Monday, March 18, 2013

Inti Kacang Merah...

Inti Kacang Merah... warna yang terhasil ialah warna asli iaitu coklat dan bukan hitam macam inti komersial...
Dah lama kita tak cerita pasal masak-masak... kan? kan? Haa... inilah hasil keras tangan kita baru-baru ni. Ini semua gara-gara tak puas makan Pau Inti Kacang Merah kat rumah kawan kelmarin...

Terjumpa pulak kacang merah masa shopping kat Safari Supermarket. Apa lagi... eksperimen time laa... Resepi ni kita olah dari blog Intai Dapur. Alhamdulillah... menjadi dengan jaya dan sedapnya... Meh gi dapur!

Inti Kacang Merah...

250g kacang merah
3/4 cwn gula
1/4 cwn gula merah
1/4 cwn minyak
1/2 sdbsr tepung jagung
sepotong daun pandan
secubit garam
Rendam kacang merah semalaman.
Rebus dengan air yang cukup hingga empuk.
Sejukkan sebentar dan kisar dengan air rebusan hingga halus.
Tuangkan ke dalam non-stick pan.
Tambahkan gula, gula merah, minyak, garam dan daun pandan.
Gaul rata. Gunakan api sederhana dan mulakan memasak.
Apabila kacang mula mendidih dan memekat, tuangkan campuran tepung jagung.
Teruskan memasak hingga kacang betul-betul kering.
Keluarkan daun pandan. Sejukkan sebentar dan inti sudah boleh digunakan.

Memang sedap kalau dibuat Kuih Pau atau Roti Bun. Kalau nak yang lain dari yang lain... boleh cuba buat Karipap Inti Kacang Merah macam kat blog kawan kita di Brunei, Bicara Kak Noor...
Ada jugak baiknya pau kita ni sedikit pejal. Ia tak penyek bila diletakkan dalam bekas makanan...
Masih belum memenuhi piawaian Pau Lembut lagi Gebu dan Gebus! Setakat nak buat makan sendiri dan bekal budak-budak ke sekolah... Alhamdulillah bolehlah...

Until later...

p/s Buat pengetahuan, ini ialah kali kedua kita buat Pau Inti Kacang Merah. Pagi tadi masa kita tengah meletak pau ke dalam bekas makanan, Si Amiin tanya, "Ibu... ini inti yang macam haritu eh? Emmm... Amiin nak Pau Inti Kaya..." 

Aduhai anakku sayang... benda takde jangan di tanya. Makan aje apa yang ada depan mata... Sementara Ibu cari semangat nak membuat kaya pulak. Lagipun Inti Kacang Merah ada banyak lagi tu haa... 

6 comments:

  1. segalanya inti kacang merah la jawabnya amiiin ... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi yang boleh letak inti ni? kuih bom, roti bun, pau goreng, dorayaki... hehehe...

      Delete
  2. Kadang2 permintaan anak2 ni buat kita pelik...yg tak de depan mata tu yang ditanya..
    Sama ajalah kalau dah namanya budak! Heee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tak tahan tu kan Anim... tak lama lepas tu, lepas sorang ke sorang kata, "Ha'ah la... dah lama tak makan kaya..." Heeemmm...

      Delete
  3. lya lak x suka makan inti kacang ni.. ntah nape.. tp asya suka sgt2 la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu Lya.. selera kan lain-lain. Kiss-kiss kat Asya eh sebab dia suka kat inti kacang... hehehe...

      Delete