Laksa Beras in the house... |
Kepada kengkawan yang rajin ke sini, mesti dah dapat menelah tema masak-memasak blog kita ni. Temanya jelas... iaitu terpaksa. Teringin-teringin tapi tak dapat... akhirnya terpaksa buat sendiri... hahaha...
Yang ini pun sama la jugak. Kebetulan masa teringin tu, kita terjumpa dengan acuan laksa / maruku di Safari Mall. Apa lagi, sambar ajelah. Yakin boleh jer...
Resepinya kita ambik dari Puan Ilahjy. Dari beberapa resepi yang dicuba... yang ini jugak paling serasi dengan kita. Ada sedikit perubahan pada resepi tapi Insyaa Allah... menjadik. Jom pegi dapur!
Laksa Beras...
1 cwn tepung beras
3 sdbsr tepung gandum
1 cwn air panas mendidih
1 cwn tepung beras untuk membentuk doh
Didihkan air dalam periuk dan kemudian kecilkan api supaya air kekal panas.
Gaulkan tepung beras dan tepung gandum. Dengan hati-hati, tuangkan air panas mendidih.
Kacau rata tepung dan air panas dengan senduk kayu hingga menjadi ketulan doh.
Taburkan tepung beras selebihnya sedikit-sedikit dan gaul rata untuk melekatkan tepung.
Bila doh dah rasa suam-suam, bolehlah diuli dengan tangan untuk dapatkan doh yang licin.
Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian. Masukkan ke dalam acuan dan tekankan ke dalam air panas.
Buatkan hingga habis. Kemudian biarkan laksa direneh lembut dengan api yang kecil.
Bila laksa dah mula timbul barulah boleh dikocak perlahan untuk meleraikan laksa.
Renehkan lagi selama 2-3 minit. Angkat, toskan dah bilas dengan air mengalir.
Rendam laksa dalam air sejuk selama 15 minit. Toskan, bilas sekali lagi dan siap untuk dihidang.
Resepi asal menggunakan 3/4 cawan air dan kemudian perlu mengagak sukatan tepung untuk membentuk doh. Selalunya bila buat macam ni... akan ada lebihan tepung yang sedikit. Kita malaslah nak simpan semula tepung yang seciput tu. Jadi kita cukupkan air jadi 1 cawan dan guna habis tepung yang disukat...
Gunakan air yang betul-betul mendidih untuk menggaul tepung. Ada 2 kali semasa mencuba, kita gunakan air panas yang dah terehat untuk beberapa minit. Dohnya tak mau kental walaupun berkali-kali ditambah tepung. Bila kita cuba masak... laksanya lembik dan bergumpal. Erti kata lain... tak jadik laaa...
Tekankan laksa ke dalam air yang panas dan bukan air mendidih. Kalau air mendidih... melecurlah lengan Kak ooii... kena kukus dengan wap panas air tu haaa... Kalau tak percaya bolehlah cuba buat macam tu... kita dah terkena dah. Serik... hahaha...
Akhir sekali... merebus laksa sama jugak macam merebus mee kuning. Jangan diganggu-ganggu sampailah laksanya timbul sendiri. Barulah boleh dikocak perlahan-lahan yea... Selamat mencuba!
Until later...
terpegun....hikmah tinggal berjauhan ya, huda.
ReplyDeletecantik pulak acuan muruku tu. kat sini, warna kuning. itu stainless steel ke?
Inilah antara hikmah duduk berjauhan Anim. Acuan maruku ada jugak yang warna kuning tapi saja je nak yang stainless steel...
DeleteSalam puan huda.. terima kasih sudi cuba dan ubah suai... tahniah dan syukur ilmu yg kak ada sampai ditempat huda berada.. dlm quran kata tuntut ilmu samoai neg cina... biasa la huda resepi ni kita kena pandai2 ikut keadaan tepung dan air.. insyllh.
ReplyDeleteAla Kak Ilahjy toksah la panggil saya puan... hehe... Saya letak Puan kat nama Akak tu sebagai kata nama tanda hormat.
DeleteAlhamdulillah... seronok bila dapat resepi yang menjadi. Lagilah bila ada cerita yang dekat di hati orang yang memberi.
Salam Puan Huda. saya dah rasa laksa beras ni. mmg menjadi projek puan ni. terimakasih daun keladi lain kali bagi lagi :-)
ReplyDeleteAla... ngada-ngada la hang Mala! Hahaha...
Deletehuhu..perlu kerajinan nak buat ni kan...
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt....
ReplyDeletewaaaa terrer nya buat...
saya ... kuah laksa pun guna instant jer... hehehehe...
saya rasa petua nak bagi saya pandai + rajin masak, depa kena anta saya dok oversea lah... kot2 blh jadi master chef macam kak huda ne...
(alamak...kita share nama yang sama lah... hehehehe)
Sister Huda... I tag u ya untuk give away by Hijab Valley...
ReplyDeletehehehehe.... 1st time join ne...
http://hijab-valley.blogspot.com/2013/08/2nd-giveaway-by-hijab-valley.html
terbaik laksa beras nie....sy mesti cuba....
ReplyDeleteemail sy : cikkamoo@gmail.com
assalam kak...
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt
ReplyDeleteKak Huda...
Thanx tauhadiah...
btw, bila nak update resepi?
Salam huda baru kak perasan ada komen dan percubaan laksa dr hud? tahniah dek,,,kita kongsi ilmu Allah
ReplyDeleteSalam huda baru kak perasan ada komen dan percubaan laksa dr hud? tahniah dek,,,kita kongsi ilmu Allah
ReplyDeletesalam, saya dah buat tapi x tahu mana yang silap ... laksa saya dari satu adunan hanya dapat satu cawan je itu pun kurus2 dan pendek-pendek, yg lain ia mencair dalam air. punyalah penat saya menekan menjadi panjang 2x spageti hasilnya tinggal tu je ...
ReplyDeleteAdakah faktor saiz lubang mempengaruhi laksa yang sudah masak .