Alhamdulillah... dah pun sampai kampung hari Jumaat malam Sabtu lepas. Sampai-sampai kitaorang aje terus bertugas, tak sempat nak duduk. Petang Sabtu tu rumah Minyak Beku ambil giliran Yasin untuk orang perempuan.
Kali ni kitaorang anak-beranak aje yang rewang, tak panggil orang lain tolong tapi semuanya beres. Banyak tangan... Ipar-duai semua balik awal. Ditambah lagi tenaga kerja anak-anak sedara belah Cik Abang. Diaorang dah besar-besar, dah pandai menolong buat kerja.
Yang paling best, kali ni kitaorang puas dapat makan durian. Walaupun masih dalam tahap kata orang tua, "buang buruk" tapi kali ni tak seteruk tahun-tahun dulu. Lebih banyak yang elok dari yang buruk. Tak kira pagi, petang, malam... haai... pantang nampak dah terkumpul, kopek saja.
Ini kita di rumah Parit Besar. Tadi siang kitaorang menyambut Birthday Amiin dan Tok Abahnya. Belikan dia kek sebiji buat kongsi makan-makan dengan sepupu-sepupunya yang lain.
Sabtu ni, Mak dan Abah akan membuat Majlis Kesyukuran (sempena Ulangtahun Perkahwinan yang ke 40) dan sekaligus Majlis Akikah untuk Nia.
Tapi kali ni kitaorang adik-beradik bersepakat mintak dengan Abah supaya tempah katering aje. Bukan apa, tak larat nak layan kak oooi...
Fizah dan Noora cuma dapat balik hari Jumaat malam Sabtu dan kemudian balik ke KL hari Ahadnya. Manakan sempat nak memasak, manakan sempat nak mengemas sebelum dan selepas majlis. Kalau kita nak buat sorang-sorang, alamat bengkok ler badan!
Ambik masa jugak nak memujuk Abah tapi syukur, syukur... akhirnya dia setuju jugak. Rasa lega diiringi harapan katerer dapat menjalankan kerjanya dengan berjaya Insya-Allah... Amiin...
Until later...
No comments:
Post a Comment