Dah lama tak update resipi masak-masak ek? Ok, pembuka resipi untuk tahun 2010 ialah Sambal Ikan Bilis Cili Padi yang Kering lagi Pedas.
Kita rasa ramai orang dah biasa dengan Sambal Ikan Bilis yang kering-kering macam ni. Nak-nak bagi sesiapa yang duduk asrama, baik masa sekolah menengah ataupun masa kat universiti.
Ini antara makanan wajib yang mak-mak kita akan bekalkan bila sampai masa nak balik semula ke asrama, selain daripada teh, gula, biskut kering, sos cili dan kicap. Kita dulu, kadang-kadang dapat serunding kelapa.
Kita orang Johor kan... serunding kelapa la. Sampai kat asrama, mengecek serunding daging kawan-kawan dari Kelantan dan Terengganu pulak.
Yang istimewa pasal sambal ni ialah is tak ditumis dengan lada boh / lada kisar tapi dengan lada cili, kak oi! Resipi kita dapat dari kakak ipar kita, Kak Ucu. Diaorang anak-beranak memang suka makan pedas.
Suami dia, Abang Jamal, suka memasak. Kalau balik kampung, pagi-pagi selalu dia yang goreng nasi. Tapi dia punya nasi goreng budak-budak, yang selain anak-anak dia, memang tak boleh makan. Hoh! Berapi mulut!
Masa balik kampung aritu, berani-beranikan mencuba rasa... pedas memanglah pedas, tapi sedap! Balik sini, kita cuba buat, nampaknya budak-budak pun dah suka makan walaupun muka merah, mata berair, hidung berhingus! Ha ha ha...
Ok, celoteh punyalah banyak, ni resipinya. Jom masak!
Sambal Tumis Ikan Bilis Cili Padi
Goreng garing ikan bilis dan toskan minyaknya.
Buang tangkai lada cili dan kisarkan bersama bawang merah, bawang putih dan halia. Tumiskan hingga naik minyak.
Masukkan asam keping, kicap dan gula. Biarkan tumisan sampai betul-betul kering.
Tutup api dan gaulkan ikan bilis yang dah digoreng tadi dengan sambal hingga sebati.
Siap untuk dihidang.
Nota*
Kalau nak kurangkan cili atau lebihkan gula pun ok. Kang kalau terpedas sangat kang, takpe sape pun yang boleh makan, kan?
Kalau nak lagi pedas, boleh ikut resipi asal Kak Ucu. Guna cili padi yang kampung tu. Yang kecik-pendek tu lagi ler pedas kalau nak dibandingkan dengan cili padi komersial yang panjang. Kalau diaorang takde main kira biji, diaorang main kira genggam aje!
Apapun, sesuaikanlah dengan selera keluarga kita sendiri.
Until later....
berapa lama tahan ?
ReplyDelete