Monday, January 19, 2009

Cermin dan Jiwa Manusia

Ada kawan kat komuniti WAYN tanya, bila nak add blog kat sana lagi. Untuk memenuhi permintaan, maka disisipkan puisi yang satu ini. Dah lama tertulis tapi tak pernah di publish kat mana-mana.

Since dah publish kat sana, letak jugaklah kat sini untuk dikongsi bersama.

Tentang Jiwa.
Puisi ni ditulis tahun 2007 lepas, masa tu memang tengah tension dan muak yang amat sangat dengan orang-orang yang tak habis-habis bermuka-muka. Menyakitkan hati!

Tapi lepas tu, terfikir pulak, sebenarnya tidak seorang pun di dunia ini menzahirkan kesemua sifat-sifat diri kepada orang lain. Hatta dengan orang yang paling rapat dengan kita sekalipun, masih ada rahsia diri yang kita simpan.

Yang penting, pada niat apa dan untuk apa, kita merahsiakan dan menzahirkan jiwa kita. Samada untuk kebaikan atau kemusnahan, keamanan atau kekacauan, masing-masinglah yang memilihnya.

Hanya pada Allah Yang Satu sahaja kita tidak dapat berahsia apa-apa...


Tentang Cermin
Pepatah Inggeris berkata "The mirror doesn't lie." - "Cermin takkan berbohong".

Tapi kalau kita perhatikan, setiap satu cermin lain kadar pembalikannya. Ada cermin kita nampak gemuk, ada cermin kita nampak kurus. Ada yang kita boleh nampak segala jeragat dan jerawat, ada pulak hish... comelnya wajah kita. Persoalannya, cermin mana yang kita pilih?

Dari situlah datang perbandingannya...


CERMIN DAN JIWA MANUSIA.

Cermin dan jiwa manusia,
Punya persamaan luar biasa.

Serentak menzahirkan,
Kebenaran dan penipuan,
Di hadapan diri, di kalangan ramai.

Bersembunyi dalam terang.
Berselindung tanpa bayang.

Pilihlah citra yang menzahirkan.
Percayailah kebenaran,
Mahu pun penipuan,
Yang penting,
Hidup mesti diteruskan.

-HUDA-
28/10/2007



Tak best pulak rasanya nak ending entry harini dengan dahi berkerut. Kita tegangkan dahi, sejukkan hati. Tataplah kecantikan alam ni...

Until later....

No comments:

Post a Comment