Thursday, March 12, 2009
Merungkai Miseri....
Merungkai misteri? Misteri apa? Jeng jeng jeng.... Misteri sungai belakang rumah la... ha ha ha....
Sebenarnya, kita selalu tertanya-tanya pasal sungai yang kat belakang rumah kita tu. Dari mana mulanya, kat mana habisnya. Tak boleh nak agak mana hilir dan mana kuala.
Sebabnya kalau drive dari rumah ke arah Kuala Belait, tetiba aje sungai tu dah tak ada. Bila drive arah ke Seria, pun macam tu jugak, mana sungai dah tak nampak?
Jadi, inilah dia satellite view Kuala Belait - Seria. Bila zoom-in bolehlah nampak sebahagian Panaga (iaitu kawasan kem BSP-Brunei Shell Petroleum). Barulah jelas rupa sebenar... Cuma yang kelakar, gambar ni gambar lama. Kawasan F13 belum wujud!
OK, korang klik aje kat tag belon-belon merah tu. Tiap tag dah ada nama. Nanti keluarlah close-up tempatnya.
Bangunan yang ada kolam renang tu BSRC (Brunei Shell Recreation Club). Itulah tempatnya yang kitaorang pergi swimming class, aerobic class, gym, tennis, badminton dan sejak beberapa tahun kebelakangan ni, BSP Department Dinner Night. He he... nak cut cost kot!
Pastu, korang tengok satu lagi bangunan putih yang ada bentuk separa bulat dengan garis empat garis lurus tu. Itulah Panaga Clinic, tempat kitaorang mengadu sakit ha ha ha...
Kawasan hijau di antara dua bangunan ni ialah F13. Rumah kita kat sudut sebelah kanan sebelah sungai tu.
For your info, BSP Office di sebelah kiri BSRC. Cuma nampak sikit aje car park officenya, lepas tu blur aje dah! Nasib la...
Rupanya sungai ni pendek aje... Laluannya betul-betul kat belakang BSP, BSRC, terus ke F13 dan Panaga Clinic. Selepas dari jambatan kat hujung jalan tu, dah hampir sangat ke kualanya. So sekarang kita dah puas hati. Terjawablah sudah teka-teki sungai misteri.
Kalau korang rajin boleh explore lagi ke sebelah kanan. Akan nampak bangunan bumbung merah bersebelah dengan padang stadium comel. Itu OGDC (Oil & Gas Discovery Center). Seberang jalan dari situ ialah pekan Seria.
Kalau masih rajin lagi, bolehlah explore bahagian KB pulak. KB tu dah dekat sangat dah dengan daerah Miri. Cuma tak pasti kat mana Jambatan Muhibbah yang menghubung KB - Miri dan Post Immigresen Sungai Tujuh. Apapun, lepas ni kalau cerita-cerita pasal KB, Seria, Miri etc, korang dah boleh la gambarkan kat mana.
Sebab inilah kita rasa selesa sangat duduk kat sini. Jarak antara rumah, sekolah, klinik, pejabat tak jauh. Macamana berkejar-kejar nak keluar masuk layan anak sekolah dan untuk suami pergi balik kerja, masih lagi ada masa dan ruang untuk uruskan perkara-perkara lain. Masih lagi ada waktu untuk rehat dan beriadhah. Small town living. Simple dan tak teruk menyakitkan kepala. Banyak ruang untuk bernafas.
Hmmm... dah masuk 4 tahun kita kat sini, bila fikir nak balik KL, sesak pulak dada. Terus-terang cakap, I am going to miss this place bila balik sana nanti.
Until later...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment