Tuesday, June 30, 2009

In between...

Hari ini 30hb Jun 2009. Kira dah cukup ler setengah tahun 2009. Cepatnya masa berlalu. Macam baru aje 2-3 bulan lepas masih lagi Januari.

Setengah tahun kedua Julai -Disember nanti akan membawa dua kemungkinan. Samada ktaorang sekeluarga akan masih di sini atau pulang ke Semenanjung. Hmmm... tak reti nak cakap apa, tunggu ajelah keputusannya.

Dua minggu kebelakangan ni memang agak sibuk. Pergi ke Kuching dengan Mak, Abah Mertua & Uji. Lepas dua hari balik dari sana, Mak dan Abah kita sampai dari Batu Pahat.

Diaorang kat sini tak lama, seminggu aje tapi dapatlah bawak diaorang ke Labuan. Sempat jugak singgah bermalam kat rumah Pakcik di Rimba, Gadong. Kiranya memorablelah kedatangan diaorang ke Brunei kali ni.

Sepatutnya semalam, Isnin 29hb Jun budak-budak dah mula sekolah. Tapi tup-tup sekolah-sekolah seluruh Brunei dikasik cuti tambahan lagi seminggu. Langkah berjaga-jaga, yelah dah tentu orang bercuti kesana-sini, termasuklah orang yang menulis ni he he...

Harini nak pegi rumah Linda dan Ju untuk hantar barang yang diaorang kirim. Sebelum tu nak telefon Abah. Dah masuk dua hari dah nak call, pasal komputer dialah. Selalu nak tunggu malam tapi bila malam hmmm... lupa. Belasah ajelah call pepagi ni. Bukan selalu...

Nak call Nora pun sama. Sejak kelmarin nak call. Mak beritau dia pregnant lagi. Nak call dia, ucap congratulations pun tak tercall-call. Appalah punya kakak ek?!

Ok, ni nak menjalankan misi-misi yang tertangguh ni.

Until later...

Saturday, June 27, 2009

Percutian Kuching - Siri 4 : Bertemu dan berpisah di Airport Kuching...

Empat troli kau...


Hari ketiga, hari untuk pulang. Lepas sarapan masing-masing buat acara kemas-mengemas. Bungkus, lipat pastu sumbat ler mana yang boleh.

Macam kitaorang, kalau nak kemana-mana memang mesti bawak satu beg sandang kosong. Beg tu boleh dizip leper. Very handy bila time-time ngemas barang.

Flight diaorang lebih awal, pukul 10.00 pagi. Flight kitaorang pukul 12.00 tengahari. Menangis si Adeem. Kesian dia...

Adeem ni memang suka dengan atuk-atuk. Kalau balik kampung, tak berenggang dengan Atuk dia. Sekarang ni dengan Tok Abah pun dia macam tu. Kalau dah jumpa atuk-atuk, Ibu dia pun dia dah tak kesahkan. Nasib baik senang pulak dipujuk hari tu.

Anyway, tak lama lepas diaorang masuk, Pak Man dan Cik Ida pun sampai. Pak Man ialah adik Mak kita. Dia ni attach to Mardi dan dah masuk lima tahun duduk kat Kuching. Dah berpusing-pusing kesana-sini, manakan sempat nak pergi rumah dia.

Dengan Pak Man dan Cik Ida...


Apalagi, borak-boraklah kitaorang. Dah lama betul tak jumpa. Dalam pada tu, dapat lagi dua bijik kek lapis. Rezeki, rezeki...

Sampai masa kitaorang pun naik ler kapaltebang dan tinggalkan Kuching. Entah bilalah nak sampai lagi ek?



Until later...

Wednesday, June 24, 2009

Percutian Kuching - Siri 3 : Pasar Serikin, Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Waterfront...


Mula-mula sampai, tak tau nak tuju ke mana...

Hari kedua, kitaorang bertolak ke Pasar Serikin lepas sarapan pagi. Lama jugak nak sampai ke sana, ambik masa lebih kurang 1 1/2 jam.

Sampai-sampai aje masing-masing terus berpecah. Yelah, benda yang nak dicari lain-lain. Janji jumpa semula pukul 12.00 tengahari kat kereta, so adalah dalam 2 jam nak mencari barang.


Gerai-gerai nun jauh mata memandang...

