Tengah bersiap-siap, all out packing untuk pergi ke Negara Padang Pasir. Insya Allah hari Jumaat kitaorang akan terbang dari Senai ke KLIA sebelum teruskan perjalanan ke Negara Padang Pasir itu.
Doakan perjalanan kitaorang selamat. Insya Allah akan bersiaran dari sana pulak...
Until later...
Wednesday, June 29, 2011
Wednesday, June 22, 2011
Mabuk kain-baju...
Dulu mabuk kek, sekarang mabuk kain-baju. Adduuh... tengok kain-baju aje otomatik kepala rasa mabuk. Yang kat dalam bakul baju kotor lain. Yang kat dalam dryer lain. Yang kat dalam bakul baju bersih lain.
Hari-hari tidur pukul 2 pagi nak menyiapkan semuanya. Kalau diikutkan virus malas, memang jadik Gunung Banang la kat dalam rumah ni haaa. Nak taknak, layan ajelah... kasik clear itu baju hari-hari... kan? kan?
Sambil-sambil kita melipat baju budak-budak, kita perasan banyak benor baju diaorang yang dah buruk sangat. Nampaknya kena beli lain la pulak ek?
Tapi yang lebih memabukkan pada saat ini ialah 3 bijik beg hitam besor penuh berisi baju-baju yang diambik dari dalam kotak kat stor. Belum berusik kat dalam bilik sejak Ahad lepas. Dah nak kena kemas dah beg-beg untuk pergi ke Negara Padang Pasir... tapi tak terbuat-buat lagi. Esok dah hari Khamis. Aaaa... Mabuk! Mabuk!
Hmmm... tak boleh lama-lama, kain-baju menunggu.

Thursday, June 9, 2011
Mabuk Kek...
Hari Rabu dan Khamis, kita berulang ke Kluang untuk belajar cara-cara menghias kek menggunakan icing buttercream dan jugak fondant. Saja-saja, suka-suka nak belajar benda baru.
Aduuh... ni tengah berdenyut kepala sebenarnya tapi digagahkan jugak mengupdate sebab kalau tak buat sekarang... rasanya minggu depan pun belum tentu dapat buat. By that time, kek dah basi, cerita pun basi gak laa... hehehe...
Meh tengok hasil jari-jari keras kita ni...
Kena pilih... samada nak buat hiasan buttercream basketweave atau air terjun, kita pilih untuk buat yang ini...
Kek buttercream berhias bunga...
Kek fondant dengan teknik draping...
Cupcake dengan hiasan fondant...
Cupcake dengan hiasan buttercream...
Sebenarnya dah atur nak pergi dulu tapi masa tu Abah Mertua sakit, jadi terpaksalah kita tangguhkan. Alhamdulillah, terima kasih kat Ija di Taman Suriamas, Kluang. Dia seorang cikgu yang sangat dedikasi. Kita diajar cara-cara asas menghias kek. Belajar one to one tapi rombongan one, two, three... hahaha...
Takdelah sampai macam ni setiap masa. Hannan memang jaga Haniis dengan best sekali. Ini cuma masa ambik-ambik gambor aje kita dukung...
Terpaksalah, Haniis kena dibawak sekali. Macam mana boleh ditinggal? Nasib baik ada Hannan. Dua hari jadi full-time babysitter. Kena belanja makan Shushi King la agaknya tu. Belum tanya lagi tapi dapat agak itulah yang akan dimintaknya. Hmmm... mahalnya upah babysitting ek?
Alhamdulillah, bagus jugak dapat buat kelas ni sekarang. Hari ini Birthday Amiin dan jugak Abah. Bolehlah buat potong-potong dan makan-makan. Bagus jugak anak-anak sedara Si Raziq dan Rafiq ada kat sini. Bayangkanlah, kita bawak balik 2 biji kek besar dan 8 biji cupcake, kalau tak ramai rakyatnya... siapalah nak makan kan? Nasib baik Kek Fondant tu foam... hahaha...
Serbu...
Untuk sesiapa yang tinggal dekat-dekat Kluang dan nak belajar asas-asas menghias kek, pergilah jumpa Ija. Blog dia kat sini - luvchocolate77.blogspot.com.
Lepas kelas hari pertama...

Tuesday, June 7, 2011
Panggillah Daku...
Kita mengakui, sangat sukar untuk kita kembali "sembuh" selepas melahirkan anak. Kita benar-benar suffer akibat kehilangan hormon estrogen yang sebelum itu melimpah-ruah di dalam tubuh badan semasa mengandung. Penampilan kita jatuh merudum untuk tahun pertama selepas melahirkan. Perhatikan... kita kata penampilan bukan kecantikan... hahaha... nanti orang kata perasan pulak... kan? kan?
Inilah yang terjadi. Selepas 3 bulan, rambut kita gugur sampai jadi nipis dan nampak bayang-bayang kulit kepala. Kulit muka menjadi hitam-kusam dan lebih kasar dari biasa. Wajah pulak otomatik menua 4-5 tahun. Berat badan pulak memang tak akan turun. Selama mana kita menyusukan anak, selama itulah badan kita berisi macam mana mengandung dulu.
Untuk kembali ada sedikit "seri" dan "kurus" adalah perkara yang amat susah bagi kita. Bak kata orang putih, "A very slow and painful process". Buatlah camana pun, kalau tak cukup setahun memang payah nak menjadi. Membawak rupa tak semenggah sememangnya merimaskan. Tapi nak buat macamana... dah begitu fitrah tubuh kita, jadi bersabar ajelah sementara diri pulih semula.
Nak jadik cerita, baru-baru ni kita ke Jabatan Pendaftaran, Batu Pahat untuk mengambil MyKad kita dan Amiin. Biasalah, tunggu-tunggu lepas tu kena panggil. Sampai kat kaunter, petugas kat kaunter tu tunjukkan MyKad lama kita dan tanya, "Ini kad Makcik ke?" Makcik? Makcik? Dia panggil kita Makcik? Hhmmmm...
Wahai Cik Petugas, jabatan tak ada ajar ke tatacara melayan pelanggan? Kalau pun wajah kita ni ada berupa Makcik, takkanlah panggilan itu yang awak guna. Kita berurusan rasmi dalam Pejabat Kerajaan, bukan beli pisang goreng kat pasar malam. Sebagaimana orang awam dimestikan mengikut tatacara berpakain yang sesuai ketika berurusan, awak pun mestilah mengikut tatacara memanggil pelanggan yang sesuai.
Taklah berasa sangat kalau yang memanggil kita Makcik tu ialah pelayan di warung atau kedai makan. Dah nama pun tempat tak formal. Tapi tentulah tak sesuai kalau panggilan yang sama digunakan pelayan restoran di hotel bertaraf lima bintang. Bukankan begitu?
Sebaik-baiknya, gunakan panggilan Puan untuk wanita yang lebih tua. Cik untuk wanita yang sama baya atau lebih muda. Gunalah panggilan Encik untuk lelaki, tak kira yang tua atau muda. Bukankah ini lebih sopan dan profesional? Kita sendiri sentiasa menggunakan panggilan-panggilan ini bila dalam urusan-urusan rasmi sejak dari dulu lagi.
Bukannya susah-sangat pun. Lain-kali ingat yea Cik Petugas, tak rugi berbasa-basi...
Until later...
p/s Gambor? Tak kuasa Makcik nak tepek-tepek gambor Makcik tengah rupa-rupa gini... Tunggu tahun depan Insya Allah... hahahaha...

Subscribe to:
Posts (Atom)