Tuesday, June 2, 2009

Yang berlaku...


Dah lebih 2 minggu tak update kan. Hmmm... kita nak kumpul bahan dulu he he he... yelah tu.

Sibuk tetaplah sibuk. Apatah lagi dengan budak-budak yang nak exam, Milestone Consert & Sports Day Adeem dan melayan Amiin yang dah mula training tak pakai pampers.

Hannan dan Aarif akan mula peperiksaan esok. Harap-harap diaorang boleh buat dengan baik. Kitaorang tidaklah menetapkan mesti dapat nombor 1, yang penting mesti kekalkan 95% and above markah untuk setiap subjek. Lepas tu kat nombor mana pun diaorang landing dengan markah tu, it's fine with us.

Bukan apa, taknak diaorang stresskan sangat bab nombor-nombor tu. Yang penting kualiti markah setiap subjek. Itu lebih bermakna.

Panaga School dah mula bercuti minggu ni. Tapi sebelum tu mesti nak berkonsert dan Sports Day dulu. Nasib baik untuk konsert tak perlu nak beli-beli costume, cuma untuk Sports Day, dia dalam Group Purple. Mencari t-shirt purple punyalah payah nak jumpa, last-last beli t-shirt putih dan dye, pastu kita rebus aje kat atas dapur. Siap!



Amiin pulak dah mula toilet training. Selalunya kita tunggu budak-budak ni cecah 3 tahun baru mulakan, tapi since sekolah naikkan dia ke kindergarten awal terpaksalah buat jugak. Policy kat kindy tu budak-budak mesti dah pandai ke toilet sendiri.



Alhamdulillah, paling senang mengajar Amiin. Terlepas sana-sini tu biasalah tapi tak sekerap mana pun. So far, we made it to the toilet 7 out of 10. Kira pass ler tu. Cuma tidur malam dan berjalan jauh aje masih pakai pampers.

Semalam pulak kita beli durian di Supa Save. Durian Siam pun Siamlah. Dah bila balik kampung selalu aje tak kena musim. Samada musim baru nak mula - durian banyak kat pokok tapi semua masih muda-muda atau dah penghujung musim - kalau dapat rasa pun setakat 4-5 bijik yang elok.




Cukuplah untuk melepaskan gian ha ha ha... belilah dua bijik. Bedal habis. Syukur nikmat...



Until later...

3 comments:

  1. hm,, takkan 2 bijik jer huda,, pastu mana syok kalau beli kat supermarket.. nanti bro pun nak cari gak la,,,

    ReplyDelete
  2. Aisey..kesiannya. Nampak durian siap kopek di Giant KD semalam.. RM15 se-pack. Buy 1 free 1 lagi (the last 2 packs sebenarnya). Terfikir nak beli tapi baru lepas makan malam yang harganya agak mencabar, jadi jilat tapak tangan aje lah.. ha ha

    ReplyDelete
  3. Kat sini durian kampung payah nak jumpa... kalau ada pun durian hutan, isinya warna merah. Rasa dia tak berapa sedap la... mungkin sebab tak biasa kot.
    Takpelah 2 bijik... janji dapat rasa. Mcm jugak beli durian kat Giant & K4, buat ada-ada aje...
    Fiz, jilat tapak tangan eh! he he... dah lama tak dengor istilah tu!

    ReplyDelete