Thursday, December 15, 2011

Daging Masak Lada Hitam...

Okey... dah tau cara mudah untuk lembutkan daging - kat sini, mari kita semua masak Daging Masak Lada Hitam pulak ya...

Daging Masak Lada Hitam...

1kg daging
2 biji kentang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2" halia
1 biji lada merah
1 sdbsr serbuk lada hitam
1 sdteh serbuk lada putih
1/2 cwn sos tiram
1/4 cwn kicap manis
1/4 cwn hirisan daun ketumbar
1 sdteh tepung jagung + sedikit air

Rebus daging hingga empuk dan hiris nipis. Ketepikan.
Hiris nipis kentang, goreng hingga garing dan ketepikan.
Bawang besar didadu, bawang putih dan halia dicincang, lada merah dihiris.
Tumiskan kesemuanya hingga hampir garing.
Masukkan serbuk lada hitam, lada putih, sos tiram dan kicap manis.
Tumis hingga naik minyak. Masukkan daging, kentang dan daun ketumbar.
Gaul rata dan reneh atas api kecil hingga kesemua rencah mesra.
Tuangkan bancuhan tepung jagung dan gaulkan hingga kuah pekat-berkilat.
Siap untuk dihidang.

Tapi kalau tengok kat gambar tu, mesti perasan yang lauk kita tu langsung tak berkilat kan? Kita tak sempat nak masukkan sebab Si Haniis dah melalak mintak dilayan. Itu laaa... benda tak disiapkan awal-awal. Bila dah macam tu... manalah sempat nak korek-korek gerobok mencarik...  Lagilah dengan Haniis yang dah pandai berhangin-hangin sekarang nih... Adoooiii... susah betol!

Teringat kat adik kita, Fiz... Dia selalu masak lauk ni bila kitaorang sesekali dapat singgah kat rumah dia. Daging Masak Lada Hitam dia memang top. Berkilat-kilat dan meleleh-leleh kuah pekat kat dagingnya. Huish... terliur...

Yang ini gambor apa pulak ek? Inilah Nasi Goreng Sambal Belacan. Masak untuk makan malam tapi budak-budak dah bedal sebelum sempat kita pesan. Bila tengok diaorang beria sangat makan dengan lauk daging tu, tak sampai hati la pulak. Biarlah...
Eh... malam-malam makan Nasi Goreng aje ke? Oh... itu cerita lain kali...

Until later...

p/s Dah bertahun tak dapat menjamu adik-beradik kat rumah sendiri.... Bila balik kampung, sibuk sana-sini... sampai nak berjumpa-jumpa pun payah. Kalau jumpa pun, boleh dikira "contact hours"nya. Main jumpa sipi-sipi... Kata orang tua-tua, macam mintak api... Kita merindui adik-adik kita... huhuhuhu...

Wednesday, December 14, 2011

Petua Melembutkan Daging...

Sebelum kita letakkan resipi Daging Masak Lada Hitam... kita nak kongsikan dulu petua untuk dapatkan daging yang lembut dan empuk.

Dengan cara ni, Insya-Allah... tak perlu guna pressure cooker, tak perlu nak merebus sampai berjam-jam atau terpaksa beli daging batang pinang yang sangat mahal tu. Daging boleh dihiris nipis dengan sangat cantik sekali. Insya-Allah... bila merebus tulang... dagingnya lembut dan longkah. Bila merebus tetel... boleh kunyah! Hahaha...

Petua Melembutkan Daging / Daging pada Tulang / Tetel ...

1 kg daging / tulang / tetel
1 sdteh bicarbonate of soda
2" halia
1 sdteh garam
Air secukupnya

Yeaa... inilah rahsianya... Bicarbonate of Soda! Cuba... jangan tak cuba...

Letakkan ketulan tulang atau daging dan tetel yang belum dipotong ke dalam periuk.
Tuangkan air hingga separas 1" di atasnya.
Tambahkan bicarbonate of soda, halia dan garam.
Gunakan api besar, tunggu hingga air mendidih.
Bila buih putih dah mula membuak, kecilkan ke api sederhana dan teruskan mereneh.
Sendukkan keluar buih putih yang sudah kental. Tunggu hingga daging 3/4 empuk.
Maksudnya mudah dipotong, boleh dikunyah, cuma masih sedikit liat.
Selalunya ambil masa 45 minit sahaja untuk berat 1 kg.
Jangan terlebih masak sebab dagingnya akan jadi lembik dan berderai bila dimasak lagi.
Angkat dan hiris daging atau tetel untuk masakan seterusnya.
Angkat dan rebus semula tulang untuk membuat sup tulang.
Atau tumiskan tulang bersama rempah untuk nasi briyani.

Cara ni tak sesuai kalau nak buat stok sebab rasa air rebusan agak payau sikit. Dan selalunya kita memang tak gunakan semula air rebusan tu... terutamanya kalau merebus tulang / ketulan daging untuk buat sup atau nasi briyani.

