Wednesday, October 24, 2012

Di Penghujung Musim Panas...

Musim panas dah hampir ke penghujung. Suhu harian dah masuk tahap tolerable. Air dari paip dah suam-suam kuku. Tak macam masa bulan Julai dan Ogos dulu. Hmmm... masa tu kalau setakat nak bancuh susu Haniis... nak rendam seuncang teh... guna air paip tu dah boleh sangat dah. Bancuh gula pun boleh larut... 
Jadinya dengan matahari yang tak seterik dulu... dapatlah budak-budak ni main kat luar. Main basikal hadiah sempena hari raya dari Babah diaorang.
Tapi dalam kata tak terik dan tak panas sangat ni... 2 kali tayar basikal bebudak ni meletup. Mengembung terlebih agaknya...
Haniis pun dapat satu basikal roda tiga. Tapi disebabkan kaki dia belum sampai nak mengayuh... dia tak sukalah nak main dengan basikal dia tu. Nasib baik Amiin rajin nak melayan...
Ini gambar Haniis masa Birthday dia yang kedua. Sejak-sejak masuk umur 2 tahun ni... makin menjadi-jadi dia punya ngada-ngada... Manja terlebih!

Until later...

Saturday, October 20, 2012

The Singing Sand Dune - 19hb Okt 2012...

Mula-mula sekali kenalah minta maaf pada ahli keluarga dan semua kawan-kawan yang singgah sini dalam masa sebulan yang berlalu. Kita tak dapat nak update blog sebab banyak betul hal-hal yang berlaku. Hal-hal yang sangat menyentap jiwa dan raga. Lepas satu... satu lagi... berturut-turut. Jiwa jadi kacau... semangat terus terbang...

Tapi Alhamdulillah... sekarang dah nampak jalan untuk menyelesaikan. Akan ambil masa yang lama tapi takpelah... Insya Allah semuanya akan berakhir dengan baik.

Jadi untuk mengubat hati, kitaorang join kawan-kawan berkelah di padang pasir. The Singing Sand Dune tak jauh dari Doha. Menyanyi ke bukit pasir tu? Takdelah menyanyi... cuma menghasilkan bunyi bila pasirnya bergerak. Ada 35 tempat yang pasirnya berbunyi dan beruntunglah kita kat Doha ni ada satu...
Ini bukan kat padang pasir yea... Ini trolley besor kat depan Giant Supermarket tempat kitaorang berkumpul sebelum bertolak.
Hannan dan kawan lama Zahida...
Aarif dan kawan lama Safwan...
Cik Abang dengan kawan lama dan baru...
Tengah dengar taklimat dan konvoi dibahagikan kepada 3 kumpulan...
Konvoi yang ikut Marshal No.2 Kitaorang kereta paling belakang, jadi dapatlah ambik gambar ni...
Elok aje kitaorang park kereta, budak-budak terus berlari naik sampai ke atas. Hmmm... rasanya dah lama betul kitaorang tak bergambar berdua, mesti ada yang duduk kat celah... hehe...
Kereta masih lagi dalam susunan satu baris. Group lagi satu belum sampai...
Sessi suai-kenal dan taklimat keselamatan. Pesanan penting, bila naik bukit pasir tu, jangan pakai jam, cincin, bawak dompet dan kunci kereta. Kalau jatuh, masuk pasir... memang sah hilang takkkan jumpa punya. Selipar pun sama. Tapi too late beritau... Si Amiin dah hilang sebelah selipar dia dah...
Solat Asar sebelum...
Makan...

Ada beberapa ciri yang menyebabkan pasir tu berbunyi. Bunyinya pun berbeza-beza ikut tempat. Kat Doha ni pasirnya hasilkan bunyi berdengung. Lagi banyak kita gerakkan pasir, lagi kuat dengungannya. Boleh rasa bergetar kat kaki. Boleh baca maklumat lanjut kat Sini...
Matahari dah semakin menurun... redup...
Dari jauh... orang dah macam rupa semut aje...
 Kesan alam dan kesan manusia...
Sand dune di bahagian belakang...
Separuh jalan... ambik gambor sambil ambik napas...
Kita pun sama gak...
Masa nak turun ni ada gayat sikit laa... tapi kalau nak dengar bunyi, kenalah turun dan tolak-tolakkan pasirnya...
Si Haniis yang maniis...
Sempat la ambik gambor ramai-ramai...
Until later...
Jejak tuan punya blog...