Tuesday, June 29, 2010

Bandung - Siri 2...

Dalam pukul 9.00pg, lepas bersarapan keesokan harinya, kitaorang terima panggilan dari Su. Dia kata dia dah sampai di lobby hotel.

FYI, hotel tu cuma boleh akses dari parking kat basement aje. Naik lif baru jumpa lobbynya. Dari basement boleh jugak terus ke Braga City Walk Mall. Puas jugak berpusing-pusing mencari kat dia bawah tu, barulah terjumpa. Budak-budaklah yang gembira sangat dapat jumpa Makcik diaorang semula. Su datang dengan Ayah dia. Dah alang-alang jumpa, kitaorang ajaklah dia ikut jalan-jalan sekali.

Amiin masih terkejut... tapi lepas tu, langsung tak nak berenggang!

Tak buang masa, terus ke Pasar Besar. Ya Allah... kat dalam tu sesak dan sarat dengan macam-macam jenis barang. Ada 5 tingkat dan 2 basement. Tingkat bahagian atas-atas jual fabrik dan barang-barang keperluan haji.

Tapi kitaorang lebih bertumpu di basement dan tingkat 1 dan 2. Kat situ bahagian baju-baju untuk lelaki dan perempuan, telekung dan tudung. Aduuh... mana nak tengok-tengok, nak belek-belek, mana nak tawar-menawar. Banyaknya barang, banyaknya kedai, ramainya orang...

Pusing sana, pusing sini, pening kepala dan sesat-barat kat dalam tu. Budak-budak dah mula boring. Jadi, sambar ajelah mana yang dapat. Siapa yang kasi harga murah, kat situlah kitaorang beli. Mak mertua memang pakar betul dalam hal tawar-menawar ni. Dialah yang dapat harga murah dan kali ni dia yang paling banyak berbelanja.

Kita masa tu, masih lagi cuci-cuci mata. Belum ada terjumpa baju atau apa-apa barang lain yang berkenan. Gaya baju-bajunya tak berapa kena la...

Kita ada dengar cerita, kat sini telekungnya murah jadi kita ingat nak jugak beli telekung barang sehelai untuk diri sendiri tapi bila ditanya-tanya, harganya sama dengan harga telekung kat Pasar Sarikin, Kuching. Hmmmm.... peliknya. Nasib baik dah puas membeli untuk dihadiahkan pada keluarga dulu. Hati tak happy, jadi kita taklah membeli.

Tudung pun macam tu, tak kena gaya. Kita ni tak gemar gaya tudung berat bermanik-manik di awning. Tapi Mak Mertua seronok membeli, dah memang style dia. Sudahnya kita cuma beli tudung-tudung bawal untuk Hannan aje. Dalam hati kata, takpelah... nanti nak pegi Factory Outlet.

Bila sampai kat Factory Outlets, kitaorang adalah pergi 4-5 tempat, temasuklah Rumah Mode yang sangat cantik dan famous tu. Tapi emmmm... entahlah ek? Macam takde apapun yang menarik perhatian. Barangan memanglah dari kalangan yang berjenama, tapi kita ni bukannya jenis yang pakai baju jenama. Sekali lagi, paling penting... baju-bajunya tak kena gaya dengan kita.

Cuma bila di Toko Tiga, Cik Abang belilah sehelai jeans jenama Levi's. Itupun sebagai souvenir aje. Tak macam orang lain yang beria-ria. Pada pandangan kita, harga bila dah ditukar semula, sama aje dengan harga kat Malaysia. Sama mahalnya!

Kalau yang murah-murah sikit tu, jeans yang kategori reject. Itupun lepas convert jadi dalam RM 110.00. Rasanya lebih baik beli kat KL aje pada waktu musim Harga Runtuh 1Malaysia. Entahlah... mungkin kita ni aje yang pelik kot?

