Tuesday, July 28, 2009

Majlis Barbeque - Ahad 26hb Julai '09

Berasap-asap dapor Bang!

Demam Barbeque melanda kaum Bapa! Mula dengan majlis Birthday Aimi, Birthday Dyna, membawak ke majlis House Warming rumah Kak Wani sambung terus ke hari Ahad lepas 26hb Julai - Mega BBQ kat rumah Dr. Agus. Pulun habis diaorang sebelum bulan puasa ni!
(Edit : rentetan BBQ dah dibetulkan semula oleh Cik Mala)

Sambutan dari rakan-rakan tak terduga, dah jadi macam kenduri kawin pulak sibuknya he he...

Hari Jumaat malam Sabtu diaorang meeting kat rumah Mat Noh sambil makan-makan Maggi jangan tak caya. Diaorang pun bahagi-bahagi kerja, siapa nak buat apa, pukul berapa nak buat, siapa nak angkut dapur, semua-semua yang perlu diaorang dah bincang dan delegate. Esoknya, gotong-royong pulak bersihkan barang mentah i.e ayam, daging, udang, sotong dan gaulkan perapnya sekali.

Ini meja hidangan sarapan...

Pagi Ahad, diaorang kumpul untuk set-up dapur dan api. Kita gorengkan mee dan pisang. Kak Zati buat nasi lemak dan ayam goreng. Bila yang lain-lain sampai, masing-masing pun bawak makanan sorang sikit. Bila dah gitu banyaklah jadinya kan. Hmmm... kitaorang pun terus call sape-sape yang dapat, suruh diaorang datang makan sarapan.

Seronoknya main air...

Bouncer untuk budak-budak tu last minit punya idea. Siap aje bende tu set-up petang Sabtu, budak-budak terus enjoy ler sampai ke Maghrib. Pagi tu, tak sempat suruh sarapan diaorang dah berendam dulu! Sabor ajelah.

Ini meja hidangan tengahari merangkap minum petang & makan malam...

Dekat-dekat pukul 11.00pg, Bapak-bapak dah mula memanggang. Ibu-ibu kat dapur merewang bungkus ikan dengan daun pisang, buat acar sayur, masak nasi, buat air dan pastikan pinggan-mangkuk-cawan bersih cukup. Bila siap semua makanan, penuh 2 meja tak termuat-muat. Alhamdulillah... murah rezeki.

Gambor diedit semula... kesian kat Cik Zaida gambor dia takde he he... Di sini bersama-sama dengan Cik Linda & Cik Oni.

Tapi kita ler ada terugi sikit. Yelah sejak pagi dah makan itu-ini, bila ikan pari bakar sampai, kita dah terlalu kenyang. Ingat nak tunggu ler petang-petang sikit untuk menjamah, sekali pukul 2.00ptg kita cari-cari, habis rupanya! Alamak... diaorang kata sedap sangat, sebab tu cepat habis.

Satu-satunya gambor kita lepas salin baju. Sebenornya sejak pagi, lepas buat sarapan kita terus on aje sambung rewang. Sudahnya sampai Zohor baru mandi he he...


Aktiviti masak-masak, makan-makan, borak-borak, main air berterusan sampai ke petang diselang dengan solat jemaah Zohor dan Asar.

Hari dah mengunjung petang, bila dipanggil-panggil, budak-budak masih lagi taknak berenti main. Terpaksalah switch off blower angin bouncer, baru ler budak-budak tu nak berenti. Bila masing-masing dah salin baju, menggagau pulak carik makanan. Mana-mana makanan yang tinggal tu habis licin diaorang kerjakan. Lapor!

Bapak-bapak dah separa lepak memasak dan makan...

Rasanya dah pukul 6.00ptg barulah betul-betul bersurai. Semua balik bawak perut yang kenyang dan kenangan yang best punya...

Until later...

Tuesday, July 21, 2009

Kek Kukus Kurma / Buah...



Ini resipinya...

