amiin dah settle down, boleh kot pujuk dia naik van yang disediakan tadika. Kalau dapat, jadi kuranglah sikit kita berpusing-pusing.
Kotak-kotak air-freight dah sampai dah petang semalam. Yang dihantar dengan sea -freight akan sampai tak lama lagi. Masalahnya... nak letak kat mana? Haaa... lambak ajelah kat ruang tamu rumah Minyak Beku ni ha...
Bebudak buat tempat main pulak...
Petang ni dah nak berangkat ke Parit Besar. Rancangannya kita duduk sana semasa weekdays dan balik Minyak Beku weekends. Cik Abang pun akan balik hujung minggu jugak. Hai, hanya Allah aje yang mengiringi Cik Abang kita ni turun-naik bas-bas ekspress. Semoga dia selamat pergi dan balik Ya Allah... perkenankanlah doa ni. Risau, risau!
Haniis pulak dah mula balik batuk dan selsemanya. Semalam dah jumpa Doktor, makan ubat aje dulu sebab dada masih clear. Harap-harap taklah sampai perlu disiruk-siruk lagi. Cepat ler baik yea Haniis...
Ini gambar sebelum mukanya habis berbintat-bintat digigit nyamuk...
Until later...
Huda - tak dok kat SS ke? mcm org gila kan menguruskan sekolah bdk2 ni.. awal2 seminggu 2 ni. lepas tu OK la.. smooth everything for you & Kam.. :-)
ReplyDeletePikir dok pikir... akhirnya tak jadi nak dok kat SS. Insya Allah ada rancangan lain utk tahun ni. Memang ler mcm org gila. Lagilah dgn si kenit tu, kalau dah jam dia nak Ibu dia, tak terbuat apa... lepaskan ajelah apa tgh dibuat. Nasib baik aku kat BP, boleh gak Abah aku gi hantar-ambik bdk2, boleh gak aku masak2, kalau tak... makan kedai & hantar dobi ajelah.
ReplyDelete