Sunday, January 24, 2010
Sultan Johor...
Dirgahayu kepada kepada Tunku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang telah pun dimashyurkan sebagai Sultan Johor yang ke 5 sejurus sebelum pemakaman Ayahanda baginda semalam.
Saturday, January 23, 2010
Sambal Ikan Bilis Cili Padi...
Dah lama tak update resipi masak-masak ek? Ok, pembuka resipi untuk tahun 2010 ialah Sambal Ikan Bilis Cili Padi yang Kering lagi Pedas.
Kita rasa ramai orang dah biasa dengan Sambal Ikan Bilis yang kering-kering macam ni. Nak-nak bagi sesiapa yang duduk asrama, baik masa sekolah menengah ataupun masa kat universiti.
Ini antara makanan wajib yang mak-mak kita akan bekalkan bila sampai masa nak balik semula ke asrama, selain daripada teh, gula, biskut kering, sos cili dan kicap. Kita dulu, kadang-kadang dapat serunding kelapa.
Kita orang Johor kan... serunding kelapa la. Sampai kat asrama, mengecek serunding daging kawan-kawan dari Kelantan dan Terengganu pulak.
Yang istimewa pasal sambal ni ialah is tak ditumis dengan lada boh / lada kisar tapi dengan lada cili, kak oi! Resipi kita dapat dari kakak ipar kita, Kak Ucu. Diaorang anak-beranak memang suka makan pedas.
Suami dia, Abang Jamal, suka memasak. Kalau balik kampung, pagi-pagi selalu dia yang goreng nasi. Tapi dia punya nasi goreng budak-budak, yang selain anak-anak dia, memang tak boleh makan. Hoh! Berapi mulut!
Masa balik kampung aritu, berani-beranikan mencuba rasa... pedas memanglah pedas, tapi sedap! Balik sini, kita cuba buat, nampaknya budak-budak pun dah suka makan walaupun muka merah, mata berair, hidung berhingus! Ha ha ha...
Ok, celoteh punyalah banyak, ni resipinya. Jom masak!
Sambal Tumis Ikan Bilis Cili Padi
Goreng garing ikan bilis dan toskan minyaknya.
Buang tangkai lada cili dan kisarkan bersama bawang merah, bawang putih dan halia. Tumiskan hingga naik minyak.
Masukkan asam keping, kicap dan gula. Biarkan tumisan sampai betul-betul kering.
Tutup api dan gaulkan ikan bilis yang dah digoreng tadi dengan sambal hingga sebati.
Siap untuk dihidang.
Nota*
Kalau nak kurangkan cili atau lebihkan gula pun ok. Kang kalau terpedas sangat kang, takpe sape pun yang boleh makan, kan?
Kalau nak lagi pedas, boleh ikut resipi asal Kak Ucu. Guna cili padi yang kampung tu. Yang kecik-pendek tu lagi ler pedas kalau nak dibandingkan dengan cili padi komersial yang panjang. Kalau diaorang takde main kira biji, diaorang main kira genggam aje!
Apapun, sesuaikanlah dengan selera keluarga kita sendiri.
Until later....
Tuesday, January 19, 2010
Assalamulaikum....
Anak-anak semuanya dah settle dengan rutin ke sekolah. Jadual car pool pun dah stabil. Wireless router kita pun dah working properly, maka dapatlah kita beronline dengan penuh gembira pagi ini.
Sebelum balik ke Brunei, kita sempat naik ke KL untuk melawat adik kita, Noora yang dah pun selamat melahirkan anaknya yang ketiga pada 19hb Disember 2009. Baby ni dinamakan Nur Jessenia, panggilannya Nia.
Nur Jessenia...
Masa kita melawat, Nia alami kekuningan (jaundice) yang agak teruk. Tapi kitaorang takdelah cemas sangat sebab memang dah jadi kebiasaan anak-anak kitaorang ni semuanya kuning-menguning masa umurnya sebulan ke dua bulan.
Lepas 2-3 hari Nia ditahan di hospital untuk Light Theraphy, kitaorang dikejutkan dengan berita yang meluluhkan jiwa. Nia disahkan punyai Jantung Berlubang. Noora diuji lagi... Dulu anak keduanya, Arissa, terpaksa dibedah selepas beberapa bulan kerana masalah Hernia. Alhamdulillah, sekarang Arissa dah pulih sepenuhnya.
Walaupun semasa berbual di telefon kami semua boleh lagi bercakap dengan tenang, hati kita benar-benar tersentuh dan air-mata berlinangan bila membaca luahan hati Noora di e-mailnya.
Kata-kata nasihat dari Fiz pun meruntun perasaan. Apatah lagi dia pernah menghadapi cabaran dengan kelahiran arwah Nurul Eisya. Allahuakbar... dugaan yang maha berat, yang menuntut keredhaan, kepasrahan sepenuhnya kepada Allah yang Esa. Astaghfirullah, tak dapat kita ceritakan dengan semudahnya.
Selepas tu, kitaorang tertunggu-tunggu 8hb Jan 2010. Hari appointment Nia di Institut Jantung Negara. Berita gembira... Alhamdulillah!
Lubang di jantungnya sudah mengecil, hanya kira-kira sebesar tusukan jarum.Doktor berpendapat, Insya-Allah ia akan tertutup dengan sendirinya tanpa perlu apa-apa pembedahan. Bayangkan betapa kitaorang semua melepaskan nafas lega. Bersyukur ianya hanya dugaan yang kecil.
Dugaan yang kecil tapi sangat menginsafkan. Harapan kita, semoga Nia terus sihat dan membesar dengan sempurna... Amiiin.
Until later...