Thursday, April 29, 2010

New baby...


Memperkenalkan, Insya-Allah... the latest addition to our family. Kiranya ni dah masuk 4 bulan dah. Ya, kita ni tengah mengandung anak yang ke-5. Kita panggil baby ni "Bonus Baby". Kenapa ya?

Sebab... kalau nak diikutkan sejarah, cuma Hannan dan Aarif aje yang dalam kategori Planned Pregnancy. Masa Adeem dan Amiin, tau-tau aje diaorang dah ada. Surprise pregnancy ler tu.

Tapi yang ini, masuk kategori Super Duper Surprise Pregnancy! Yelah, kita ingat kita retire dah, siapa sangka retirement ditolak! Aduuuh...

Terkejut ada, tergelak pun ada!

Kita ingat lagi, 17hb Feb... lepas dah confirm pregnancy dengan Doktor, kitaorang mula-mula terdiam. Kita tengok muka dia, dia tengok muka kita. Dia tanya kita, "So... camne?" Kita jawab, "Nak camne? Camni ajelah!!" Pastu kita dah tak tahan sangat gelihati, terus ketawa besar. Ha ha ha ha... Memang kelakar betul rupa muka masing-masing masa tu!

Kita sempat usik dia, "Babah ni... ada doa-doa nak nambah anak ke?" Cepat aje dia jawab, "Hish! Mana ada!" Ha ha ha... sampai sakit-sakit perut ketawa hari tu.

Apapun, tak apelah... kitaorang terima aje dengan hati terbuka dan penuh syukur. Anak-anak pun semuanya excited nak dapat adik lagi. Semuanya setuju nak baby girl. Tapi kita beritau diaorang, siapa pun yang Allah beri pada kita nanti, kita terimalah saja dengan kasih-sayang. Itulah yang paling penting sekali.

Insya-Allah, dia bakal lahir pada penghujung September atau awal Oktober nanti. Tak balik beraya la nampaknya...

Until later....

Sunday, April 25, 2010

Cok Bantal...

Cok Bantal dan Sambal Tumis Sotong sejurus sebelum dijamu kepada keluarga...

Biasalah, bila dah putus idea nak makan apa... mesti ler pergi blog hopping kat blog-blog feveret kita. Terjumpa resipi ni kat MamaFaMi's Spice & Splendour yang bersusur-galur dari entry MommaMia kat Myresipi. Lompat-lompat lagi sana-sini, wah.. dah ramai yang buat dan menjadi.

Kebetulan ada Sambal Tumis Sotong lebihan lauk Nasi Lemak. So kita apa lagi... terus bersemangat ke dapur. Untuk pengetahuan, aturcaranya dan jumlah air kita dah ubah sikit.

Cok Bantal...

3 cwn tepung gandum - diayak
2 sdt yis
3 sdt garam
3 sdbsr gula kastor
2 sdbsr butter / margerin
1 biji telur
1/2 cwn air

Larutkan garam dengan air.
Gaulkan kesemua bahan-bahan lain sehingga menjadi seperti breadcrumbs.
Tambahkan air sedikit-sedikit dan uli tepung hingga menjadi doh.
Taburkan sedikit lagi tepung dan uli doh hingga sebati dan licin.
Letakkan di dalam mangkuk, tutup dengan kain dan perap selama 30 minit.
Doh akan mengembang sekali ganda.
Tumbuk doh sebelum mencanai agak-agak 2 cm tebal.
Potong ikut saiz yang disukai.
Goreng dengan api sederhana.
Sentiasa balik-balikkan supaya kembang dan masaknya rata.
Bila dah bertukar warna, angkat dan tos. Sedia untuk dihidang.

Senang sangat kan, nak buat dia...

Makannya cecah dengan Sambal Tumis. Tak kesah apa jenis. Yang cecah dengan sardin ada. Yang cecah dengan kuah kacang pun ada. Ikut selera masing-masing la yaa...

Ini pinggan kita dan ini bantal yang ke-5... ha ha ha...

Until later...

Thursday, April 15, 2010

Jeruk Pelam Muda...

Masam, masin, manis, rangup...

Kat sini sekarang tengah nak masuk musim pelam. Kita panggil pelam laa... ada mungkin panggil mempelam atau mangga atau pauh. Sama ler tu...

Pelam yang jenis besar-besar masih bergantung-gantung kat pokok, belum matang. Yang banyak jumpa kat tamu, jenis yang kecik-kecik mengkal tu. Sesuai sangat dibuat jeruk.

Jarang miss buat jeruk ni tiap kali masuk musim sebab kita suka makan. Cara nak membuatnya, kita tanyakan kat makcik kita, Mak We dan Mak Ha. Masa tu tengah mengandung Hannan. Mengidam ler tu... Kita teringin sangat nak rasa semula kelazatan jeruk yang Mak Ha buat masa kita budak-budak dulu.

Sejak dari tu, kita bereksperimen. Hehehe... eksperimen lagi. Menjadik memanglah menjadik, tapi terus-terang kita cakap. Jeruk pelam Mak Ha jugak yang paling sedap. Sampai sekarang rasanya masih lekat dilidah. Mehlah cuba buat! Senang aje...

Jeruk Pelam Muda...

Pelam muda
Air garam

Air gula
1 sudu besar cuka

Ini takde sukatan la ya.
Kupas kulit pelam, buang bijinya dan hiris.
Rendamkan pelam dalam air garam semalaman.
Ini untuk menghilangkan getah dan rasa payau pelam.
Selain tu, masa kita merendam, garam akan terserap ke dalam pelam, menambah sedap jeruk bila dah siap nanti.

Pastikan air gulanya pekat.
Masa menjerang, tunggu sampai air gula dah didih barulah masukkan cuka.
Didihkan lagi sekejap dan tutup api.
Biarkan sampai betul-betul sejuk baru gunakan.

Bilas pelam dengan air masak dan toskan.
Masukkan dalam bekas dan tuangkan air gula.
Taburkan sedikit lagi gula di atasnya, tutup dan peram sehari.
Bila pelam dah nampak kecut sikit, maknanya dah siaplah tu.
Pastu simpan dalam fridge, lagilah sedap.

Sori... terlupa ambik gambor masa merendamnya...

**Nota :

- Kalau taknak kupas kulit pun boleh. Kita kupas sebab tak suka makan kulitnya yang kadang-kadang jadi pahit.
- Kita letakkan sikit cuka dalam air gula sebab kadang-kadang air gulanya tu berbuih kalau terlambat simpan jeruk dalam fridge.
- Pastikan peram jeruk kat luar dulu. Kalau terus simpan dalam fridge, jeruk lambat jadi.
- Ada jugak yang rendamkan pelam dengan air kapur dulu sebelum rendamkan dengan air garam. Kita tak pernah cuba cara macam ni. Nantilah, kita buat research dan eksperimen lagi. Manalah tau kot-kot jadi lagi sedap...

Until later...

Tuesday, April 13, 2010

Kehidupan sehari-hari...

Dah sampai, tengah tunggu Babahnya check-in...

Cerita lama... 20-22 Mac 2010

Bercutian ke Borneo Rainforest Resort, Miri . Tak jauh dari Taman Negara Lambir. Setakat 2 malam aje. Sekali-sekali ajak budak-budak tengok hutan.

Inilah chalet kitaorang bermalam, kiranya macam apartment 2 bilik la...

Tempat penginapan memang cantik dan selesa. Semuanya dibuat dari kayu. Hari pertama diorang bawak jalan sekeliling resort. Kalau tengok gambar kat brochure dan website memang macam ngam tapi bila dah sampai, aduh mak! Terkecewa jiwa.

Kat dusun buah-buahan, pokok-pokoknya masih tahap pokok muda. Baru 4-5 tahun rasanya. Belum ada hasil. Kita yang biasa tengok dan kenal pokok pisang, durian, rambutan, nangka, belimbing dan lain-lain ni takpelah jugak. Pada yang tak kenal, kuranglah seronoknya kan.

Bila kat tempat haiwan ternakan, lagilah sedih. Binatang-binatangnya langsung tak terjaga. Nampak betul tak sihat. Kandang-kandang pun kotor. Haiii... kesian betul. Nak tengok pun tak sampai hati. Nak ambik gambar lagilah tak sampai hati.

Ini bukan pertama kali kita tengok perkara macam ni. Pergi ke A-Famosa pun begitu. Kebanyakan Zoo-zoo Negeri pun macam tu jugak. Kalau dah nak membela binatang, belaaalah betul-betul. Menyeksa aje, kesian tau...

Kita teringat kat kambing-kambing Abah dulu. Walaupun kandangnya tak seberapa kat belakang rumah tu dan yang menjaganya pun cuma Abah sorang aje, kambing-kambingnya sihat-sihat dan tegap-tegap belaka. Siap boleh jadi hadiah untuk akikah cucu-cucu lagi.

Pemandangan pokok-pokok hutan...

Tapi itu ajelah yang kita komplenkan. Yang lain-lain ok. Mana-mana bahagian hutan yang tak perlu ditebang, diaorang tak tebang. Jadi bolehlah kita tengok keadaan dalam hutan yang sebenar.

Ada dua trail. Yang pertama, trail tanah. Kiranya Jungle Trekking la ni. Tapi kitaorang tak larat nak jalan kat sini. Masing-masing pakai selipar aje. Tak pasal aje karang ada yang tergolek kat tempat curam.

Kat tempat permulaan denai hutan...

Jadi kitaorang jalan kat boardwalk. Puas jugak berjalan. Penat pun ya, tapi tempat-tempat rehat ada sepanjang perjalanan.

Kat tempat rehat boardwalk dalam hutan tebal...

Air terjun ada 2 yang comel kecik, kolamnya pun macam lecak-lecak kat jalanraya KL. Yang kat gambar tu pun bukannya lebar sangat pun air terjunnya tapi kolamnya dalam. Jadi pergi ambik-ambik gambar ajelah. Tak berani nak masuk.

Kolam kat belakang tu katanya 20 kaki dalam. Hish... tak beranilah. Mana sama berenang kat situ dengan kat kolam renang. Bahaya, bahaya...

Sepanjang-panjang kitaorang duduk kat sana, cuma ada 4 kumpulan pelancong aje. Bila waktu makan, macam tak percaya aje yang kitaorang ni ada kat resort. Lebih ramai pekerja dari pelancong. Mungkin dah penghujung cuti kot.

Salah satu anak sungai kat dalam hutan...

Yang kelakarnya, bila waktu malam kitaorang dah tak keluar bilik dah. Gelaaaap! Ha ha ha ha... orang bandar ler katakan. Mana biasa keluar rumah gelap-gelap. Apatah lagi dengan bunyi-bunyi yang bermacam-macam dari hutan. Woooh... no way la...

Cerita separa lama... 27 Mac 2010

Para ibu dan anak-anak perempuan sedang mendengar taklimat pengenalan...

Kumpulan Rakyat Malaysia di Kuala Belait buat lawatan ke Rumah Amal Anak Kesayangan Kami di Miri. Rumah yang menjaga anak-anak yatim miskin dan anak-anak bermasalah. Tujuan utama kitaorang ialah untuk bertanya khabar pada anak-anak ni dan menyampaikan sumbangan mana yang boleh.

Persembahan nasyid dari anak-anak perempuan RAAKK. Sebelum tu anak-anak lelaki dah buat persembahan...

Bina menara dari straw minuman. Antara aktiviti yang dijalankan. Untuk anak-anak kecik, kitaorang ajak buat kraf origami dan pinwhell...

Ini jugak satu pendedahan pada anak-anak kita supaya ada keinsafan tentang betapa bertuahnya diaorang dengan kehidupan diaorang sekarang. Semoga lawatan ini jugak memeberi inspirasi untuk kita dan anak-anak untuk terus menyambung kerja-kerja macam ni di masa depan Insya-Allah...


Waktu makan tengahari...

Terus-terang cakap, kita memang respek habis kat diaorang ni yang bergerak dengan penuh komitmen. Bukan calang-calang nak buat kerja macam ni. Semoga apa saja yang mereka usahakan mendapat keberkatan Allah dan membawa kejayaan pada anak-anak didikan mereka.

Penerangan dari orang kuat RAAKK, tapi tak ingat pulak nama Ustaz ni...

Cerita belum lama... 7 April 2010

Cik Abang kita membuka lembaran usia yang baru. Dia mencecah umur 40 tahun pada hari tu. Kita saje usik dia, "So, apa rasa umur 40 ni?" Dia cool aje jawab, "OK!" hmmm... memang cool.

Kitaorang memang simple aje bila sambut anniversary dan birthday masing-masing. Jarang benar berhadiah-hadiah. Paling-paling pun pergi makan kat restoran yang posh sikit. Tapi selalunya kitaorang cuma bersalaman dan ucapkan "Happy Birthday" atau "Happy Anniversary" dengan seikhlas hati.

Disebabkan dia tak berapa minat makan kek, kita pun buatkanlah Cream Caramel kesukaan dia. Lepas makan malam, kitaorang semua pun habiskan sama-sama....

Adeem mengadap Babahnya potong Cream Caramel...

Semoga dekad baru ni membawa kematangan, kebaikan, kejayaan dan rezeki yang halal lagi melimpah untuk Cik Abang kita ni, Insya-Allah... Amiiiiin...

Until later...