Thursday, March 19, 2009

Apple Crumble


Esok kita dah nak fly ke Semenanjung. Sempena cuti sekolah yang seminggu ni. Akan jalan-jalan ke Langkawi dan balik kampung sekejap.

Dah gitu, ternampaklah epal-epal kat dalam fridge, apa lagi.... kalau tak Apple Crumble lagi. Buat 2 bekas, satu untuk rumah, satu lagi untuk hidangan selepas Kelas Mandarin & Tazkirah pagi tadi.

Resepi ni dah pun di postkan di "Album Masakan ku 1" di FB. Jadi copy and paste ajelah ye....

27/12/08 Dessert ! Haaa... Ini dia Apple Crumble.Start buat dlm pkl 3.30. Pkl 4.00 masuk oven, dkt2 pkl 5.00 siap.
Dah berbulan ngidam ni. Paling suka bake bende ni sebab senang, cepat dan sedap. Minimum effort tapi maximum result. Takde sukatan punya, main campak ikut suka aje.
Tau... tau... resepi coming! Sabor ye... nak kena pikirkan sukatan yg sesuai utk diberi sebagai resepi.


9/1/09 - Nah! Inilah resipinya.... tak tau kenapa resepi ni in English. Dah ilham datang macam tu, teruskan ajelah.


Apple Crumble

Filling
6 Granny Smith apples (fyi, its the green ones but Fuji apples is ok too)
¾ cup sugar (you can use brown sugar but I prefer white sugar because when caramelised, the apples tastes even more delicious!)
½ cup raisins
2tblsp corn flour
1tblsp cinnamon powder
a pinch of salt

Peel, core and slice apples. Mix all the ingredients above. Pour into a greased baking dish and set aside.


Topping
½ block soft butter
1½ cups flour
1 cup instant oats
¾ cup brown sugar (leave a little bit for sprinkling)
a pinch of salt

Place flour, oats, brown sugar and salt in a bowl. Mix well. Add in soft butter. Rub all until flour mix resembles breadcrumbs.

Place topping evenly onto apples. Do not pat down. The topping is meant to be crumbly and loose. Sprinkle on the leftover brown sugar.

Bake in a pre-heated oven at Gas Mark 5, 190C, 375F for 30-35 minutes.

Eat hot, cool or cold. Enjoy!

Nota* Resipi ni dah beberapa kali berevolusi. Kalau ikut resipi asal, yang paling ringkas, topping hanyalah tepung dan butter. Dah try dan tak sedap langsung!

Oats tu sebenarnya kebetulan, nak ngabiskan stok yang tinggal sikit. Tak sangka pulak menambah kesedapan topping.

Pertama kali campurkan gula merah dalam topping ialah masa buat Apple Crumble yg dlm gambar tu. Akhirnya, inilah resepi yang paling puas hati sekali.

Until later....

Monday, March 16, 2009

Singgang hangus...



Sejak dari petang Sabtu kelmarin, hentah hapa kehalnya, mengantuk tak boleh nak tertahan-tahan. Menyambung pulak malam tu kelas Bahasa Arab & Tazkirah. Naik segan sendiri, ternguap-nguap tak berhenti. Berair-air mata menahan lelap.

Ingat pagi Ahad tu dah ok, eh tak jugak! Berat betul mata, boleh sempat lelap kat rumah Ustaz sementara budak-budak tu mengaji.

On the way balik, Cik Abang cakap dia teringin sangat nak makan singgang daging. Since kat rumah takde stok, singgah Supa Save beli apa yang perlu. Itupun mintak dia aje yang pergi, kita duduk dalam kereta, tidur.

Balik rumah, kita pun tukar uniform pastu terus ke dapur. Kelepang-kelepunglah apa patut. Semalam kerja sorang-sorang sebab hari Ahad Su cuti. Tapi tak kisahlah tu, bukannya tak biasa.

Dekat-dekat 12.30 tengahari dah nak siap dah. Untuk daging, rencah semua dah cukup, cuma nak reneh untuk empuk dan serap rasa aje. Cik Abang jengah dapur, beritau dia nak ke surau, dah nak Zohor. Oklah kita cakap.

