Monday, June 25, 2012

Berkemas, Mengemas tapi masih tak Kemas-Kemas..

Apa cerital harini ni? Inilah dia gaya time-time nak balik kampung. Berkemas, mengemas tapi tak kemas-kemas... makin berkecah ada laa... hadooiii...

Setakat ni, yang dah dikemas cuma satu beg berisi kurma, kacang dan kismis yang nak dibawak balik. Nak kena kemaskan lagi satu beg untuk isi Ahmad Tea No.1 kegemaran Abah, beberapa biji buah delima dan beberapa kotak baklava. Abaya untuk Mak dan MIL dah ambik, baju Thobe untuk FIL dan kain cotton putih yang Abah kirim pun dah beli.

Oh... dan 2 bijik cerek kuning untuk Fizah dan Mak. Macamana nak bawak ek? Kali ni cerek besar 6L dan 8L. Benda tu dahlah nipis dan lembut. Dulu bawak sebijik tapi yang kecik, sumbat-sumbat dalam beg baju aje. Nampaknya kenalah bungkus betul-betul dan mintak orang tu tepek tape dan gambor "Fragile" kat kotak. Harap-harapnya selamatlah cerek-cerek tu... kekal cantik dan tak kemek... Insya Allah...

Yang belum beli... selipar Aarif dan Amiin. Asyik-asyik terlupa aje... Kalau tak sempat jugak nak pergi malam ni, memang naik kapalterbang pakai selipar jepun ajelah budak-budak tu... gaya super sempoi ler nampaknya...

Baju-baju masih berterabor sana-sini dan flight balik malam esok. Tapikan... macam biasalaaa... bila dah sampai masa nak bertolak, Insya Allah... siaplah semua.  Kitaorang akan berada di Malaysia sampai 27hb Julai. Dapatlah seminggu berpuasa dan kemudian kitaorang akan terbang semula ke Qatar.
Harini kita letak gambor merepek tapi menepati tema tajuk... hahaha... Gambor pertama, inilah rupa tombol tangga rumah kita. Nak tanya... memang ini ke kegunaan semulajadi tombol tangga? 
Gambor kedua, entah macamana haritu... tiba-tiba macam terkemas sangat la sudut dapur kita ni ha... Saja ambik gambor buat kenangan... bukan selalu boleh dapat comel macam nih...
Gambor ketiga, ini masa photoshoot Kuih Bingka Ubi. Pelepap-pelepap sana-sini ambik gambor tapi tak dapat-dapat nak menangkap cahaya. Alih bekas tu sana-sini tapi malap aje gambor yang dapat. Tengah bengang-bengang tu boleh pulak tak sengaja tertekan punat kamera... dapatlah gambor yang terang-benderang ni haa... Aiii... sabor ajelah...

Okeh... nak sambung mengemas mengecahkan rumah.

Until later...

9 comments:

  1. selamat pulang...selamat berpuasa di Malaysia..
    nak bulan posa ni, sempatle jalan2, ronda2 lagi..
    kalau tersampai SP, kita nak ajak singgah rumah..

    ReplyDelete
  2. kita bagi komen..tak keluar ke huda?

    ReplyDelete
  3. kita ucap selamat bercuti dan berpuasa di Malaysia.
    ada masa untuk ronda-ronda, makan-makan ni..
    kot-kot tersinggah Sp..singgahle rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni dah keluar dah... hehe...
      Insya Allah masa utk meronda-ronda & makan-makan akan ada... tapi nak ke SP mungkin lain kali la ya...
      p/s saya nak mencari kedai nasi lemak sup kat Bkt Pasir...

      Delete
  4. Bagus lah..pelbagai guna tombol tangga tu tak sesia orang yang menciptanya..
    Aikk..dulu rasanya tempat beras tu tak de kan kat panaga? tprwr punya kan sama mcm saya tp tak suka masuk kutu je sblh bwhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaida, bekas beras tu ada tapi letak kat atas cabinet dapur yg sebelah pintu. Bila pintunya bukak, bekas beras ni tak nampak sebab dia kat belakang pintu tu ha...
      Beras kat rumah Zaida lambat habis kot, tu sebab jadi kutu.
      Kat rumah kitaorang, toksah cakap laa... 10kg ngam-ngam makan sebulan. Itu pun belah malam 3-4 kali seminggu tak makan nasi. Kalau ada nasi lebih, masak se'pot' lagi utk jadikan nasi goreng. Mana nak sempat berkutu... hehe...

      Delete
    2. sama la kegunaan tombol tangga at oman ni. kontraktor yang sama kot hehehe nak lebih kurang saja aku tengok rmh hagn dgn aku ...

      Delete
  5. tangga rumah akak pun mcm tu juga...hihi
    tempat tudung akak

    ReplyDelete
  6. Mala, kasihredha... persamaan yang sangat unik!

    ReplyDelete