Sunday, September 18, 2011

Al-Kisah Mee Kuning...

Semangkuk penuh... pengubat rindu. Mee palsu...
Masuk sebulan duduk kat sini, kita cakap kat Cik Abang... "Hmmm... lama betul tak merasa basah hujan. Lama betul tak makan mee kuning..." Hentah apa-apa aje kita ni ek? Mee kuning pun nak rindu.

Boleh pulak pada masa yang sama Si Linda kat Perth pun merindu jugak dan akhirnya berjaya membuat mee kuningnya sendiri. Cik Abang kata, cuba-cubalah carik resipi kat alam maya ni. Mana tau kot-kot jumpa cara yang mudah. Memang ler kita jumpa cara yang mudah. Gunakan aje mesin ni...

Falcon Electric Pasta Maker. Masukkan aje tepung, air kunyit dan telur. Tekan butang dan fuf! Terus keluar mee... wwaaaa... Harganya lebih kurang RM 1400.00... wwooaa...
Bila kita tunjuk kat Cik Abang, dia sengih aje. Kita kata, kalau nak suruh kita buat, kasi beli ini mesin yea... Tak kuasa kita nak bersepah dapur dan berlenguh tangan mengerjakan mesin pasta model klasik ni haa...

Kalau yang macam ini, murah sikit. Tak perlu kuasa elektrik. Guna kuasa tangan aje...
Kita ingat lagi satu masa dulu, Mak dengan Abah ada buat sendiri mee kuning kat rumah guna benda ni. Alaaa... tak banyak kali pun membuatnya. Remeh! Akhir cerita, mesin tu jadik benda mainan kitaorang adik-beradik. Kemudian disimpan bertahun-tahun kat dalam gerobok. Rasanya mesin ni pun ada sebijik kat dalam gerobok rumah Mak Mertua kita.

Hmmmm... sebenarnya tak payah nak bersusah-payah pun. Mee kuning ada kat sini kalau nak. Cari aje tokey pengusahanya. Dengar cerita ada 3-4 orang. Cuma masa cuti haritu, rata-rata diaorang balik kampung. Tapi Alhamdulillah... dah memang rezeki nak dapat ilmu. Masa beraya kat rumah Kak Halimi di Dukhan, kita diajar satu trick yang sangat bijak.

Kalau tak ada mee kuning, rebus aje spaghetti dengan sedikit serbuk kunyit dalam air rebusannya. Rebus kasi kembang... lepas tu toskan. Spaghetti akan ada rupa dan rasa mee kuning! Hallamak... memang geniuslah! Kak Halimi kata trick ni pun orang lain yang dok ajar kat dia. Kalau tak percaya... meh tengok gambor ni.

Tengok tu... air rebusannya warna kuning. Eeer... agak-agak pitam tak orang Itali tengok kita merebus pasta dalam kuali? Pastu dengan sesuka hatinya menukar identiti pasta diaorang menjadi mee?

Tadaaaa... pasta yang sudah ditukar kerakyatannya...
Jadi kepada para perantau yang terkalut rindu tak jumpa mee kuning... buat aje macam ni. Habis cerita!

Until later...

2 comments:

  1. tips yang mungkin berguna suatu hari nanti ;-)

    ReplyDelete
  2. Ku mengerti maksud mu ituuu.... ^-^

    ReplyDelete