Sunday, September 2, 2012

Cerita Raya di Doha Lagi...

Macam tahun lepas, Syawal ke 3 kitaorang buat jamuan Hari Raya. Berkongsi tenaga dan sumber dengan 7 keluarga lain. Tahun ni... kita masak Laksa Johor, Kuah Lodeh dan Serunding Kelapa. Jemputan tak berapa sikit... tak berapa ramai. Meh tengok gambar...
Seperiuk besar Kuah Laksa Johor dan seperiuk besar Kuah Lodeh. Satu bekas besar spaghetti. Kita "tape"kan penutup periuk tu rapat-rapat. Balut dengan kain dan alaskan dengan dulang. Takut tumpah...
Set up masa kat dewan Club House err... apa ke nama compound tu ek? Takpe... takpe... nanti tanya Cik Abang la eh... Bahan-bahan tabur sekadar yang ada. Tauge, timun, daun pudina, limau nipis dan sambal belacan.

Daun kesum dan bunga kantan dah letak dalam kuah. Daun kesum banyak... cuma tak sempat nak dihiris. Bunga kantan pulak... ooo itu sangat berharga ooo... Beria-ria kita membalut dengan kapas basah dan aluminium foil supaya kekal segar dan pink sepanjang perjalanan ke Qatar. Bawak pun tak banyak. Sayang kalau setakat nak diricik-ricik untuk tabur. Apapun... Alhamdulillah... rata-rata yang menjamah laksa suka dan puas hati memakannya...
Juadah-juadah lain... Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Himpit, Kuah Kacang, Ayam Masak Merah, Dalca, Daging Prune Berempah, Mee Kari, Roti Jala dan Sate...
Cik Abang ditugaskan buat Air Sirap Bandung. Masa testing-testing dengan sirap ros dari kedai, dia tak berapa puas hati. Rasa tak ngam dia kata. Sudahnya kitaorang merebus 5kg gula campur 2 botol pewarna merah, 1 cawan esen ros dan beberapa helai daun pandan. Dapatlah dalam 5 liter sirap ros pekat yang sangat berasa. Alhamdulillah... Air Bandung haritu laris. Yang dalam bekas putih tu ialah Tapai Pulut yang sedap...
Anak Babah ni... makan mesti nak Babah yang suapkan...
Budak-budak makan dengan kengkawan...
Para penganjur lelaki merangkap penolong tukang masak dan rakan-rakan...
Para penganjur perempuan merangkap tukang masak dan rakan-rakan... 
Dah petang... dah siap kemas-kemas dewan. Bungkus bawak balik mana-mana makanan yang tak habis. Masukkan semua dalam kereta. Alhamdulillah...

Syawal tahun ni ialah kali ke-4 kitaorang beraya di perantauan. Tahun 2001... semasa di Jubail, Arab Saudi. Kita tengah mengandungkan Aarif. Hehe... apa-apa pun biarlah bersama. Kalau tak... mana nak tau susah-senang hidup berumahtangga... kan? kan?

Tahun 2010... semasa di Panaga, Brunei. Kita tengah mengandungkan Haniis. Inilah Hari Raya di perantauan yang paling happening sekali. Kenangan manis yang akan dikenang sampai bila-bila.

Tahun 2011... di Doha. Masa tu kitaorang baru sampai dan tengah tunggu Resident Visa siap. Memang sah-sah tak boleh keluar dari Qatar.

Tahun 2012... di Doha jugak. Bukan apa... ada beberapa rancangan yang nak dibuat kat Malaysia tu tak sesuai kalau dibuat masa bulan berpuasa dan bulan beraya. Makanya balik kampung untuk sambut puasa ajelah.

Insya Allah... tahun depan kalau umur panjang dan ada rezeki... dapatlah kitaorang balik berhari raya kat kampung pulak. Ramadhan dah berganjak, jadi bulan Syawal lebih lama dalam cuti musim panas. Baru sedap sikit nak bercuti-cuti dan beraya-raya. Sekali lagi... Insya Allah...

Until later...

Atas permintaan Anim, ini cerita berpuasa dan beraya kat Arab Saudi dulu. Hmmm... sangatlah sempoi-mempoi. Masa tu kita ni belum pandai masak-masak yang lain daripada lauk makan hari-hari. Dah ler tu, keadaan mengandung sangatlah bak Tuan Puteri. Tak boleh langsung nak berlebih-lebih nanti tumpah darah... makanya hampir tiap-tiap hari makan Nasi Mandi yang Cik Abang beli.

Sesekali teringin nak makan kuih-muih, sanggup telefon makcik-makcik kita nun kat Malaysia... tanya resepi. Tahun 2001... blog masak-masak belum ada macam sekarang nih. Kalau nak resepi... join la forum-forum. Boleh jugak la nak buat eksperimen sikit-sikit.

Untuk Hari Raya kitaorang order sedulang besar Nasi Mandi berlaukkan peha kambing biri-biri, yogurt dan salad. Lepas Cik Abang balik Solat Raya, jemput Mr Rao dan keluarga (orang Malaysia kawan satu ofis Cik Abang) dan pekerja-pekerja Islam kat compound datang makan. Pastu diaorang balik dan kitaorang pun lepak-lepak aje kat rumah.

Ada sekali pergi ke Khobar penuhi jemputan Hari Raya dari rakyat Malaysia. Masa tu barulah dapat jumpa orang dan makan ketupat rendang... hahaha...

Dapat jugak undangan ke rumah Boss Cik Abang sekali. Waaa... kita punyalah seronok nak pegi rumah orang Arab nih. Tertanya-tanya apalah makanan Arab yang kita akan rasa. Memang beria-ria sangat nak rasa air tangan dan homecooking diaorang. Tapi... dia dok hidang makanan yang order dari kedai jugak! Alaaahaii... sangatlah kita merasa kuciwa. Tapi takpelah... isteri dia layan kita baaaiiik sangat. Makanya terubatlah jugak hati kita ni. Selebih cutinya, kitaorang jalan-jalan cuci mata kat waterfront pastu lepak kat rumah tengok TV.

Masa tu tengah sarat... memang tak berani nak berjalan jauh, apatah lagi nak ke Mekah. Dapat pergi Umrah masa awal-awal mengandung tu pun dah kira sangat bertuah dah. Jadiknya itulah cerita separa boring kita berpuasa dan beraya kat Arab Saudi. Sekian...

7 comments:

  1. belum pernah beraya luar johot (apatah lagi luar m'sia.....heee)..seronok baca pengalaman orang merantau jauh. tapi teringin nak sambut puasa+syawal di mekah... ada entry puasa+syawal di arab saudi tak huda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun teringin jugak nak nyambut puasa & syawal kat Mekah... tengoklah Insya Allah kalau ada rezeki.
      Nak dengar cerita raya kat Saudi? Hahaha... paling sempoi... Kita letak kat p/s ya...

      Delete
    2. tq..tq...tunaikan hajat saya, heee. nasi mandy jugak ek juadah raya deorang...

      Delete
  2. huda, sama lah pelan raya kita utk tahun depan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat hang dgn aku je Mala... rata-rata semua pun kata gitu. Rasanya tahun depan memang senyap-sunyi Raya belah-belah perantauan nih.

      Delete
  3. he..he.. raya kat msia lah pulak. tak ada org memasak ni. nora panggang ayam gan masak asam pedas blh lah. rendang maaflah.. msak merah pun sempoi puye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun depan turn rumah kita Cik Nora oooiii... Kalau balik pun, korang jugak yang kena masak. Akak kena pegi tolong masak rumah MB. Kuang.. kuang.. kuang...

      Delete