Tuesday, July 21, 2009

Kek Kukus Kurma / Buah...



Ini resipinya...

Kek Kukus Kurma / Buah

Tepung 3 cwn
Baking powder 1 sudu teh
Bicarbonate of soda 1 sudu teh
Kismis / Kurma 2 cwn (jika menggunakan kurma, buang biji, hiris dan sukat)

Mentega 1 blok (250g)
Gula 1 cwn

Telur 3 biji
Esen vanilla 1 sudu teh

Gula ½ cwn (untuk gula hangus)

Sediakan 3 mangkuk untuk bancuhan. Setiap satu untuk bancuhan tepung, gula + mentega dan telur.

Ayakkan tepung bersama baking powder dan bicarbonate of soda.
Gaulkan kismis / kurma ke dalam tepung. Pastikan setiap butir kismis / kurma disalut tepung dengan rata. Ketepikan dahulu.

Pukul gula dan mentega hingga kembang. Ketepikan.

Pukul telur hingga naik dan campurkan esen vanilla.

Satukan bancuhan gula + mentega dengan bancuhan telur. Sebatikan keduanya.

Masukkan satu senduk campuran tepung ke dalam adunan di atas, gaul rata dan ulangi hingga campuran tepung habis. Ketepikan.

Basahkan permukaan kuali / periuk kecil, letakkan sesudu air dan tuang gula. Masakkan gula di atas api sederhana sehingga gula menjadi cair dan berwarna hitam.
Tutup api dan tuangkan terus ke dalam adunan tadi. Lakukan berhati-hati kerana percikan air gula sangat panas. Gaul rata.

Masukkan adunan ke dalam loyang kek yang telah dialas dan dilengser dengan mentega. Bungkus kemas dengan aluminium foil. Pastikan foil tidak berlubang ataupun terkoyak.

Boleh gunakan periuk masak sebagai loyang. Ia juga perlu dialas dan dilengser dengan mentega.Tutupkan periuk dengan penutup periuk yang terbalik supaya air tidak menitik masuk ketika mengukus.

Pastikan air kukusan sudah sedia mendidih. Kukuskan kek selama 3 jam. Tambahkan air kukusan dengan air mendidih kira-kira 1 ½ jam selepas mula mengukus.

Hati-hati dengan wap dan air panas ketika mengalih kukusan.
Pastikan masa kukusan dengan betul supaya air kukusan tidak kering dan waktu kukusan tidak melampui 3 jam. Sekiranya berlaku, kek akan kering atau hangus.



Until later...

1 comment:

  1. Salam k. Huda, akhirnya jmpa jgk resepi kek sodap k. Huda ni ;;) 1st try ni..xtau la pe citer sbb dok atas dapur lg tu..

    ReplyDelete