Monday, January 12, 2009




Inilah dia Jadual Aktiviti anak-anak aku. 4 orang anak, 3 buah sekolah. Lain-lain waktu mula dan baliknya.

Dah tak larat nak mengingatkan Amah aku dan diri sendiri, akhirnya Jumaat lepas, duduk, karang, print. Tampal satu kat dapur, satu kat pintu almari baju budak-budak.

Pakkal aje takde tempat nak tampal dalam kereta....

Bukan nak kata aku ni bebusy gila sangat... aku percaya orang lain lelebih sibuknya.

Cuma aku nak elakkan kekeliruan dan cakap bende yang sama berulangkali.

Aku dah link page ni kat Facebook. Mala cakap dia pening tengok jadual aku tu. Dia tengok dah pening, apatah lagi aku yang nak sentiasa mengingatkannya.

Petang tadi dah bincang dengan Oni jadual car pool Sekolah Panaga dan Sekolah Agama. Dah dapat la bayang-bayang atur caranya. Kita cuba dulu, kalau sesuai, kita teruskan ajelah.

Kalau dah bercar-pool. Senang le sikit... cuma memang sah kena tampal dua tiga copy jadual car-pool tu kat tempat-tempat strategik. Tau ajelah aku ni kan madang konpius!!

Until later....

No comments:

Post a Comment