Untuk makan tengahari, kitaorang ke Restoran Karamba. Masakan Sunda. Tak lari jauh dari masakan Melayu kita. Tempatnya bersih dan cantik. Makanannya sedap dan servisnya sangat bagus.

Signboard Resto Karamba...

Ruang makan dah penuh, satu rombongan besar dari Malaysia dah tempah semua meja yang ada. Kitaorang makan kat ruang karaoke. Tak kisahlah tu... janji layanan tip-top dan makanan sedap..

Malam tu kitaorang dijemput makan di warung Mak dan Ayah Su. Besar sungguh hati diaorang bersusah-payah nak masak-masak untuk kitaorang ni haa.... Bila kitaorang nak bayar, macam tak percaya aje sebut harga. Macam kasik diskaun aje... Terima kasih banyak ya Su dan keluarga.

Wajah warung dari hadapan...

Masing-masing beria-ria attack makanan. Tengah lapor la katakan...

One for the album. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi...

Sampai kat hotel, macam malam sebelumnya, solat, mandi dan tiduuuur. Penatnya.... esoknya nak pegi Tangkuban Perahu ni. Larat ke?

Until later...

Saturday, June 26, 2010

Melunjur kaki barang sekejap... Bandung - Siri 1

Alhamdulillah... dah sampai pun di rumah hari Isnin (21hb Jun) mlm Selasa yang lepas. Macam biasa, mestilah banyak hal yang perlu diselesaikan dulu. Syukurlah amah yang baru dah ada, bolehlah selesai semua kerja dengan lebih cepat. Jadinya, hari ini dapatlah kita melunjur kaki dan melayan blog.

15-18hb Jun, kitaorang telah ke Bandung, Indonesia. Cik Abanglah offer... dia kata KLM ada tiket murah dari KLIA ke Jakarta. "Nak pergi tak?" dia tanya. Hai... orang dah ajak, kita ikut ajelah kan?

Dalam perjalanan dari Batu Pahat. Pak Usu Ayat melayan anak-anak buahnya...

Rombongan ni 10 orang semuanya. Kami berenam dengan Mak dan Abah Mertua dan dua adik-ipar iaitu Uji dan Ayat. Bertolak dari Batu Pahat terus ke KLIA.

Sampai kat sana, cuma budak-budak aje yang sempat makan. Kitaorang cuma dapat selesaikan solat bila panggilan untuk boarding dah kedengaran. Berkejar-kejarlah semua jadinya. Yang tua, yang muda, yang kecik dan yang boyot perutnya! Haaaa... semput jugak. Tau ajelah betapa besarnya KLIA tu.

Bergayut-gayut dalam train KLIA yang sangat laju...

Kapalterbang yang dinaiki...

Tiba di pintu kapalterbang, seperti biasa tentunya kita disapa para pramugari tapi eeerk... alamak tuan! Terkejut besor dibuatnya. He he he... kitorang mula pandang-pandang sama-sendiri sambil tersenyum gelihati.

Bukan apa... para pramugarinya rata-rata dah nampak "berusia" dan badan pun "besar-besar" belaka. Penampilan langsung takde. Macam tak terurus aje rupa. Layanannya pulak, ooo mak aiii... tak mesra langsung!

"Do you want some water? Orange? Apple? Plain?" "Coffee? Tea? Sugar?" "Yes? No?" Huuiii... garangnya! Ha ha ha... kitaorang layan ketawa ajelah. Nasib baik flight cuma 2 jam.

Budak-budak seronok, dah lama tak naik kapalterbang besar. Pramugarinya... kita tak berani nak ambik gambar, takut kena saman! (^_^)

Patutlah Malaysia Airlines dan Air Asia selalu menang anugerah Cabin Crew Terbaik. Walaupun uniform diaorang tu terlebih ketat dan mekapnya terlebih tebal tapi senyuman tak pernah lekang dari bibir. Suara pun lembut lunak aje bila bercakap.