Kita pun bersihkan dapur, siapkan meja pastu terus gi living room. Ingat nak catch Melodi jap - yelah dah lama benor tak menontonnya. Hmm... tak sempat... terus lelap. Tau-tau Cik Abang dah balik. Dia kejutkan tapi mintak 15 minit lagi nak sambung tidur. Ngantuk sangat ler tu.

Dalam 1.30, kita pun bangun, terus gegas ke dapur. Masuk aje dapur, bau hangit menyerang hidung! Allahuakbar! Tak tutup api rupanya...

Hmmm.... hangus-hangit. Tak dapat diselamatkan langsung, buang terus. Last-last makan lauk pindang ikan semalamnya. Nasib baik ada lauk simpan, kalau tak, goreng telur dadar ajelah jawabnya.

Nasib baiklah Cik Abang tu ok, takdelah nak bengang ke apa-apa. Tapi kesian pulak tengok muka dia. Lepas dah bersorry-sorry, kita janji akan masakkan lauk tu lagi sekali. Sabor ajelah...

Moral of the story? Kalau bini ngantuk jangan suruh masak! Bahaya! Bawak aje makan kat luar, habis cerita ha ha ha....

Until later...

Thursday, March 12, 2009

Merungkai Miseri....

Seria google map

Merungkai misteri? Misteri apa? Jeng jeng jeng.... Misteri sungai belakang rumah la... ha ha ha....

Sebenarnya, kita selalu tertanya-tanya pasal sungai yang kat belakang rumah kita tu. Dari mana mulanya, kat mana habisnya. Tak boleh nak agak mana hilir dan mana kuala.

Sebabnya kalau drive dari rumah ke arah Kuala Belait, tetiba aje sungai tu dah tak ada. Bila drive arah ke Seria, pun macam tu jugak, mana sungai dah tak nampak?

Jadi, inilah dia satellite view Kuala Belait - Seria. Bila zoom-in bolehlah nampak sebahagian Panaga (iaitu kawasan kem BSP-Brunei Shell Petroleum). Barulah jelas rupa sebenar... Cuma yang kelakar, gambar ni gambar lama. Kawasan F13 belum wujud!

OK, korang klik aje kat tag belon-belon merah tu. Tiap tag dah ada nama. Nanti keluarlah close-up tempatnya.

Bangunan yang ada kolam renang tu BSRC (Brunei Shell Recreation Club). Itulah tempatnya yang kitaorang pergi swimming class, aerobic class, gym, tennis, badminton dan sejak beberapa tahun kebelakangan ni, BSP Department Dinner Night. He he... nak cut cost kot!

Pastu, korang tengok satu lagi bangunan putih yang ada bentuk separa bulat dengan garis empat garis lurus tu. Itulah Panaga Clinic, tempat kitaorang mengadu sakit ha ha ha...

Kawasan hijau di antara dua bangunan ni ialah F13. Rumah kita kat sudut sebelah kanan sebelah sungai tu.

For your info, BSP Office di sebelah kiri BSRC. Cuma nampak sikit aje car park officenya, lepas tu blur aje dah! Nasib la...

Rupanya sungai ni pendek aje... Laluannya betul-betul kat belakang BSP, BSRC, terus ke F13 dan Panaga Clinic. Selepas dari jambatan kat hujung jalan tu, dah hampir sangat ke kualanya. So sekarang kita dah puas hati. Terjawablah sudah teka-teki sungai misteri.

Kalau korang rajin boleh explore lagi ke sebelah kanan. Akan nampak bangunan bumbung merah bersebelah dengan padang stadium comel. Itu OGDC (Oil & Gas Discovery Center). Seberang jalan dari situ ialah pekan Seria.

Kalau masih rajin lagi, bolehlah explore bahagian KB pulak. KB tu dah dekat sangat dah dengan daerah Miri. Cuma tak pasti kat mana Jambatan Muhibbah yang menghubung KB - Miri dan Post Immigresen Sungai Tujuh. Apapun, lepas ni kalau cerita-cerita pasal KB, Seria, Miri etc, korang dah boleh la gambarkan kat mana.

Sebab inilah kita rasa selesa sangat duduk kat sini. Jarak antara rumah, sekolah, klinik, pejabat tak jauh. Macamana berkejar-kejar nak keluar masuk layan anak sekolah dan untuk suami pergi balik kerja, masih lagi ada masa dan ruang untuk uruskan perkara-perkara lain. Masih lagi ada waktu untuk rehat dan beriadhah. Small town living. Simple dan tak teruk menyakitkan kepala. Banyak ruang untuk bernafas.

