Apa cerital harini ni? Inilah dia gaya time-time nak balik kampung. Berkemas, mengemas tapi tak kemas-kemas... makin berkecah ada laa... hadooiii...
Setakat ni, yang dah dikemas cuma satu beg berisi kurma, kacang dan kismis yang nak dibawak balik. Nak kena kemaskan lagi satu beg untuk isi Ahmad Tea No.1 kegemaran Abah, beberapa biji buah delima dan beberapa kotak baklava. Abaya untuk Mak dan MIL dah ambik, baju Thobe untuk FIL dan kain cotton putih yang Abah kirim pun dah beli.
Oh... dan 2 bijik cerek kuning untuk Fizah dan Mak. Macamana nak bawak ek? Kali ni cerek besar 6L dan 8L. Benda tu dahlah nipis dan lembut. Dulu bawak sebijik tapi yang kecik, sumbat-sumbat dalam beg baju aje. Nampaknya kenalah bungkus betul-betul dan mintak orang tu tepek tape dan gambor "Fragile" kat kotak. Harap-harapnya selamatlah cerek-cerek tu... kekal cantik dan tak kemek... Insya Allah...
Yang belum beli... selipar Aarif dan Amiin. Asyik-asyik terlupa aje... Kalau tak sempat jugak nak pergi malam ni, memang naik kapalterbang pakai selipar jepun ajelah budak-budak tu... gaya super sempoi ler nampaknya...

Baju-baju masih berterabor sana-sini dan flight balik malam esok. Tapikan... macam biasalaaa... bila dah sampai masa nak bertolak, Insya Allah... siaplah semua. Kitaorang akan berada di Malaysia sampai 27hb Julai. Dapatlah seminggu berpuasa dan kemudian kitaorang akan terbang semula ke Qatar.
Harini kita letak gambor merepek tapi menepati tema tajuk... hahaha... Gambor pertama, inilah rupa tombol tangga rumah kita. Nak tanya... memang ini ke kegunaan semulajadi tombol tangga?
Gambor kedua, entah macamana haritu... tiba-tiba macam terkemas sangat la sudut dapur kita ni ha... Saja ambik gambor buat kenangan... bukan selalu boleh dapat comel macam nih...
Gambor ketiga, ini masa photoshoot Kuih Bingka Ubi. Pelepap-pelepap sana-sini ambik gambor tapi tak dapat-dapat nak menangkap cahaya. Alih bekas tu sana-sini tapi malap aje gambor yang dapat. Tengah bengang-bengang tu boleh pulak tak sengaja tertekan punat kamera... dapatlah gambor yang terang-benderang ni haa... Aiii... sabor ajelah...
Okeh... nak sambungmengemas mengecahkan rumah.
Okeh... nak sambung
Until later...