"Ya Puan, Puan nak makan apa?" "Kami ada beriani ayam dan kari ikan (atau Maggie Mee - kalau Air Asia)" "Airnya Puan?" "Sebentar yaaa..." Hamboooi... berbeza betul lagunya! Terasa jugak rindunya kat diaorang masa tu. Ha ha ha ha...

Sampai di Lapangan Terbang Soekarno Hatta Jakarta, kitaorang dijemput pemandu untuk sambung perjalanan ke Bandung. Dek kerana traffic jam atau 'macet' yang sangat teruk, perjalanan yang sepatutnya makan masa hanya 2 jam berlarutan menjadi 5 jam.

Apa lagi, asyik kerja tidur bangun ajelah sepanjang 5 jam tu. Sedang kitaorang semua terlelap, tiba-tiba aje pemandu tu sergah, "Pak! Ayuh Pak! Cepat! 20,000 Rupiah Pak! 20,000 Rupiah!"

Dalam gelap malam dan masih mamai-mamai, Cik Abang capai beg dan terus keluarkan duit. Apahal la pulak mamat ni tiba-tiba mintak duit? Lepas tu barulah terperasan lampu merah biru berkelip-kelip kat luar tingkap. Eh... kereta Polis la!

Rupa-rupanya pemandu kena tahan sebab dia cilok keluar-masuk lane kereta. Isuzu ELF yang kitaorang naik tu dah dikategorikan sebagai bas. Kena sentiasa dalam lane bas dan lain-lain kenderaan besar. Dia nak cepat, mencilok la. Hmmmm... harap-harap yang dia bayar tu ialah denda, bukannya rasuah.

Sampai di hotel dah pukul 1.00 pagi. Masuk ke bilik, kitaorang terus solat. Mandi lebih-kurang dan terus tidur. Penatnyaaaa...

Hotel Aston Braga...

Until later...

Thursday, June 10, 2010

Di kampung... di kampung...

Alhamdulillah... dah pun sampai kampung hari Jumaat malam Sabtu lepas. Sampai-sampai kitaorang aje terus bertugas, tak sempat nak duduk. Petang Sabtu tu rumah Minyak Beku ambil giliran Yasin untuk orang perempuan.

Kali ni kitaorang anak-beranak aje yang rewang, tak panggil orang lain tolong tapi semuanya beres. Banyak tangan... Ipar-duai semua balik awal. Ditambah lagi tenaga kerja anak-anak sedara belah Cik Abang. Diaorang dah besar-besar, dah pandai menolong buat kerja.

Yang paling best, kali ni kitaorang puas dapat makan durian. Walaupun masih dalam tahap kata orang tua, "buang buruk" tapi kali ni tak seteruk tahun-tahun dulu. Lebih banyak yang elok dari yang buruk. Tak kira pagi, petang, malam... haai... pantang nampak dah terkumpul, kopek saja.



Ini kita di rumah Parit Besar. Tadi siang kitaorang menyambut Birthday Amiin dan Tok Abahnya. Belikan dia kek sebiji buat kongsi makan-makan dengan sepupu-sepupunya yang lain.



Sabtu ni, Mak dan Abah akan membuat Majlis Kesyukuran (sempena Ulangtahun Perkahwinan yang ke 40) dan sekaligus Majlis Akikah untuk Nia.

Tapi kali ni kitaorang adik-beradik bersepakat mintak dengan Abah supaya tempah katering aje. Bukan apa, tak larat nak layan kak oooi...

Fizah dan Noora cuma dapat balik hari Jumaat malam Sabtu dan kemudian balik ke KL hari Ahadnya. Manakan sempat nak memasak, manakan sempat nak mengemas sebelum dan selepas majlis. Kalau kita nak buat sorang-sorang, alamat bengkok ler badan!

Ambik masa jugak nak memujuk Abah tapi syukur, syukur... akhirnya dia setuju jugak. Rasa lega diiringi harapan katerer dapat menjalankan kerjanya dengan berjaya Insya-Allah... Amiin...

Until later...