Kita pun teruslah tuju gerai-gerai yang jual telekung. Pusing-pusing banding harga aje dah makan sejam lebih. Itupun tak sampai hujung jalan. Sekejap-sekejap beli air, panaaaaas terik! Bila tengok jam, eiii... 11 suku... satu apa pun beli lagi. Wah panik, panik!

Kita pun berlari ler kat gerai-gerai yang dah confirm bagi harga terendah untuk telekung yang kita berkenan. Masuk kedai, pilih, kira, bungkus pastu lari pulak pegi gerai lain.

Dalam pada tu boleh pulak habis duit, terpaksalah call Cik Abang. Nasib baik dia bawak extra cash he he...


Pandang dari jauh aje...

Alhamdulillah, yang nak dibeli semuanya dapat termasuklah telekung yang dikirim Oni dan Linda. Cumanya, bila Mak kita test telekung yang kita beli untuk dia, rupanya benda tu pendek! Alaaa... sabor ajelah. Akhirnya yang kita punya kasi kat Mak, yang Mak punya tu kasik kat Mak Mertua. Kita yang takde telekung baru hu hu hu... Takpelah, lain kali Insya-Allah ada rezeki.

Dalam van masing-masing tayang barang yang dibeli. Cik Abang dapatlah beli jaket untuk dia pakai kat ofis. Hannan dapat telekung baru dan jubah hitam selai. Mak Mertua dan Uji beli baju-baju dan handbag. Budak-budak dapat bot mainan. Amiin siap mintak topi baru mengganti topi dia yang tertinggal kat Taman Budaya tu. Tak padan kecik betul.


Sedapnya berendam... air sejuk!

Dah tu kitaorang singgah kat Gua Angin. Tak masuk gua, cuma bagi budak-budak berendam, sejukkan badan kat anak sungai tak jauh dari mulut gua . Tak lama pun kat situ, dalam setengah jam pastu pegi pulak ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh.


Jangan berdiri kat bawah dia, nanti kena kameh!

Pun tak lama, setakat tengok-tengok orang utan bergayut-gayut, ambik gambor pastu balik terus ke hotel. Dah tak larat nak berjalan rasanya. Penat!

Kitaorang mandi-mandi, lepak-lepak kat hotel sampai lepas solat Maghrib. Pemandu van bawak kitaorang pergi Waterfront. Sempat jugak jengah-jengah kedai kat Main Bazaar tu. Beli jugaklah sikit-sikit barang deko rumah.

Pastu duduk kat mini stadium, tengok orang nyanyi, menari sempena sambutan Hari Gawai. Sebenarnya cover line jugak. Memasing dah tak larat nak menapak.


Tengoklah muka masing-masing, layu...

Ingat nak ajak diaorang makan ketam kat Restoran D'Alif. Masa pertama kali ke Kuching kat situlah kitaorang dinner. Bayangkanlah, bertahun-tahun masih ingat lagi kesedapan makan kat situ. Tapi malangnya restoran tu dah dijual. Sekarang under management baru. No ketam. Oh well... apa nak buat!


Mata dah ngantuk yang amat!

Kita rasa macam ada let-down sikitlah Waterfront kali ni. Masa kitaorang datang dulu, tempat tu lebih happening. Musical Fountain tu pun dah tak working dah. Tak taulah, mungkin tak kena timing ke, tengah renovation ke agaknya. Orang Kuching sape-sape, boleh beritau cerita?

Anyway, malam tu semua orang tidur macam kayu.

Until later...

Friday, June 19, 2009

Percutian Kuching - Siri 2 : Kampung Budaya Sarawak, Cat Museum, Kilang Pasu Sarawak, Kilang Kek Lapis...

Gambar pemandangan Gunung Santubung, snap dari dalam van... cantik kan?


Hari pertama 13/96/09, lepas sarapan lebih kurang, kitaorang pack segala beg dan angkut sekali masuk van. Teruskan perjalanan ke Taman Budaya Kuching.

Pemandu van bawak kitaorang ke Damai Beach Resort dulu untuk beli tiket. Kalau beli kat situ dapat diskaun RM 5.00 untuk tiket dewasa. Bunyi macam tak banyak tapi yang penting dapatlah jugak jimat sikit. Harga sebenar tiket tu RM 60.00 sorang. Mahal gila... nasib baik Warga Emas dapat separuh harga.