Jangan risau, buangkan saja... Rasa sedap daging akan tetap ada. Insya-Allah sup jadi lebih jernih, rasa lebih sedap dan paling penting... tak berladung lemak. Nasi briyani pulak tak jadi muak.

Kita lebih suka rebus ketulan daging / tetel terlebih dahulu. Senang nampak jalur uratnya, jadi lebih senang untuk menghiris.



Terima kasih pada Linda yang mengajarkan petua ni kat kita. Mudah dan sangat  menjimatkan - jimat gas, jimat masa dan tak perlu beli  pressure cooker. Selamat mencuba!

Until later...

Thursday, December 8, 2011

Musim Sejuk...

Alhamdulillah... hari ni dapat pulak masukkan gambar dan entry selepas lama tak mencuba-cuba. Entahlah, harap-harap takkanlah berlaku lagi macam hari tu. Jenuh! Dah dapat masuk ni, apa lagi... letaklah gambor banyak-banyak... hahaha...

Sekarang ni Musim Sejuk. Walaupun sebenarnya dah mula awal bulan lepas, baru sekarang ni rasa betul-betul sejuk. Kalau dulu asyik cakap panas, panas, panas! Haaa kak oooii... kali ni... sejuk, sejuk, sejuk! Menggigil-gigil punya sejuk. Pakai baju lengan panjang 2-3 lapis. Stokin memang sentiasa tersarung. Tak terpijak lantai kalau berkaki ayam.

Musim Panas haritu, kena sejukkan air baru boleh guna, kali ni... kena tunggu air panas dulu baru boleh pegang. Kalau tak... mau pucat tangan, mau bibir biru...

Walaupun kita dah pernah jumpa Musim Sejuk masa duduk kat Melbourne dan Saudi dulu, kali ni sangat-sangat terasa betul sejuknya. Mana taknya, rumah-rumah dulu semua ada Central Heating. Kita cuma perlu switch on dan satu rumah dah rasa sedap panas. Jumpa rasa sejuk bila keluar rumah ajelah. Tapi rumah ni takde Central Heating. Fuh! Gigil, gigil, gigil!

Kalau nak panas, kena beli heater sendiri. Banyak modal tapi terpaksalah. Bilik tidur aje nak kena ada 3 bijik. Ruang tamu, ruang makan dah nak ada lagi 2 bijik. Nasib baik kat dapur tak payah. Kalau agak-agak tak tahan, kita on aje oven tu... hehehe...

Budak-budak sekarang pergi sekolah pakai sweater. Awal-awal pagi kadang-kadang berkabus hembusan nafas. Nasib baik sekarang bas dah datang tepat masa. Jadi budak-budak tak payah tunggu lama.

Ini gambar berkelah di Dukhan bulan lepas. Cuaca sedap, hawa segar, tak berapa sejuk. Jumpa ramai kawan-kawan Malaysia yang bawak Mak-Mak diaorang berkelah. Kebanyakannya dah nak balik lepas 2-3 minggu menjaga cucu sementara anak-anak menunaikan Ibadah Haji. Ada yang Maknya nak balik malam tu jugak. Ini kira betul-betul last kopek la...

Seronok dapat berkelah. Cuma kehadiran orang-orang yang suka sangat membuka aurat kat pantai ni tak kira Musim Panas Musim Sejuk sangatlah menyakitkan mata. Haaiii... macam rasa bersalah pulak bawak Mak Abah kita kat tempat camni. Kepada kengkawan yang baru pulang haji... Cobaaaannn...

Si Amiin main air kat kolam renang. Cantik gambar ni kan? Boleh tahan jugak bebudak ni ngambik gambar. Ini hasil kerja Hannan. 

Yang ini pulak, hasil tangan Aarif. Kadang-kadang kan... kita perasan yang gambar-gambar yang diaorang ambik lagi cantik daripada yang kita ambik. Adeem dan Amiin pun bagus jugak. Agaknya perbezaan perspektif dan ketinggian... eh! kerendahan diaorang buat gambar yang diambik tu nampak lain dari biasa.

Oklah, sampai sini dulu. Insya-Allah... cerita-cerita baru akan menyusul.

Until later...

Thursday, December 1, 2011

Mungkinkah kita perlu berpindah ke alamat baru?

Dah lama sangat perkara ni berlarutan. Jangan kata nak post entry, nak masuk ke dashboard pun macam ikut-ikut nasib aje... Kadang-kadang boleh... kadang-kadang tidak... Dah masuk ke dashboard, tak boleh nak enter post, tak boleh nak mengedit... Kadang-kadang langsung tak boleh buat apa terus... Macam-macam cara dah cuba, tak mau jugak selesai masalah. Dapat post entry ni pun macam percaya tidak aje. Kita dah masuk tahap give-up dah ni...


Kita minta maaf pada semua rakan pembaca yang selalu singgah ke "Wired to the World..." Harap bersabarlah yea... Doakan semoga kita dapat buat sesuatu supaya dapat semula bersama-sama berkongsi cerita.


Salam sayang dari kita...


Until later... Insya Allah...