Sunday, May 23, 2010

Semoga berjumpa kembali...

Bersama Ju dan anak bungsunya Khadijah...

Hari Khamis lepas, kitaorang merai tetamu untuk makan malam. Ju dan Ridwan kawan satu universiti Cik Abang. Ridwan warga Amerika dan selepas berkahwin, Ju terus menetap kat sana. Memang tak terjangka berjumpa di Brunei. Bulan depan diaorang semua akan terbang semula ke Houstan.

Ju beria-ria mengajak kitaorang merantau ke Houstan pulak. Hai Ju, Insya-Allah... kalau ada rezeki... sampai ler kot. Teringin jugak nak merasa tinggal kat US of A.

Ridwan Law dan Cik Abang. Rambut sepesen...

Masa ni dah nak balik dah, tapi sempat lagi sambung borak. Dengan anak sulung diaorang, Julienna...

Tadi pagi, kita semua beramai-ramai buat barbeque kat rumah Dr. Agus. Untuk merai 4 keluarga yang sudah tamat kontrak. Walaupun rancang last-last minit, Alhamdulillah meriah! Cuaca pun terang-benderang. Meh tengok gambar-gambar.

Stesen membakar pertama...

Stesen membakar kedua. Barbeque lagi satu jenis gas, tak perlu susah menjaga api...

Dah kenyang, dah mengemas, photo time...

Ladies bergambor dalam rumah...

Gambor tengah makan-makan banyak, tapi... toksahlah yea. Segan ler pulak.

Until later...

3 comments:

  1. siapa lagi yg nak tinggalkan Brunei selain Jue?

    ReplyDelete
  2. Yang betul-betul confirm - Kak Mariam, Ju & Ridwan. Diana & Yati masih tunggu hitam putih. Faham-faham aje la Mala...he he he...

    ReplyDelete
  3. nasib baik la masa aku blah ramai lagi dok ada ... kalau tak mmg sedih pilu la aku.... time hang tak tau la Huda....

    ReplyDelete