Kek Kukus Kurma / Buah

Tepung 3 cwn
Baking powder 1 sudu teh
Bicarbonate of soda 1 sudu teh
Kismis / Kurma 2 cwn (jika menggunakan kurma, buang biji, hiris dan sukat)

Mentega 1 blok (250g)
Gula 1 cwn

Telur 3 biji
Esen vanilla 1 sudu teh

Gula ½ cwn (untuk gula hangus)

Sediakan 3 mangkuk untuk bancuhan. Setiap satu untuk bancuhan tepung, gula + mentega dan telur.

Ayakkan tepung bersama baking powder dan bicarbonate of soda.
Gaulkan kismis / kurma ke dalam tepung. Pastikan setiap butir kismis / kurma disalut tepung dengan rata. Ketepikan dahulu.

Pukul gula dan mentega hingga kembang. Ketepikan.

Pukul telur hingga naik dan campurkan esen vanilla.

Satukan bancuhan gula + mentega dengan bancuhan telur. Sebatikan keduanya.

Masukkan satu senduk campuran tepung ke dalam adunan di atas, gaul rata dan ulangi hingga campuran tepung habis. Ketepikan.

Basahkan permukaan kuali / periuk kecil, letakkan sesudu air dan tuang gula. Masakkan gula di atas api sederhana sehingga gula menjadi cair dan berwarna hitam.
Tutup api dan tuangkan terus ke dalam adunan tadi. Lakukan berhati-hati kerana percikan air gula sangat panas. Gaul rata.

Masukkan adunan ke dalam loyang kek yang telah dialas dan dilengser dengan mentega. Bungkus kemas dengan aluminium foil. Pastikan foil tidak berlubang ataupun terkoyak.

Boleh gunakan periuk masak sebagai loyang. Ia juga perlu dialas dan dilengser dengan mentega.Tutupkan periuk dengan penutup periuk yang terbalik supaya air tidak menitik masuk ketika mengukus.

Pastikan air kukusan sudah sedia mendidih. Kukuskan kek selama 3 jam. Tambahkan air kukusan dengan air mendidih kira-kira 1 ½ jam selepas mula mengukus.

Hati-hati dengan wap dan air panas ketika mengalih kukusan.
Pastikan masa kukusan dengan betul supaya air kukusan tidak kering dan waktu kukusan tidak melampui 3 jam. Sekiranya berlaku, kek akan kering atau hangus.



Until later...

Kisah dulu-dulu dan Resipi Kek Kukus...

Masa nak mengupdate resipi Kek Kukus ni, kita ternostalgia pulak kisah Mak Yah, jiran sebelah rumah kitaorang kat Batu Pahat. Mak Yah ni merangkap Mak Angkat kitaorang adik-beradik. Dulu Mak & Abah kerja, jadi transit kat rumah dialah masa nak pergi atau balik dari sekolah.

Bila kita dah besar sikit, cuma 2 adik-adik yang kecik aje masih Mak Yah jaga. Kita dah tak mau dah duduk sana. So balik dari sekolah ambik kunci dan lauk dulu dari Mak Yah, pastu makan tengahari dengan nasi yang Mak dah siap tanak sebelum pergi kerja.

Kita bukan apa sebenarnya, anak Mak Yah ni ramai lelaki. Anak yang dah bujang ada, yang masih bersekolah ada 4 orang. Itu belum masuk lagi kengkawan diaorang yang selalu datang lepak-lepak. Kengkadang jadi sampai 7-8 orang ramainya budak jantan. Yang anak perempuan kat rumah cuma Kak Encuk dan Sarina yang sebaya dengan kita.

Taulah ajelah budak lelaki, suka mengusik dan kitalah yang paling teruk kena. Tension pun ada, sakit hati pun ada, malu pun ada asyik kena usik. Tapi ada satu sebab paling besor yang buat kita benci habis-habis. Diaorang tu semua busuklah! Macam ada somekind of smell, eeei... tak tahan dan tak suka!

Tapi kat Mak & Abah kita takdelah cerita benda-benda ni. Kita buat aje kepala terjal-degil macam nak rak kita tu. Kita cakap kita tak nak pergi and that's it. Siap umpil pintu rumah dan jugak panjat masuk ikut tingkap. Macam tu sekali kita buat, tak nak punya pasal.

Afterwards, the real reasons Mak & Abah buat new arrangements, kita tak pernahlah tau sebab tak pernah tanya, tapi akhirnya dapatlah kita duduk rumah sendiri dengan adik kita Fizah. Bestnye... seronoknye...

Yelah, satu hal takyah lagi menengok muka dan mem"bau" busuknya bebudak lelaki tu. Lagi satu hal yang paling best, boleh buat suka kitalah kat rumah. Siapa nak marah? Eh... Maklah marah tapi selalunya dah petang-petang lepas dia balik kerja baru kena. Rumah bersepah he he he...

Sebenarnya kita ada dua resipi Kek Kukus. Satu resipi Mak Yah dan satu lagi resipi Maktuk kita. Tapi the first one dari Mak Yahlah. Bulan puasa tahun 1998, kita duduk mengadap dia buat kek sambil ambik nota. Dengar, tengok dan salin.

Lepas tu berguru pulak dengan Mak Ha, adik Mak, untuk resipi Maktuk. Pun sama jugak. Diaorang ni mana ada catit-catit. Semua dalam kepala.

Yang berbeza antara dua resipi ni ialah resipi Maktuk untuk dua adunan sekaligus dan masaknya 4 jam. Pernah guna reispi ni sekali-dua tapi lepas tu dah tak lagi. Tak kuat nak aduk adunan 5 cawan tepung, berat!

Teringat dulu-dulu tengok Maktuk kukus empat biji kek sekaligus dalam periuk besar. Masaknya atas dapur kayu. Acuannya pulak tin margerin Planta yang ditutup dengan penutup periuk. Kreatif kan?

Kalau Mak Yah guna acuan periuk dengan penutupnya dan masak atas dapur minyak tanah.

Dua-tiga tahun pertama, kek-kek yang kita buat tak menjadi sangat. Bantatlah, keraslah, hanguslah dan hentah hapa-hapalah lagi. Tapi semangat nak bereksperimen kuat. Alhamdulillah, sekarang ni dah mahir ler.

Kita pun dah tukar sikit-sikit tatacara dan resipi. Kalau kek yang Mak Yah buat dan yang kita buat diletak sebelah-sebelah, akan nampak ketara beza rupa dan teksturnya. Rasa pun dah berbeza sikit tapi masih lagilah dalam kategori sedap!

Hai, punyalah payah nak dapatkan dan baiki resipi. Tu sebabnya kalau ada sesiapa yang nak belajar, kita tak keberatan nak ajar. Haaa... ni siap keluar kat internet lagi. Kata orang, sharing is caring. Ye ke?

Mak Yah dan Mak, Hari Raya 2008

Until later...

Monday, July 20, 2009

Kurma Kurniaan Sultan Brunei...

Pada hari Ahad, 5hb Julai haritu, Biba & Sonny jemput makan-makan kat rumah diaorang di Miri. Kita memang bersemangat betul nak pergi sebab dah lama tak jumpa dia.

Biba ni dulu salah seorang ahli Kelab (Tak Rasmi) Isteri-isteri Orang Malaysia yang kerja di BSP. Tahun lepas Biba berpindah ke Dubai. Tapi thanks to Facebook, kitaorang semua tetap dapat keep in touch.

Dari kiri : Shafinaz, Biba, Mala, Kak Salina dan kita. Thanks Biba for the Nasi Briyani. Can't wait to see you for makan-makan at the Brunei side...

Mula berfikir-fikir nak buat apa untuk buah tangan. Korek-korek kabinet, terjumpalah satu pek kurma kurnia Sultan Brunei. Haa... untuk sesiapa yang tak tahu, tiap kali bulan puasa, Sultan Brunei akan berikan satu pek kurma untuk setiap warga Islam di Brunei ni.

