Monday, May 31, 2010

Kek Marble Chocolate Orange...

Belang zebraku menjadik...

Hari ni kita teringin nak makan Kek Marble dan resipi kita yang guna ni diambil dari laman Rinnchan.

Kita suka sangat resipi ni sebab bahan-bahannya sangat asas. Benda-benda yang memang selalu ada dalam gerobok dapur kita. Maklumlah, kita ni bukannya a dedicated cake baker, tak simpan bahan-bahan kek yang lebih eksotik.

Alhamdulillah, walaupun hanya gunakan bahan asas, rasa kek tetap sedap dan tekstur kek tetap lembut. Kita letakkan kordial oren Sunquik untuk menambah rasa. Inspirasi dari coklat berinti manisan oren yang pernah kita makan. Sedap pulak kombinasinya. Meh cuba!

Kek Marble Chocolate Orange...

250g butter
210g gula kastor
5 biji telur
50ml susu
2sdt esen vanilla

240g tepung gandum
1 sdt bakig powder

1 sdt mocha paste + 1 sdt nescafe utk bahagian coklat

** Kita guna : 1sdbsr chocolate emulco & 2 sdbsr orange sunquick

Pukul butter dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur satu persatu dan kemudian esen vanilla.
Kaupkan tepung dan susu berselang-seli sehingga habis dan rata adunannya.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Gaul rata chocolate emulco dan orange sunquick pada setiap satu.
Alas dan lengserkan acuan.

Kalau nak gaya belang zebra tu, taklah susah. Tenggekkan aje susunan adunannya berselang-seli.
Mulakan dengan satu senduk adunan perisa oren ditengah-tengah acuan.
Lepas tu sendukkan pulak adunan perisa coklat ke atasnya, diikuti dengan sesenduk lagi adunan perisa oren. Ulangi.
Sesekali goyang-goyangkan acuan supaya adunan melebar ketepi. Buat sehingga habis.

Sebelum...

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 190C, 375C, GasMark 5 selama 40-45 minit.
Sejukkan dan siap untuk dihidang.

Selepas...

Until later...

2 comments: