Anak-anak kembali bersekolah hari ini selepas 3 minggu cuti. Maka bermulalah balik aktiviti mengambik dan mengantor anak-anak. Takpelah dah adatnya gitukan.
Nih, nak cerita pasal kedatangan Mak & Abah ke Brunei pada 17-23 Jun yang lepas. Amboooi... lamanya cerita nak keluar kan? Nasib baiklah blog sendiri, kalau jadi wartawan suratkhabar mesti dah kena buang kerja he he...
Sebenarnya ini trip ketiga Mak & Abah ke Brunei. Sebelum kitaorang tersangka akan ada peluang bekerja dan tinggal kat Brunei, Mak, Abah dan Hannan dah sampai sini dulu.
Kalau tak silap tahun 2004. Diaorang melawat Pak Pin, adik Mak di Bandar Seri Begawan. Pak Pin ni berkahwin dengan orang Brunei dan sejak tu terus menetap kat sini.
Dua tahun lepas, diaorang ada melawat, masa tu masih di rumah lama kat F1/31. Rumah baru ni diaorang belum sampai. Memandangkan cuti sekolah lepas memang tak ada plan nak balik Semenanjung, kita jemputlah orang Semenanjung datang ke sini!
Lagipun dengan status kontrak yang masih dalam tandatanya ni, baiklah ambik peluang sementara kitaorang masih ada.
Special shot keluar dari arrival gate...
Mak & Abah turun di Airport Miri. Lepas ambik diaorang, singgah makan tengahari jap, buat shopping sikit dan terus balik ke rumah. Budak-budaklah seronok. Terus bukak cerita itu ini...
Sessi mengaji...
Dua hari pertama tu takdelah kemana-mana. Duduk rehat-rehat kat rumah aje. Borak-borak, berstory-story kan...
Adalah jugak berjalan ke Kuala Belait dan bawak Abah ke pasar. Ajak dia tengok ikan-ikan segar-bugar yang baru naik dari bot. Best ajak Abah pergi pasar. Segala jenis ikan dan subspesisnya dia kenal. Yang sedap, yang lembut, yang liat... dia tau.
Bila hari Jumaat baru Cik Abang confirm nak pergi Labuan. Memang tak berplan-plan walaupun dah berura-ura. Tengahari tu jugak terus book hotel dan beritau Pak Pin kitaorang nak tumpang tidur kat rumah dia.
Gelak-gelak ketawa...
Esok paginya, lepas sarapan kitaorang pergilah ke Terminal Feri Serasa kat Muara. Hmmm... itulah padahnya orang berjalan main redah. Tak tau tiket feri ni sangatlah terhad, kalau nak beli kena pergi pagi-pagi. Walaupun masa tu baru pukul 8.30 tapi semua tiket perjalanan pagi dah habis!
Next trip pukul 1.00ptg. Lagi best, tiket untuk balik dari Labuan ke Muara pon dah sold-out. Yang ada mesti dibeli di Terminal Feri Labuan dan semuanya perjalanan pagi.
Adoooi... Macam tak berbaloi aje nak pergi sekejap sangat. Dibuatnya pulak takde tiket balik? Memang hampir tak pergi tapi nasib menyebelahi, tiket balik pukul 4.00ptg ada. Cuma kena pergi kat ofis agen di Kiulap.
Sementara Pak Pin dan Cik Abang pegi ambik tiket, kitaorang lepak kat rumah Pak Pin. Aunty Jus yang baru balik dari pasar terus masak dan jamu sup udang dan sotong. Makan lagi... padahal baru aje sarapan.
Tok Abah dan cucu-cucunya...
Dekat-dekat tengahari, kitaorang pun bergegas ler ke terminal, takut tertinggal feri he he he...
Cerita di Labuan? Bersambung...
Until later...
No comments:
Post a Comment