Borang akan diedarkan untuk maklumat berapa ramai ahli rumah. Lepas tu, ambiklah bahagian kita kat kat tempat yang ditetapkan. Setiap satu ahli rumah dapat satu pek. Jadinya macam kitaorang ni akan dapat 6 peklah.

Bayangkanlah 6 pek, manalah terhabis... nasib baik sifat kurma tu memang tahan lama. Walaupun dah dekat setahun tapi masih elok lagi. Haa.. apa lagi, Kek Kukus Kurma ler jawabnya.

Dapat dua pek lagi dari Kak Zati...

Asal resipi ni memanglah Kek Kukus Buah, tapi masa nak buat open house Hari Raya tahun 2007 dulu, kita guna kurma kurnia tahun tu untuk buat kek menggantikan kismis. Saje aje eksperimen, sedap pulak bila dah jadi.

Tapikan hari tu, bila dah bagi kat orang, takkanlah kita nak membalun lebih-lebih, kang kata orang buruk siku pulak. Bila balik rumah asyiklah teringat-ingat. Tak puas makan...

Mala ada cerita, kurma dia masih ada lagi so kita berkira-kiralah nak mintak kat dia. Belum sempat tanya, dia dah offer dan mintak sekali kita tunjukkan cara nak membuat keknya. Hmmm... no problem tu.

Dari kiri : Kak Zati, Mala dan Oni. Sempat pose baik punya...

Akhirnya, hari Selasa 7hb, Mala, Oni dan Kak Zati pun datanglah rumah kita. Bahan-bahannya kita dah siap sukat, jadi bila diaorang sampai terus ajelah buat. Sebenarnya buat Kek Kukus ni bukannya susah sangat, cuma bab nak memasaknya aje yang lama. Sampai 3 atau 4 jam, bergantung pada resipi.

Memang larap ler gas masak kak oi... Semalam Emma beritau dia dah buat dah ikut resipi kita ni (dah post kat FB). Dia kata elok-elok aje siap masak kek, gas pun habis. He he he... Tapi apapun rasanya berbaloi kalau nak buat sekali-sekala, untuk puaskan selera dan lepaskan gian

Biasala, saje nak enter frame..

Resipinya, next entry. Bersambung...

Until later...

Tuesday, July 14, 2009

Kedatangan Mak & Abah ke Brunei - Waktu untuk pulang.. : Siri 3

Mak & Abah dijadual balik ke Semenanjung pada hari Rabu 23hb Jun, flight pukul 4.00 petang. Dua hari terakhir sebelum balik tu setakat bawak pusing-pusing kat KB untuk diaorang pergi beli souvenir. Lepas tu rehat-rehat kat rumah aje.

Pada pagi hari Rabu, sejak pagi kitaorang semua dah bersiap-siap dah. Stand-by relaks sambil tengok TV. Cik Abang ambik half-day. Dia balik pukul 12.00 tengahari dan kitaorang terus masuk kereta dan bertolak.

Kita sebenarnya awal-awal lagi dah cerita kat budak-budak, Maktuk & Tok Abah dah nak balik kampung supaya diaorang bolehlah get used to the idea. Kita tak mau jadi macam dulu, bila diaorang balik, tetiba aje rasa rumah macam kosong dan sunyi, budak-budak jadi sedih.

Tengoklah tu...

Itupun belum apa-apa dah mula krisis. Adeem dengan Amiin berebut-rebut nak duduk dengan Tok Abah masa ambik gambor. Si Amiin, tak padan kecik betul. Seboleh-boleh ditolaknya Adeem tu. Hmmm... mula dah babak nangis-nangis.

Amiin nyenyak tidur, Adeem muncung panjang...

Dalam kereta pun sama, Amiin tak mau mengalah langsung. Selamba aje dia, siap boleh terus tidur kat ketiak Tok Abah! Kesian Adeem, merajuk betul dia. Last-last ajak dia duduk depan dengan kita. Sekali-sekali takpelah...

Dah siap makan, kenyang...

Macam biasa kalau weekdays memang tak banyak kereta, jadi cepatlah sampai di Miri. Singgah makan Nasi Lelapan kat Restoran Muara. Wah, diaorang suka betul. Abah kata next time datang sini, mesti singgah makan lagi!

Lepas makan terus ke Airport Miri untuk check-in dan solat. Mak sempat last minit shopping kat kedai Airport tu. Beli beg sebijik. Buat kenangan kata dia.

Sebelum masuk ke ruang boarding...

Dah nak dekat-dekat pukul 3.00, kitaorang bersalam-salaman dan say good bye kat depan pintu masuk kawasan boarding tu. Kita terus tunggu masa Mak & Abah tengah cop passport dan kemudian lambai-lambai kat pintu kaca sampailah dah tak boleh nampak diaorang lagi.

Muka budak-budak dah mula layu aje dah, adatlah tu, sayu... tapi Alhamdulillah semuanya senang dipujuk hari tu.

Untuk Mak & Abah, terima kasih sebab sudi datang ke rumah. Insya-Allah kalau ada rezeki, datanglah lagi. Apa kata kita buat rombongan besar-besaran pulak ek!

Saje aje nak enter frame he he...

Until later...

Wednesday, July 8, 2009

Kedatangan Mak & Abah ke Brunei - Trip Labuan : Siri 2

Ok, elok-elok aje sampai ke Terminal Feri Serasa tu, kitaorang terus dipanggil boarding. Wah, selesa betul terminal baru ni. Lebih bersih dan cantik dari terminal lama masa pergi kali pertama dulu.

Dah selesai cop passport, tunggu sekejap kat dalam pastu terus naik feri. Takdelah apa-apa yang special sangat, cuma tarik nafas lega sebab diaorang tayang dvd wayang Hollywood yang biasa-biasa aje.

Last time kitaorang pergi, diaorang bukak video nyanyi dangdut. Tu takpe lagi, yang tak tahan bab gelek dia tu, hardcore! Alamak ai... dah ler masa tu kitaorang bawak Mak, Abah Mertua dan Tok Jah. Sabor ajelah.

Baru keluar dari feri... Mak lega akhirnya sampai jugak Labuan.

Anyway, dalam sejam lebih sikit, sampailah di Terminal Feri Antarabangsa Labuan. Rupanya dari sini, boleh jugak ambik feri ke Kota Kinabalu, Limbang, Sipitang, Menumbok di Sabah dan Lawas di Sarawak. Hmmm... menarik ni. Boleh kot cuba lain kali...

Ni dah sampai hotel, jalan nak ke bilik. Redup dan cantik.

Sampai di Tiara Hotel, kitaorang lepak-lepak kejap. Lepas siap solat barulah keluar lunch dan jalan-jalan. Bukan kemana sangat pun. Pusing-pusing cari jalan dan tengok-tengok tempat yang boleh dilawati.

Esoknya, lepas budak-budak dah puas berendam kat pool, kitaorang pergi ke Muzium Marin Labuan. Kat tingkat bawah ada akuarium. Tak terbandinglah Aquaria, KLCC dan Langkawi Underwater World tapi oklah, bolehlah kalau setakat nak mengisi-ngisi masa bila melawat Labuan ni kan. Sama jugak dengan bahagian muziumnya kat tingkat atas.

Muzium Marin Labuan.

Kitaorang bergambor sakan kat anjung muzium yang mengadap laut. Backgroundnya gambornya kapal-kapal kontena yang besor-besor belaka. Bolehlah! Janji ada bergambor kan?

Pose ajelah suka korang budak-budak!

Lepas tu, pergi pulak Pasar Mutiara. Kedai mutiara yang bukak cuma 3 buah aje, yang lain-lain tutup. Bagus jugak sebenarnya tu, kalau tak, memang berpusing-pusing keluar masuk kedai ajelah.