Di pintu masuk Kampung Budaya Sarawak...


Mulalah berjalan round-round Kampung Budaya tu kan. Naik turun semua rumah-rumah yang ada kat situ. Tak banyak berubah sejak last kitaorang ke sana. Tangga tinggi-tinggi tu Abah Mertua memang tak larat ler nak naik. Jadinya bila kitaorang naik rumah, dia duduk aje kat mana-mana tempat duduk yang terdekat.

Ada tujuh buah rumah semuanya, Rumah Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Penan, Malayu , Cina dan yang ini Rumah Melanau.

Mak Mertua pulak walaupun sakit kaki, tapi semangat tinggi. Rasanya semua rumah dia naik, termasuklah rumah yang tangganya cuma batang kayu yang ditakak untuk tempat menapak. Semacam betullah tangga tu, nak naik memang senang, bab nak turun tu yang gayat sikit.

Apatah lagi dengan melayan Si Amiin, budak ngada-ngada tu. Dia kan tengah fasa semua benda nak buat sendiri. Dahlah masa beria-ria nak naik sendiri tu kita dah bagi peluang, turun pun nak buat sendiri. Haaai... naya aje kalau jatuh tergolek. Last-last terpaksalah kita dukung dia yang galak meronta-ronta sambil turun tangga.

Hish! Pakkal aje kat khalayak ramai, kalau tak... mau kena lepuk sekali-dua. Tapi yang kita heran tu kan, bab berjalan tak nak pulak dia jalan sendiri, mintak berdukung manjang pulak. Sabor ajela...

Keluar dari Kampung Budaya, kitaorang pergi lunch. Pastu terus ke Cat Museum. Memacam rupa dan cerita pasal kucing ada kat situ. Rupa yang comel ada, yang tak berapa comel pun ada. Cerita menarik dan berunsur mistik pun ada gak. Budak-budak ler yang seronok sangat tengok Cat!

Kucing besor...


Dah siap pusing-pusing dalam muzium, pergi pulak kilang pasu. Sorilah, tak ingat nama kilangnya. Kebetulan diaorang tengah offer 50% off untuk semua pasu kecuali tempayan yang kita berkenan. Hmmm... tensen betol! Tapi dah alang-alang sampai Kuching, beli ler jugak sebijik. Buat kenang-kenangan he he... nasib baik naik MAS Airline, no extra charge untuk masuk cargo.

Pasu for sale...


Ha kau... berimpit-rimpit dalam van - 9 orang, 5 beg dan 2 kotak besor. Semput! Semput orang tak boleh nafas. Semput van tak boleh laju. Maklumlah vannya pun ala-ala dah berumur gitu!

Ramainya orang...

Lepas solat, sambung lagi aktiviti membeli-beli Kek Lapis Sarawak kat Kilang Dayang Salhah. Seronok jugak try-try a.k.a membedal sampel-sampel kuih tu. Rasa macam Hari Raya pulak.

Selamat Hari Raya...

Aduuh... penat betul! Rasa macam dah tak larat nak berjalan dah. Tapi kena jugak berjalan, lapar kan. Malam tu kitaorang pergi dinner kat Top Spot Food Court. Kat sebelah hotel aje.

Kat situ kitaorang cuba makanan yang tak pernah kitoarang rasa. Ayam Pansuh. Ayam dan pucuk ubi yang dimasak dalam buluh. Sedap! Budak-budak makan sampai habis.

Kita dah look-up dah resipinya, Insya-Allah one of these days, kita akan cuba buat sendiri. Untuk sesiapa yang tak pernah tengok rupa Ayam Pansuh ni dia...



p/s Penat belom habis lagi ni!

Until later...

Tuesday, June 16, 2009

Percutian Kuching - Siri 1 : Barang kemas dan rezeki dari Allah...

Hari Jumaat hingga Ahad (12-15hb Jun) yang lepas kitaorang ke Kuching. Biasalah Cuti-cuti Malaysia. Lagipun nak menyampaikan hajat Abah Mertua yang teringin sangat nak ke Kuching.

Masa dia kat sini tahun lepas, banyak kali dia mengajak berjalan ke Kuching. Walaupun dah berkali-kali diberitau yang Kuching tu teramatlah jauhnya dari Panaga ni, dia masih lagi bertanya.

