Kita mengakui, sangat sukar untuk kita kembali "sembuh" selepas melahirkan anak. Kita benar-benar suffer akibat kehilangan hormon estrogen yang sebelum itu melimpah-ruah di dalam tubuh badan semasa mengandung. Penampilan kita jatuh merudum untuk tahun pertama selepas melahirkan. Perhatikan... kita kata penampilan bukan kecantikan... hahaha... nanti orang kata perasan pulak... kan? kan?
Inilah yang terjadi. Selepas 3 bulan, rambut kita gugur sampai jadi nipis dan nampak bayang-bayang kulit kepala. Kulit muka menjadi hitam-kusam dan lebih kasar dari biasa. Wajah pulak otomatik menua 4-5 tahun. Berat badan pulak memang tak akan turun. Selama mana kita menyusukan anak, selama itulah badan kita berisi macam mana mengandung dulu.
Untuk kembali ada sedikit "seri" dan "kurus" adalah perkara yang amat susah bagi kita. Bak kata orang putih, "A very slow and painful process". Buatlah camana pun, kalau tak cukup setahun memang payah nak menjadi. Membawak rupa tak semenggah sememangnya merimaskan. Tapi nak buat macamana... dah begitu fitrah tubuh kita, jadi bersabar ajelah sementara diri pulih semula.
Nak jadik cerita, baru-baru ni kita ke Jabatan Pendaftaran, Batu Pahat untuk mengambil MyKad kita dan Amiin. Biasalah, tunggu-tunggu lepas tu kena panggil. Sampai kat kaunter, petugas kat kaunter tu tunjukkan MyKad lama kita dan tanya, "Ini kad Makcik ke?" Makcik? Makcik? Dia panggil kita Makcik? Hhmmmm...
Wahai Cik Petugas, jabatan tak ada ajar ke tatacara melayan pelanggan? Kalau pun wajah kita ni ada berupa Makcik, takkanlah panggilan itu yang awak guna. Kita berurusan rasmi dalam Pejabat Kerajaan, bukan beli pisang goreng kat pasar malam. Sebagaimana orang awam dimestikan mengikut tatacara berpakain yang sesuai ketika berurusan, awak pun mestilah mengikut tatacara memanggil pelanggan yang sesuai.
Taklah berasa sangat kalau yang memanggil kita Makcik tu ialah pelayan di warung atau kedai makan. Dah nama pun tempat tak formal. Tapi tentulah tak sesuai kalau panggilan yang sama digunakan pelayan restoran di hotel bertaraf lima bintang. Bukankan begitu?
Sebaik-baiknya, gunakan panggilan Puan untuk wanita yang lebih tua. Cik untuk wanita yang sama baya atau lebih muda. Gunalah panggilan Encik untuk lelaki, tak kira yang tua atau muda. Bukankah ini lebih sopan dan profesional? Kita sendiri sentiasa menggunakan panggilan-panggilan ini bila dalam urusan-urusan rasmi sejak dari dulu lagi.
Bukannya susah-sangat pun. Lain-kali ingat yea Cik Petugas, tak rugi berbasa-basi...
Until later...
p/s Gambor? Tak kuasa Makcik nak tepek-tepek gambor Makcik tengah rupa-rupa gini... Tunggu tahun depan Insya Allah... hahahaha...
hahaha mmg kurang the asam ...
ReplyDelete