Sunday, June 17, 2012

Kentang Bakar Berinti...


Tengah idea dan resipi untuk sediakan bekal budak-budak dan Babahnya kering sekering padang pasir... rakan blogger Lady Ell muncul dengan resipi ni. Kentang Bakar Berinti atau Baked Stuffed Potato. Alhamdulillah... rasanya sedap, semua orang suka dan yang paling penting, makan sebiji dah boleh kenyang. Nak buat pun senang aje. Meh cuba!

Kentang Berinti Bakar...

6 biji kentang bersaiz besar
1/2 cwn daging ayam cincang
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih
garam
keju chedder dan mozarella

Kentang dibasuh bersih dan kemudian direbus dengan sedikit garam.
Selepas empuk, angkat dan biarkan sejuk. Potong sedikit bahagian atas kentang.
Buatkan lubang pada kentang dengan mengeruk keluar isinya dengan berhati-hati..
Potong dadu bawang besar, bawang putih dan tumis bersama daging ayam cincang.
Masukkan isi kentang, serbuk lada hitam, lada putih dan garam. Ketepikan.
Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil. Susunkan kentang di atasnya.
Letakkan sedikit keju chedder, sos cili dan sos mustard di bahagian bawah kentang.
Sudukan inti kentang dan taburkan keju mozarella. Sedikit aji shio dan chilli flakes jika mahu.
Bakar dalam oven 180C sehingga keju cair dan sedikit perang.

Kalau ikut resepi Lady Ell, dia gorengkan dulu kentang yang dah dikeruk isinya. Bila buat macam tu, kulitnya jadi lebih rangup. Kita tak goreng sebab... aaaa... nak short cut... hahaha...

Kita selalunya siapkan benda ni masa masak untuk makan malam. Susun terus dalam dulang, balut dan simpan kat freezer. Pagi esoknya sebelum Solat Subuh kita akan keluarkan untuk defrost dan panaskan oven dulu. Kemudian bakar 25 minit... Insya-Allah siap...

Kalau tengok gambar paling atas, kentangnya dipotong setengah sebab kita gunakan kentang bersaiz extra large. Guna 3 biji boleh dapat 6 stuffed potato. Itu kali pertama buat. Pada gambar kedua, kalau boleh nampak... kentangnya bersaiz lebih sederhana... jadi buat macam yang tertulis di resipi.

Kita balutkan kentang dengan aluminium foil supaya intinya tak berterabur dan melekat dalam bekas makanan. Boleh jugak guna plastic wrap macam Lady Ell...

Until later...

6 comments:

  1. nampak mcm mudah...kentang empuk betul ke ?
    satu lagi, sos maggi ada jual kat doha?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rebus kentang memang sampai empuk. Kalau tak payah nak korek isinya...

      Sos Maggi dan mee segera maggi ada. Tapi selalunya saya beli sos cili jenama Maggi tapi sos tomato ambik jenama Al Khaburah dari Oman. Rasanya sebijik Maggi punya... tapi harga lagi murah.

      Delete
  2. Replies
    1. jom la singgah menyinggah.. hehe...

      Delete
  3. Mkn dgn kulitnya sekali ke? teringat si aelina buat resepi ni..tapi kentangnya lecek masuk dlm aluminum cup

    ReplyDelete
  4. Ha ah Zaida... makan denga kulitnya sekali. Guna kentang warna putih, kulitnya nipis. Kalau jenis yang ni... tak terasa sangat liat dan payau kulitnya banding dengan kentang warna coklat gelap dan kulit tebal tu. Isi kentang pun terasa lebih lemak...

    ReplyDelete