Thursday, August 2, 2012

Sudah Kembali Di Doha...

Terlalu lama tak masuk update, jadi terlepaslah tarikh 1 Ramadhan 1433 untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada kawan-kawan pembaca. Untuk itu, kita ucapkan pulak Selamat Menyambut 10 Hari Terakhir Ramadhan yea... Semoga kita semua dapat mengambil manfaat dari hari-hari terakhir yang penuh berkat ni... Insya Allah...

Minggu-minggu terakhir di Batu Pahat sangatlah sibuk. Menguruskan perkara yang last-last minit. Mencari barang-barang makanan yang nak dibawak balik ke sini. Mengemas, mengemas dan mengemas segala beg dan kotak. Semangat orang duduk jauh gini ler...

Serbuk kurma dan serbuk kari ada 10 pek. Ikan bilis, udang kering, asam keping... 6kg semuanya. Lada kering 2kg. Gula melaka 2kg. Gula merah pun 2kg. Ketupat nasi dan ketupat palas segera 10  pek. Tepung beras - hot item kat Doha ni... 9 pek. Jem nenas ready made 1 1/2kg... hehe... Semangat nak buat kuih raya la ni... Kita tengok nanti jadik ke tak jadik eh...

Kicap pulak 8 botol besar. Keropok, belacan, budu, cencalok, petis pun sempat disumbat.  Adooii... Itu item besar-besar. Yang kecik-kecik... yang selit-selit hentah apa-apa barang lain  pun banyak jugak. Sebenarnya... ini pun dah pendek dah senarai sebab ada beberapa bahan makanan yang boleh jumpa penggantinya kat sini. Itu baru makanan...

Barang kosmetik pun kena bawak. Sabun beras untuk kita, sedozen. Aqua cream 3 tub besar. Aqua cream ini aje yang sesuai Cik Abang gunakan. Terpaksalah angkut sebab kat sini... yang ada pun punyalah mahal harganya. Barang-barang muka Si Hannan pun kita beli extra 2 set. Hai... muka budak dah masuk remaja ni kalau tak dijaga... sayang. Kulit dari elok... jadi rupa macam-macam karang.

Kat sini tak ada satu pun yang sesuai dengan kulit muka dia. Lepas bekal yang dibawak dulu habis, terpaksalah kitaorang bereksperimen. Jadi macam-macam rupa kulit muka Cik Kak tu... kesian ada... kelakar pun ada... Nasib baik takde kerosakan kekal... hahaha...

Buku-buku yang dibeli.. kebanyakannya hardcover copy. Berat ooo... Akhirnya 2 beg besar, 1 beg medium dan 9 kotak diangkut balik. Satu kotak besar khas berisi produk penjagaan berat badan untuk kita. Stok setahun tu... hahaha... Nak buat camana... dah masuk alam Midi ni, perlukan pertolongan nak menjaga badan. Tak macam masa muda-muda dulu... hahaha...

Perjalanan balik ke Doha kali ni takde ambik-ambik gambor dah. Semuanya lembik... nak angkat kamera pun tak larat. Yang ada pun ini aje... gambar dalam bas shuttle dari Concorde Inn ke KLIA. Muka masing-masing masih segar-bugar...
Haniis dah potong rambut. Habis hilang gulung-gulung keriting rambut dia...
Kitaorang transit di Abu Dhabi beberapa jam dan bila cecah bumi Doha... masing-masing semua letih-lesu dan jet lag. Si Aarif sampai boleh tertidur sambil berdiri... jangan tak percaya. Kat Airport sumbat barang dan orang dalam 3 teksi.

Sampai rumah dalam pukul 2.30pg. Rasa nak pitam bila kita tengok rumah. Debu tanah tebal serata lantai dan perabut. Kat dapur lagilah... dari lantai, ke countertop, ke pinggan-mangkuk kat sink, ke dinding... Semuanya berselimut debu... Nasib baik tingkat atas cuma habuk-habuk yang tahap biasa aje...

Pukul 3.30pg waktu subuh pun masuk. Lepas solat, kitaorang tidur sampai kesiangan... Kumpul tenaga nak mengemas rumah pulak...

Until later...

6 comments:

  1. busy mengemas lepas ni. tapi takpe, dapat bawak banyak stok barang dari malaysia.adoi, dapat bayangkan. berat mata "membaca", berat lagi bahu memikul.. hihi. semoga ramadan kali ni terbaik untuk kita semua. selamat beramal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... rumah dah masuk dalam kadar rupa yang "normal". Insya Allah... semoga kita semua dapat yang terbaik Ramadhan tahun ni...

      Delete
  2. salam kenal..

    i have fren, Qatari.. Teringin nak ke Qatar sebelum travel ke Dubai.. Apa yg menarik di Qatar ek??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Azian, rasanya fren Qatari Azian lebih mengetahui. Kitaorang ni walaupun dah setahun duduk sini... tapi tak berapa berjalan-jalan. Penat dah mengajak Cik Abang pergi Overnight Desert Safari kat sini tapi belum ada tanda-tanda nak pergi lagi... hehehe

      Delete
  3. banyaknya borong .... ngeri nak tinggalkan rumah bila ingatkan habuk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itupun sikit Mala. Orang lain hantar supply dari M'sia guna kargo. Kitaorang ni setakat mana yang agak boleh diangkut dgn baggage flight je. Terlebih 11kg tapi Alhamdulillah... tak kena charge. Hehehe.. aku bawak balik bunga kantan jangan tak caya...
      Takpa... nanti aku beritau hang camana nak kasik kurang debu masuk rumah eh... Ini lesson learnt la ni...

      Delete