Akhirnya terpaksalah kita buat Covert Operation. Kita suruh Aarif ambik Atlas Hannan dan tunjukkan pada Atuknya Kuching, Sarawak kat mana. Barulah dia faham dan akhirnya tak tanya lagi.

Jadinya, kitaorang fly dari Miri pada hari Khamis malam Jumaat dan tiba di Airport Kuching dalam pukul 9.15 malam. Sementara menunggu Abah & Mak Mertua dan Uji sampai, kami lepak-lepaklah kat ruang legar airport.



Kat tempat ambik beg Airport Kuching. ..


Budak-budak macam biasa ler, berlari-lari kesana-kemari, mentang-mentanglah tempat besor dan kosong! Sedang kita memantau budak-budak tu, terpandang kiosk menjual assesori Diamoney. Terpampang tanda 50-70% off.

Saje la pergi jengah-jengah, cuci mata... Borak-borak punya borak dengan salesgirl tu, halamak... tersangkut berkenan dengan seutas rantai tangan. Entah kenapa macam rasa nak beli pulak.

Selalunya kita boleh aje tengok-tengok, pastu try-menerai dua-tiga barang, ucap terima kasih dan terus blah he he... tapi entah kenapa malam tu rasa macam naaaaak sangat kan! Lalu Cik Abang pun dipanggil, "Babah, boleh tak boleh?" Dia kata "Kalau Ibu nak, ambiiik.." Makanya bergelang barulah kita malam tu...

Mungkin sebab kita rasakan harganya yang dah dipotong separuh dan buatannya yang cantik tapi ringkas tu yang sangat menarik hati kita. Ianya bukanlah barang emas dan berlian tapi platinum dan batu zirconia aje. Untung betul Cik Abang kita kan sebab kita ni jenis yang tak berapa minat barang emas. Yang ada pun setakat buat ada-ada aje. Bak kata orang Johor, "Jangan tidak..."

Cik Abang pun kengkadang pelik dengan kita, tapi kita cakap, "Just give Ibu the equivalent amount of money that Babah is willing to pay for the barang kemas!" Kita lebih suka money in the bank! Cash my friends, cash he he he...

Bersalam-salam dengan Atuk dan Nenek...

Anyway tak lama lepas tu, diaorang pun sampai dari Senai. Dah bersalam-salaman, kitaorang pun naik ler van yang dah disewa terus ke Petra Jaya. Kononnya nak ubah angin, ingin cuba menginap di rumah sewa instead of hotel. Ah! Alangkah hampa... indah khabar dari rupa.

Sebenarnya kita tak berapa nak kisah sangat pasal keadaan kerusi meja, katil, kipas dan air-cond. Asalkan tak buruk sangat, kira oklah tu. Dah nama pun budget stay. Tapi sebagai orang yang nak sewakan rumah untuk pelancong, berilah sedikit effort untuk perbaiki bilik air tu. Sekurang-kurangnya tukarlah tandas lama dengan yang tak begitu elok keadaan dan rupanya tu dengan yang baru. Jagalah tahap kebersihannya.

Rasa guiltylah pulak, tak sampai rasa hati membawak orang tua kat tempat macam ni, sedangkan kemampuan untuk yang lebih baik ada. Yelah, sebelum ini pun kalau bawak diaorang makan angin, memang pergi duduk hotel-hotel yang cantik dan elok. Jam tu jugak kita dan Cik Abang putuskan untuk duduk hotel untuk malam-malam seterusnya. Alhamdulillah... Somerset Gateway Kuching menjadi tempat tinggal kitaorang lepas tu.

Pintu masuk Somerset Gateway Kuching...


Apapun, it was a humbling experience. Kita menjadi amat bersyukur atas rezeki yang Allah beri kepada Cik Abang. Dia memang bermula dari bawah dan kita tau betapa kuatnya dia berusaha untuk sampai ke tahap ini. Hmmm... zaman-zaman ikat perut tu memang tak akan hilang dari ingatan.

Dalam diam kita berdoa supaya berterusanlah rezeki ini agar kami sekeluarga dapat terus menikmati kehidupan yang selesa walaupun sederhana.



