Tuesday, April 13, 2010

Kehidupan sehari-hari...

Dah sampai, tengah tunggu Babahnya check-in...

Cerita lama... 20-22 Mac 2010

Bercutian ke Borneo Rainforest Resort, Miri . Tak jauh dari Taman Negara Lambir. Setakat 2 malam aje. Sekali-sekali ajak budak-budak tengok hutan.

Inilah chalet kitaorang bermalam, kiranya macam apartment 2 bilik la...

Tempat penginapan memang cantik dan selesa. Semuanya dibuat dari kayu. Hari pertama diorang bawak jalan sekeliling resort. Kalau tengok gambar kat brochure dan website memang macam ngam tapi bila dah sampai, aduh mak! Terkecewa jiwa.

Kat dusun buah-buahan, pokok-pokoknya masih tahap pokok muda. Baru 4-5 tahun rasanya. Belum ada hasil. Kita yang biasa tengok dan kenal pokok pisang, durian, rambutan, nangka, belimbing dan lain-lain ni takpelah jugak. Pada yang tak kenal, kuranglah seronoknya kan.

Bila kat tempat haiwan ternakan, lagilah sedih. Binatang-binatangnya langsung tak terjaga. Nampak betul tak sihat. Kandang-kandang pun kotor. Haiii... kesian betul. Nak tengok pun tak sampai hati. Nak ambik gambar lagilah tak sampai hati.

Ini bukan pertama kali kita tengok perkara macam ni. Pergi ke A-Famosa pun begitu. Kebanyakan Zoo-zoo Negeri pun macam tu jugak. Kalau dah nak membela binatang, belaaalah betul-betul. Menyeksa aje, kesian tau...

Kita teringat kat kambing-kambing Abah dulu. Walaupun kandangnya tak seberapa kat belakang rumah tu dan yang menjaganya pun cuma Abah sorang aje, kambing-kambingnya sihat-sihat dan tegap-tegap belaka. Siap boleh jadi hadiah untuk akikah cucu-cucu lagi.

Pemandangan pokok-pokok hutan...

Tapi itu ajelah yang kita komplenkan. Yang lain-lain ok. Mana-mana bahagian hutan yang tak perlu ditebang, diaorang tak tebang. Jadi bolehlah kita tengok keadaan dalam hutan yang sebenar.

Ada dua trail. Yang pertama, trail tanah. Kiranya Jungle Trekking la ni. Tapi kitaorang tak larat nak jalan kat sini. Masing-masing pakai selipar aje. Tak pasal aje karang ada yang tergolek kat tempat curam.

Kat tempat permulaan denai hutan...

Jadi kitaorang jalan kat boardwalk. Puas jugak berjalan. Penat pun ya, tapi tempat-tempat rehat ada sepanjang perjalanan.

Kat tempat rehat boardwalk dalam hutan tebal...

Air terjun ada 2 yang comel kecik, kolamnya pun macam lecak-lecak kat jalanraya KL. Yang kat gambar tu pun bukannya lebar sangat pun air terjunnya tapi kolamnya dalam. Jadi pergi ambik-ambik gambar ajelah. Tak berani nak masuk.

Kolam kat belakang tu katanya 20 kaki dalam. Hish... tak beranilah. Mana sama berenang kat situ dengan kat kolam renang. Bahaya, bahaya...

Sepanjang-panjang kitaorang duduk kat sana, cuma ada 4 kumpulan pelancong aje. Bila waktu makan, macam tak percaya aje yang kitaorang ni ada kat resort. Lebih ramai pekerja dari pelancong. Mungkin dah penghujung cuti kot.

Salah satu anak sungai kat dalam hutan...

Yang kelakarnya, bila waktu malam kitaorang dah tak keluar bilik dah. Gelaaaap! Ha ha ha ha... orang bandar ler katakan. Mana biasa keluar rumah gelap-gelap. Apatah lagi dengan bunyi-bunyi yang bermacam-macam dari hutan. Woooh... no way la...

Cerita separa lama... 27 Mac 2010

Para ibu dan anak-anak perempuan sedang mendengar taklimat pengenalan...

Kumpulan Rakyat Malaysia di Kuala Belait buat lawatan ke Rumah Amal Anak Kesayangan Kami di Miri. Rumah yang menjaga anak-anak yatim miskin dan anak-anak bermasalah. Tujuan utama kitaorang ialah untuk bertanya khabar pada anak-anak ni dan menyampaikan sumbangan mana yang boleh.

Persembahan nasyid dari anak-anak perempuan RAAKK. Sebelum tu anak-anak lelaki dah buat persembahan...

Bina menara dari straw minuman. Antara aktiviti yang dijalankan. Untuk anak-anak kecik, kitaorang ajak buat kraf origami dan pinwhell...

Ini jugak satu pendedahan pada anak-anak kita supaya ada keinsafan tentang betapa bertuahnya diaorang dengan kehidupan diaorang sekarang. Semoga lawatan ini jugak memeberi inspirasi untuk kita dan anak-anak untuk terus menyambung kerja-kerja macam ni di masa depan Insya-Allah...


Waktu makan tengahari...

Terus-terang cakap, kita memang respek habis kat diaorang ni yang bergerak dengan penuh komitmen. Bukan calang-calang nak buat kerja macam ni. Semoga apa saja yang mereka usahakan mendapat keberkatan Allah dan membawa kejayaan pada anak-anak didikan mereka.

Penerangan dari orang kuat RAAKK, tapi tak ingat pulak nama Ustaz ni...

Cerita belum lama... 7 April 2010

Cik Abang kita membuka lembaran usia yang baru. Dia mencecah umur 40 tahun pada hari tu. Kita saje usik dia, "So, apa rasa umur 40 ni?" Dia cool aje jawab, "OK!" hmmm... memang cool.

Kitaorang memang simple aje bila sambut anniversary dan birthday masing-masing. Jarang benar berhadiah-hadiah. Paling-paling pun pergi makan kat restoran yang posh sikit. Tapi selalunya kitaorang cuma bersalaman dan ucapkan "Happy Birthday" atau "Happy Anniversary" dengan seikhlas hati.

Disebabkan dia tak berapa minat makan kek, kita pun buatkanlah Cream Caramel kesukaan dia. Lepas makan malam, kitaorang semua pun habiskan sama-sama....

Adeem mengadap Babahnya potong Cream Caramel...

Semoga dekad baru ni membawa kematangan, kebaikan, kejayaan dan rezeki yang halal lagi melimpah untuk Cik Abang kita ni, Insya-Allah... Amiiiiin...

Until later...

4 comments:

  1. sayangnya tempat tu dah tak elok. income tak cukup kot nak maintain.

    hang nampak letih Huda. teruk ka morning sickness? Su dah balik?

    dah 40 dah Kam ....

    ReplyDelete
  2. Aku evening sickness... hahaha :)
    Bukan setakat nampak letih aje Mala, memang aku letih masa tu, menapak le katakan...
    Sebenarnya kalau diaorg jaga binatang & kolam tempat aktiviti tu betul-betul, pastikan bersih & cantik, mesti org nak dtg punya. Repeat customer & rekomen dr yg dah sampai tu yg paling penting.
    Su balik bulan depan, aku dah mintak Oni tanyakan maid dia...

    ReplyDelete
  3. Maid part-time Oni... nak mintak dia dtg at least seminggu sekali sementara tunggu Yani (maid Ju)start bulan Julai nanti.

    ReplyDelete