Hmmm... dah masuk 4 tahun kita kat sini, bila fikir nak balik KL, sesak pulak dada. Terus-terang cakap, I am going to miss this place bila balik sana nanti.

Until later...

Sunday, March 8, 2009

Dim Sum Breakfast...





Inilah sarapan pagi tadi, Dim Sum kat Restoran Ayamku, Tingkat 1, Soon Lee Megamart, Pandan 7, Kuala Belait. Haaaa.... punyalah panjang!

Ini antara tempat regular untuk kitaorang breakfast bila hujung-hujung minggu. Kalau hari Ahad, mesti sarapan dulu. Kalau tak makan kat luar, kat rumah mesti dah makan. Lepas tu baru boleh pergi rumah Ustaz untuk kelas ngaji budak-budak.

Apapun, walau macamana pun, kena makan dulu. Kalau tak nanti diaorang tak senang duduk. Mulalah merapu-meraban perangai sorang-sorang. Lapor le katakan!

Lagi haru kalau terkena waktu ramai orang, menunggu nak sampai ke giliran kita tu, naik rimas dibuatnya. Yang melalak, yang merengek, yang bergaduh... hei... silap-silap kat situ jugak kita yang transform jadi Harimau! Yelah, Ibu budak-budak pon lapar gak kan! Mana tahan...

Sebenarnya dulu, kita yang suka sangat datang sini, tapi sekarang Cik Abang kita pulak yang lebih-lebih. Padahal masa mula-mula tu, punyalah payah nak pujuk dia cuba makan. Tak lalulah... kembang tekak lah... he he... Sekarang lajuuuu je.

Budak-budak pun dah pandai mintak makan kat sini. Pagi ni diaorang punya request ler ni.

Yang perkenalkan si Aelina lah. Sebulan at least sekali dia SMS untuk ajak kengkawan reramai sarapan kat sini. Bila dia dah balik KL, menyambung tradisi dengan family dan kadang-kadang kengkawan jugak.

Teringat masa Aelina buat Farewell Breakfast kat sini dulu. Dia ada jemput 2-3 orang Makcik Arab datang sekali. Terkejut badak diaorang tengok kaki ayam tu! Ha ha ha... macam tak caya bende tu ada atas meja. Bila tengok kita makan, punyalah kuat diaorang ketawa!

Si Aelina pulak kaki menyakat, diletaknya setongkol benda tu atas pinggan diaorang, lagilah menjerit makcik-makcik tu. Adoooi.... pelik habis diaorang bila tau kaki ayam tu boleh dimakan.

Tapi tak boleh la nak cakap apa... siapa-siapa pun akan kasi reaksi macam tu bila jumpa makanan pelik dan tak biasa dimakan, kan? Bayangkanlah kalau orang dok hidang Ular Masak Black Pepper ke kat depan muka kita, mau kita tak jerit?

Kat sini ada dua jenis dim sum. Yang berkukus dan yang bergoreng. Macam-macam rupa, macam-macam rasa. Tapi yang kat gambar tu yang biasa kitaorang makan.

Nampak macam banyak kan? Tapi habis licin, siap tambah lagi. Layan ajelah budak-budak dan Cik Abang nak makan.

Untuk kita, kaki ayam, japanese tofoo dan wantan goreng tu pun dah cukup dah. Sesekali ambik pau ayam atau carrotcake goreng. Pun sedap! Satu bakul ada 3 biji pau, carrot cake goreng tu pulak sepiring besor. Dah orang lain tak berapa minat, so kita ajelah yang ngabiskannya. Lepas tu.... aaaa kenyaaang!

Bila dah tulis-tulis gini kan, rasa macam bersalah pulak kita ni tak reti makan tempoyak. Itulah pasal... korang mesti cakap - Hek eleeh... dim sum sapu, shushi habis. Tapi tempoyak tak lalu. Terus-terang kita cakap, itulah dia makanan sedap orang Melayu yang kita tak reti nak layan.

Abis camne? Fobia ni mesti dihapuskan. Ada sesiapa nak offer kita lauk tempoyak?

Until later...