Kita juga berdoa agar kelebihan rezeki yang Allah berikan pada Cik Abang tetap menjadikan dia orang yang sentiasa bermurah hati kepada kitaorang semua. Duit kalau banyak tapi kedekut pun susah jugak tau... Thanks Babah!

Until later...




Thursday, June 11, 2009

Happy Birthday Amiin...


Semalam adalah Birthday Amiin yang ke-3. My baby dah besar... emmm... sayu.

Kena mengaku, kita sebenarnya memang lupa yang semalam ialah Birthday dia. Bila cikgu sekolah dia sapa "Happy Birthday Amiin!" dengan yakinnya kita menjawab "...but his birthday was last month!". Cikgu dia terkejot, "Last month? Not today?". "Eh?" kita kata, "Wait, is today the 10th of June? Oh my God! I forgot!" Malunya tak terkira... he he...

Alaaahai, bukan setakat kita aje, senang cerita tak sorang pun ingat. Kesian Amiin, padahal hari-hari dok kena peluk, cium, bergumpal-gumpal dengan Ibu & Babah tapi boleh kitaorang tak ingat ek?

Bila ambik Amiin balik, dia dengan gembiranya berlari-lari sambil menunjukkan Kad Birthday dari kengkawan dia (class project la..).

Dia kata "Amiin Birthday to You!" eeii... comel sangatlah, geram. Kebetulan camera ada dalam handbag, kita snaplah satu gambar kat tempat parking.

Sebelum balik rumah, singgah ke Supa Save, beli kek sebijik, pandai benorlah dia memilih-milih. Tak padan kecik.


Kakak tolong potongkan...

Bila petang, kitaorang meround untuk bagi-bagikan Goody Bag untuk budak-budak kat F13. Diaorang pun apa lagi, tang tu jugak bagi habis makan!

Muka-muka gembira dapat jajan...


Malamnya pulak, kitaorang ramai-ramai kumpul kat PC untuk call Tok Abah yang share Birthdate dengan Amiin. Happy Birthday to you Tok Abah!

Until later...


Tuesday, June 2, 2009

Yang berlaku...


Dah lebih 2 minggu tak update kan. Hmmm... kita nak kumpul bahan dulu he he he... yelah tu.

Sibuk tetaplah sibuk. Apatah lagi dengan budak-budak yang nak exam, Milestone Consert & Sports Day Adeem dan melayan Amiin yang dah mula training tak pakai pampers.

Hannan dan Aarif akan mula peperiksaan esok. Harap-harap diaorang boleh buat dengan baik. Kitaorang tidaklah menetapkan mesti dapat nombor 1, yang penting mesti kekalkan 95% and above markah untuk setiap subjek. Lepas tu kat nombor mana pun diaorang landing dengan markah tu, it's fine with us.

Bukan apa, taknak diaorang stresskan sangat bab nombor-nombor tu. Yang penting kualiti markah setiap subjek. Itu lebih bermakna.

Panaga School dah mula bercuti minggu ni. Tapi sebelum tu mesti nak berkonsert dan Sports Day dulu. Nasib baik untuk konsert tak perlu nak beli-beli costume, cuma untuk Sports Day, dia dalam Group Purple. Mencari t-shirt purple punyalah payah nak jumpa, last-last beli t-shirt putih dan dye, pastu kita rebus aje kat atas dapur. Siap!



Amiin pulak dah mula toilet training. Selalunya kita tunggu budak-budak ni cecah 3 tahun baru mulakan, tapi since sekolah naikkan dia ke kindergarten awal terpaksalah buat jugak. Policy kat kindy tu budak-budak mesti dah pandai ke toilet sendiri.



Alhamdulillah, paling senang mengajar Amiin. Terlepas sana-sini tu biasalah tapi tak sekerap mana pun. So far, we made it to the toilet 7 out of 10. Kira pass ler tu. Cuma tidur malam dan berjalan jauh aje masih pakai pampers.

Semalam pulak kita beli durian di Supa Save. Durian Siam pun Siamlah. Dah bila balik kampung selalu aje tak kena musim. Samada musim baru nak mula - durian banyak kat pokok tapi semua masih muda-muda atau dah penghujung musim - kalau dapat rasa pun setakat 4-5 bijik yang elok.




Cukuplah untuk melepaskan gian ha ha ha... belilah dua bijik. Bedal habis. Syukur nikmat...



Until later...