Tuesday, January 19, 2010

Assalamulaikum....

Ah.... dah bersawang-berhabuk blog ni, harini baru dapat jengah. Non-stop this and that sejak dari hujung tahun lepas, sampailah dah pertengahan Januari baru dapat settle. Kita mohon maaf pada sesiapa yang telah mengklik-klik blok kita ni, tapi masih ler cerita musang, tak tukar-tukar... he he he...

Anak-anak semuanya dah settle dengan rutin ke sekolah. Jadual car pool pun dah stabil. Wireless router kita pun dah working properly, maka dapatlah kita beronline dengan penuh gembira pagi ini.

Sebelum balik ke Brunei, kita sempat naik ke KL untuk melawat adik kita, Noora yang dah pun selamat melahirkan anaknya yang ketiga pada 19hb Disember 2009. Baby ni dinamakan Nur Jessenia, panggilannya Nia.

Nur Jessenia...

Masa kita melawat, Nia alami kekuningan (jaundice) yang agak teruk. Tapi kitaorang takdelah cemas sangat sebab memang dah jadi kebiasaan anak-anak kitaorang ni semuanya kuning-menguning masa umurnya sebulan ke dua bulan.

Lepas 2-3 hari Nia ditahan di hospital untuk Light Theraphy, kitaorang dikejutkan dengan berita yang meluluhkan jiwa. Nia disahkan punyai Jantung Berlubang. Noora diuji lagi... Dulu anak keduanya, Arissa, terpaksa dibedah selepas beberapa bulan kerana masalah Hernia. Alhamdulillah, sekarang Arissa dah pulih sepenuhnya.

Walaupun semasa berbual di telefon kami semua boleh lagi bercakap dengan tenang, hati kita benar-benar tersentuh dan air-mata berlinangan bila membaca luahan hati Noora di e-mailnya.

Kata-kata nasihat dari Fiz pun meruntun perasaan. Apatah lagi dia pernah menghadapi cabaran dengan kelahiran arwah Nurul Eisya. Allahuakbar... dugaan yang maha berat, yang menuntut keredhaan, kepasrahan sepenuhnya kepada Allah yang Esa. Astaghfirullah, tak dapat kita ceritakan dengan semudahnya.

Selepas tu, kitaorang tertunggu-tunggu 8hb Jan 2010. Hari appointment Nia di Institut Jantung Negara. Berita gembira... Alhamdulillah!

Lubang di jantungnya sudah mengecil, hanya kira-kira sebesar tusukan jarum.Doktor berpendapat, Insya-Allah ia akan tertutup dengan sendirinya tanpa perlu apa-apa pembedahan. Bayangkan betapa kitaorang semua melepaskan nafas lega. Bersyukur ianya hanya dugaan yang kecil.

Dugaan yang kecil tapi sangat menginsafkan. Harapan kita, semoga Nia terus sihat dan membesar dengan sempurna... Amiiin.



Until later...

1 comment:

  1. waalaikumsalam akak huda ittewww.. thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww..

    ReplyDelete