So far kedai ni tak menghampakan. Dulu pun lepas keluar-masuk semua kedai, kat sini jugak akhirnya kita membeli gelang mutiara.

Mak kita dah mula sakit kaki. Masuk kedai tumpang duduk dulu, baru beli-beli barang. Dia yang bershopping. Beli dua tiga bijik brooch, t-shirt untuk Raziq, Rafiq & Haraz (tiga cucu jantan Mak & Abah kat KL) dan beberapa helai kain batik sarung. Murah kata dia.

Kita percaya ajelah. Dah tentu-tentu Mak yang selalu beli kain batik. Yang kita ni mana ler tau. Semua koleksi kain batik sarung yang kita ada pun samada pemberian Mak atau "dicilok" dari dia jugak he he he... Tengkiew Mak!

Sempat jugak beli udang kering, ikan bilis, ikan kering dan sikit-sikit keropok. Jangan tidak kata orang kan.

Masa berjalan-jalan kat pasar tu, teringat trip yang dulu. Boleh pulak ada sorang makcik yang tak berapa betul mengekor kitaorang. Mana-mana pergi makcik ni ikut. Dia berkenan kat Adeem rupanya. Diagah-agahnya budak tu. Mana ler Adeem nak, lagi takut adalah. Last-last tak tahan, kitaorang cabut! Alhamdulillah, semua yang dijumpai kali ni siuman belaka.

Selepas makan tengahari, balik semula ke hotel untuk berkemas dan solat. Lepas check-out dan sementara tunggu pukul 3.00 untuk pulangkan kereta sewa, Cik Abang tuju ke Masjid Jamek An-Nur. Saja buat lawatan.

Masjid Jamek An-Nur.

Masjid ni lain dari yang lain sebab ruang solat kat tingkat atas. Kalau pertama kali datang, mesti tercari-cari. Kiri-kanan pintu masuk ada tangga melengkung untuk ke tingkat atas. Bila menapak tangga tu, rasa ragu-ragu, betul ke tidak ni? Tapi bila dah sampai kat atas, waaah... betullah kat sini rupanya ruang solatnya. Pengalaman baru.

Masa menunggu dan boarding feri tak ada apa-apa yang menarik tapi sepanjang perjalanan tu kita rasa geli hati yang amat sangat.

Kecoh budak-budak nak duduk dengan Maktuk dan Tok Abah dalam feri.

Macam biasa, diaorang tayang video. Haritu cerita Polis Hong Kong, mestilah dalam Bahasa Kantonis. Tak kesahlah, kengkadang best jugak layan cerita Polis Hong Kong. Tapi terjemahannya tu aduh maaaak... mamat-minah mana agaknya yang digaji untuk buat kerja ni.

Cuba korang baca, "Dia didn;t takut pasir di kaki" Haaa? "Erti kamu isn;t bunga lapan tahun" Haaa? Haaa? Tak masuk dek akal langsung! Sepanjang-panjang cerita macam itulah terjemahannya. Kita dengan Cik Abang terkekeh-kekeh ketawa. Last-last dah tak kuasa nak layan, tidur lagi bagus ha ha ha...

Di Muara, Hadi, anak Pak Pin dah tunggu. Bila sampai rumah dia, kitaorang pun rehat-rehat, mandi, solat dan apa lagi, makan ler... Aunty Jus tu memanglah, kalau pergi rumah dia, tak renti-renti dia menjamu makan. Dah kata kat dia cukuplah, kesian tengok dia penat tapi sekejap-sekejap keluar lagi air dengan makanan.

Lepas makan dan perut kenyang. Terima kasih banyak-banyak Pak Pin & Aunty Jus!

Malam tu pun sama. Kalau ikut diaorang, suruh tidur sana lagi. Pagi-pagi esok baru bertolak balik. Ooo tak bolehlah Aunty Jus, kang mesti kena makan-makan sarapan dulu, entah pukul berapa ler Cik Abang sampai ke ofis. So sebelum lewat sangat, kitaorang pun bertolak balik ke Panaga. Penat tapi seronok!

