Wednesday, June 24, 2009

Percutian Kuching - Siri 3 : Pasar Serikin, Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Waterfront...


Mula-mula sampai, tak tau nak tuju ke mana...

Hari kedua, kitaorang bertolak ke Pasar Serikin lepas sarapan pagi. Lama jugak nak sampai ke sana, ambik masa lebih kurang 1 1/2 jam.

Sampai-sampai aje masing-masing terus berpecah. Yelah, benda yang nak dicari lain-lain. Janji jumpa semula pukul 12.00 tengahari kat kereta, so adalah dalam 2 jam nak mencari barang.


Gerai-gerai nun jauh mata memandang...

Kita pun teruslah tuju gerai-gerai yang jual telekung. Pusing-pusing banding harga aje dah makan sejam lebih. Itupun tak sampai hujung jalan. Sekejap-sekejap beli air, panaaaaas terik! Bila tengok jam, eiii... 11 suku... satu apa pun beli lagi. Wah panik, panik!

Kita pun berlari ler kat gerai-gerai yang dah confirm bagi harga terendah untuk telekung yang kita berkenan. Masuk kedai, pilih, kira, bungkus pastu lari pulak pegi gerai lain.

Dalam pada tu boleh pulak habis duit, terpaksalah call Cik Abang. Nasib baik dia bawak extra cash he he...


Pandang dari jauh aje...

Alhamdulillah, yang nak dibeli semuanya dapat termasuklah telekung yang dikirim Oni dan Linda. Cumanya, bila Mak kita test telekung yang kita beli untuk dia, rupanya benda tu pendek! Alaaa... sabor ajelah. Akhirnya yang kita punya kasi kat Mak, yang Mak punya tu kasik kat Mak Mertua. Kita yang takde telekung baru hu hu hu... Takpelah, lain kali Insya-Allah ada rezeki.

Dalam van masing-masing tayang barang yang dibeli. Cik Abang dapatlah beli jaket untuk dia pakai kat ofis. Hannan dapat telekung baru dan jubah hitam selai. Mak Mertua dan Uji beli baju-baju dan handbag. Budak-budak dapat bot mainan. Amiin siap mintak topi baru mengganti topi dia yang tertinggal kat Taman Budaya tu. Tak padan kecik betul.


Sedapnya berendam... air sejuk!

Dah tu kitaorang singgah kat Gua Angin. Tak masuk gua, cuma bagi budak-budak berendam, sejukkan badan kat anak sungai tak jauh dari mulut gua . Tak lama pun kat situ, dalam setengah jam pastu pegi pulak ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh.


Jangan berdiri kat bawah dia, nanti kena kameh!

Pun tak lama, setakat tengok-tengok orang utan bergayut-gayut, ambik gambor pastu balik terus ke hotel. Dah tak larat nak berjalan rasanya. Penat!

Kitaorang mandi-mandi, lepak-lepak kat hotel sampai lepas solat Maghrib. Pemandu van bawak kitaorang pergi Waterfront. Sempat jugak jengah-jengah kedai kat Main Bazaar tu. Beli jugaklah sikit-sikit barang deko rumah.

Pastu duduk kat mini stadium, tengok orang nyanyi, menari sempena sambutan Hari Gawai. Sebenarnya cover line jugak. Memasing dah tak larat nak menapak.


Tengoklah muka masing-masing, layu...

Ingat nak ajak diaorang makan ketam kat Restoran D'Alif. Masa pertama kali ke Kuching kat situlah kitaorang dinner. Bayangkanlah, bertahun-tahun masih ingat lagi kesedapan makan kat situ. Tapi malangnya restoran tu dah dijual. Sekarang under management baru. No ketam. Oh well... apa nak buat!


Mata dah ngantuk yang amat!

Kita rasa macam ada let-down sikitlah Waterfront kali ni. Masa kitaorang datang dulu, tempat tu lebih happening. Musical Fountain tu pun dah tak working dah. Tak taulah, mungkin tak kena timing ke, tengah renovation ke agaknya. Orang Kuching sape-sape, boleh beritau cerita?

Anyway, malam tu semua orang tidur macam kayu.

Until later...

No comments:

Post a Comment