Saturday, March 7, 2009



Saja upload resipi ni pulak. Lagi satu makanan yang mudah dan tak banyak songel nak disediakan. Inti ayam tu boleh dimasak bila-bila sempat dan simpan dalam freezer. Bila nak makan, cuma perlu sapu Zaa'tar pada roti dan sumbat dalam oven. Panaskan inti ayam dan hidang. Done!

Seperti yang dipostkan di FB.

Makan malam 12/02/09 Roti Pita bersama Rempah Za'atar dan Ayam Masak Ketumbar Jintan. Meh masak!

Rempah Za'atar

2 sdt Thyme kering
2 sdt serbuk Sumac (sebut Sumak)
2 sdbsr bijan
1 sdt garam
6 sdbsr minyak zaitun

Campurkan kesemua bahan dan sapukan pada Roti Pita. Boleh juga guna Roti Nan beku. Bakar dalam oven G4, 175C, 350F sampai roti panas sepenuhnya. Makan panas-panas lebih sedap.

Nak makan macam tu saja pun boleh. Nak makan cecah kuah kari atau dal pun boleh, Kalau nak letak inti, bolehlah masak Ayam / Daging Ketumbar Jintan.

Belahkan roti pita tu dan masukkan intinya dengan mayo, sos lada hitam, sos tomato dan sos cili. Ikut suka kombinasi mana nak buat. Combo favourite kita mayo dan sos lada hitam.

Sama sedap - kalau tak lebih sedap la... dengan Kebab kat Supa Save tu. He he...

Nota *
Thyme kering dan Serbuk Sumac boleh beli di Supa Save, dalam botol brand MasterFoods. (Ni kalau yang duduk kat Seria la..., kalau orang Malaysia, boleh cuba cari kat pasaraya-pasaraya besor)
Rempah ni selalunya digunakan dalam masakan Timur Tengah.
Warnanya merah dan rasanya masam-masam sikit. Boleh jugak kalau nak campur sikit pada rempah untuk panggang ayam atau ikan. Dapatlah sikit kelainan rasa...



Ayam Masak Ketumbar Jintan

3 keping isi dada ayam - potong dadu
4 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
2 cm halia
2 sdt ketumbar
1 sdt jintah manis
1/2 sdt jintan putih
1/2 sdt lada hitam
garam

Kisar bwg dan halia. Kisar semua rempah. Tumiskan kedua-duanya hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan isi ayam dan tumis hingga masak. Sesuaikan rasa garam dan hidang.

Kebetulan Zaida ada pada petang kita membakar roti ni. So dapatlah bekalkan dia 2 keping buat rasa-rasa. Dia kata anak dia suka, dianya sendiri tak pulak dia cakap suka ke tak.

Tapi utk kitaorang dah jadi new favourite!

Until later...

Thursday, March 5, 2009




Lagi satu resepi mudah, cepat dan sedap yang boleh dicuba untuk ubat perut yang dah penat makan berat. Seperti yang dipostkan di FB.

Singgang Udang - makan tengahari 3/03/09

Mari kita bersinggang lagi! Dah berhari-hari makan berat, mesti menggagau nak singgang. Nak tomyam, dah biasa sangat. Nak singgang daging, takdelak kat freezer. Last-last udang yang disinggang.

Terus-terang cakap, kali ni memang main campak-campak! Mungkin adalah kat mana-mana buku atau blog yang dah keluarkan resipi ni, tapi haritu memang hantam saje masak ni. Apapun, Alhamdulillah... sedapnya.... terkatup-katup mata bila hirup kuah. He he... Meh masak!

Singgang Udang

1 kg udang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
6 biji cili api - nak lagi kaw pedas, tambah aje ikut suka
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
1 mangkuk sederhana air asam jawa - takyah pekat-pekat sangat
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

Kisar semua bahan kecuali asam keping dan serai. Serai ketuk aje. Masukkan semua bahan kedalam periuk dan didihkan.
Masukkan udang. Tambah sedikit lagi air, ala-ala atas sikit aje dari aras udang. Sesuaikan rasa garam dan asam.
Bila udang dah masak, bolehlah dihidang.

Masa hirup kuah singgang ni, terdetik hati bercakap. Mesti lebih sedap kalau letak sekali daun kunyit! Apa pendapat korang?

Until later...