Monday, February 25, 2013

Kembara Umrah-Ziarah 13-23hb Feb 2013...(1)

Alhamdulillah... dah selamat kembali dari Mekah dan Madinah malam kelmarin selepas mengerjakan Umrah dan Ziarah. Perjalanan kembara ialah Doha-Riyadh-Madinah-Mekah-Riyadh-Doha. Kembara Umrah & Ziarah 2013 ni... konvoi cuma 3 kereta aje...

Kenapa rupa kereta jadik gitu? Haa... yang warna kuning tu ialah lapisan pelindung cat kereta. Menahan kesan geseran pasir semasa melalui sand drift atau ribut pasir. Selalunya memang disembur pada bahagian depan kereta aje tapi kalau nak... boleh jugak spray bahagian pintunya sekali. 1 tin spray ni harganya QR 30.00. Kitaorang guna 3 tin...

Seharian sebelum bertolak, Cik Abang berpusing mencari cat pelindung kereta berwarna hitam atau biru gelap. Yelah... biarlah cantik senada warna kereta macam tahun lepas. Tapi yang ada cuma warna merah dengan kuning. Akhirnya mengalah... kuning pun kuninglah. Janji buat benda yang betul. Ada yang kata sapu dengan sabun basuh pinggan aje tapi Cik Abang tak berani buat. Kalau rosak cat kereta karang... tak pasal-pasal aje menyesal kan?
Dah macam rupa Transformer pun ada...
Haaa... tengok tu... warna nombor plet hilang semasa Cik Abang mencuci kereta. Rasanya mesti ada orang kat stesen petrol yang lumurkan sabun basuh pinggan tapi kitaorang tak perasan. Aduuh... bingung dia sekejap. Dah la kat sini sangat strict. Apa-apa hal pasal kereta mesti nak ada report polis dulu. Termasuklah bila nak mengganti plet kereta yang rosak macam ni. Kan dah bertambah-tambah kerja...
Habis berpintal-pintal tali pinggang keledarnya haa...
Okeh... meh tengok cara menyusun barang untuk kembara yea kengkawan. Yang kat bawah selimut tengah pegang buku-buku tu ialah Adeem dan Amiin. Sementara diaorang masih kecik dan muat ni boleh laa...
Dalam gambar tak berapa dramatik la pulak ribut pasir nih...
Perjalanan kali ni, kitaorang menempuh ribut pasir yang kuat. Kalau dulu setakat sand drift yang sekejap-kejap... tapi kali ni ribut pasir berterusan hingga hampir 200km. Apa rasa lalui ribut pasir? Macam lalui hujan tapi kering... hahaha...
Cik Abang dan Kapten Zairin tengah booking bilik untuk singgah masa perjalanan balik...
Ini ialah Hotel Rwaq. Bagus hotel ni... kita suka. Bilik-biliknya bersih dan sesuai saiz untuk keluarga. Lengkap kesemua barang kat dapur termasuklah mesin basuh dan tempat penyidai. Pekerja-pekerjanya peramah, rajin dan cekap. Harganya sangat berpatutan...
Masih ingat pada biker ni? Budak-budak tak lepaskan peluang nak hot chocolate...
Tiap-tiap 200-250km, Cik Abang akan berhenti untuk isi minyak, beli jajan dan makanan, hilangkan letih-lenguh, kelat mata dan paling pentng toilet break. Kereta pun kena kasik rehat jugak...

Dalam perjalanan, kitaorang bertembung dengan salah satu bas rombongan Umrah & Ziarah dari Doha. Ada 5 bas semuanya. Kitaorang bertolak subuh 13hb dan bermalam di Riyadh. Diaorang pulak bertolak lepas solat Maghrib. Bertemu di highway pada 14hb kira-kira pukul 10.45pg...

Biker tu ialah Ustaz Salman yang ikut sama berkonvoi ke Muscat haritu. Dia dan seorang lagi rakan menunggang motosikal hingga ke Madinah dan kemudian ikut rombongan bas ke Mekah. Selesai Umrah, diaorang ambik bas biasa ke Madinah dan bawak motosikal ke Mekah. Balik Doha biking lagi. Adventure betul kan?
Perjalanan masih jauh...
Kitaorang berhenti kat tempat makan yang sama. Dapatlah bertanya khabar dan kongsi makan-makan sebelum teruskan perjalanan...

Until later...

p/s Boleh baca Kembara Umrah & Ziarah 17-24hb Feb 2012...(1) kat sini...

2 comments:

  1. patutlah "hilang" kejap..
    buat umrah rupanya..tunggu cerita selanjutnya

    p/s camtu gaklah rupa kereta Anim bila balik kg.dah ada cik putih, barulah nampak tersusun sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... terpaksa pergi dulu baru beritau sebab takut dah umumkan rancangan... tapi lepas tu tak dapat pergi.

      Delete