Until later...

Monday, July 6, 2009

Kedatangan Mak & Abah ke Brunei : Siri 1

Anak-anak kembali bersekolah hari ini selepas 3 minggu cuti. Maka bermulalah balik aktiviti mengambik dan mengantor anak-anak. Takpelah dah adatnya gitukan.

Nih, nak cerita pasal kedatangan Mak & Abah ke Brunei pada 17-23 Jun yang lepas. Amboooi... lamanya cerita nak keluar kan? Nasib baiklah blog sendiri, kalau jadi wartawan suratkhabar mesti dah kena buang kerja he he...

Sebenarnya ini trip ketiga Mak & Abah ke Brunei. Sebelum kitaorang tersangka akan ada peluang bekerja dan tinggal kat Brunei, Mak, Abah dan Hannan dah sampai sini dulu.

Kalau tak silap tahun 2004. Diaorang melawat Pak Pin, adik Mak di Bandar Seri Begawan. Pak Pin ni berkahwin dengan orang Brunei dan sejak tu terus menetap kat sini.

Dua tahun lepas, diaorang ada melawat, masa tu masih di rumah lama kat F1/31. Rumah baru ni diaorang belum sampai. Memandangkan cuti sekolah lepas memang tak ada plan nak balik Semenanjung, kita jemputlah orang Semenanjung datang ke sini!

Lagipun dengan status kontrak yang masih dalam tandatanya ni, baiklah ambik peluang sementara kitaorang masih ada.

Special shot keluar dari arrival gate...

Mak & Abah turun di Airport Miri. Lepas ambik diaorang, singgah makan tengahari jap, buat shopping sikit dan terus balik ke rumah. Budak-budaklah seronok. Terus bukak cerita itu ini...

Sessi mengaji...

Dua hari pertama tu takdelah kemana-mana. Duduk rehat-rehat kat rumah aje. Borak-borak, berstory-story kan...

Adalah jugak berjalan ke Kuala Belait dan bawak Abah ke pasar. Ajak dia tengok ikan-ikan segar-bugar yang baru naik dari bot. Best ajak Abah pergi pasar. Segala jenis ikan dan subspesisnya dia kenal. Yang sedap, yang lembut, yang liat... dia tau.

Bila hari Jumaat baru Cik Abang confirm nak pergi Labuan. Memang tak berplan-plan walaupun dah berura-ura. Tengahari tu jugak terus book hotel dan beritau Pak Pin kitaorang nak tumpang tidur kat rumah dia.

Gelak-gelak ketawa...

Esok paginya, lepas sarapan kitaorang pergilah ke Terminal Feri Serasa kat Muara. Hmmm... itulah padahnya orang berjalan main redah. Tak tau tiket feri ni sangatlah terhad, kalau nak beli kena pergi pagi-pagi. Walaupun masa tu baru pukul 8.30 tapi semua tiket perjalanan pagi dah habis!

Next trip pukul 1.00ptg. Lagi best, tiket untuk balik dari Labuan ke Muara pon dah sold-out. Yang ada mesti dibeli di Terminal Feri Labuan dan semuanya perjalanan pagi.

Adoooi... Macam tak berbaloi aje nak pergi sekejap sangat. Dibuatnya pulak takde tiket balik? Memang hampir tak pergi tapi nasib menyebelahi, tiket balik pukul 4.00ptg ada. Cuma kena pergi kat ofis agen di Kiulap.

Sementara Pak Pin dan Cik Abang pegi ambik tiket, kitaorang lepak kat rumah Pak Pin. Aunty Jus yang baru balik dari pasar terus masak dan jamu sup udang dan sotong. Makan lagi... padahal baru aje sarapan.

Tok Abah dan cucu-cucunya...

Dekat-dekat tengahari, kitaorang pun bergegas ler ke terminal, takut tertinggal feri he he he...

Cerita di Labuan? Bersambung...

Until later...