Monday, May 31, 2010

Kek Marble Chocolate Orange...

Belang zebraku menjadik...

Hari ni kita teringin nak makan Kek Marble dan resipi kita yang guna ni diambil dari laman Rinnchan.

Kita suka sangat resipi ni sebab bahan-bahannya sangat asas. Benda-benda yang memang selalu ada dalam gerobok dapur kita. Maklumlah, kita ni bukannya a dedicated cake baker, tak simpan bahan-bahan kek yang lebih eksotik.

Alhamdulillah, walaupun hanya gunakan bahan asas, rasa kek tetap sedap dan tekstur kek tetap lembut. Kita letakkan kordial oren Sunquik untuk menambah rasa. Inspirasi dari coklat berinti manisan oren yang pernah kita makan. Sedap pulak kombinasinya. Meh cuba!

Kek Marble Chocolate Orange...

250g butter
210g gula kastor
5 biji telur
50ml susu
2sdt esen vanilla

240g tepung gandum
1 sdt bakig powder

1 sdt mocha paste + 1 sdt nescafe utk bahagian coklat

** Kita guna : 1sdbsr chocolate emulco & 2 sdbsr orange sunquick

Pukul butter dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur satu persatu dan kemudian esen vanilla.
Kaupkan tepung dan susu berselang-seli sehingga habis dan rata adunannya.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Gaul rata chocolate emulco dan orange sunquick pada setiap satu.
Alas dan lengserkan acuan.

Kalau nak gaya belang zebra tu, taklah susah. Tenggekkan aje susunan adunannya berselang-seli.
Mulakan dengan satu senduk adunan perisa oren ditengah-tengah acuan.
Lepas tu sendukkan pulak adunan perisa coklat ke atasnya, diikuti dengan sesenduk lagi adunan perisa oren. Ulangi.
Sesekali goyang-goyangkan acuan supaya adunan melebar ketepi. Buat sehingga habis.

Sebelum...

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 190C, 375C, GasMark 5 selama 40-45 minit.
Sejukkan dan siap untuk dihidang.

Selepas...

Until later...

Sunday, May 23, 2010

Semoga berjumpa kembali...

Bersama Ju dan anak bungsunya Khadijah...

Hari Khamis lepas, kitaorang merai tetamu untuk makan malam. Ju dan Ridwan kawan satu universiti Cik Abang. Ridwan warga Amerika dan selepas berkahwin, Ju terus menetap kat sana. Memang tak terjangka berjumpa di Brunei. Bulan depan diaorang semua akan terbang semula ke Houstan.

Ju beria-ria mengajak kitaorang merantau ke Houstan pulak. Hai Ju, Insya-Allah... kalau ada rezeki... sampai ler kot. Teringin jugak nak merasa tinggal kat US of A.

Ridwan Law dan Cik Abang. Rambut sepesen...

Masa ni dah nak balik dah, tapi sempat lagi sambung borak. Dengan anak sulung diaorang, Julienna...

Tadi pagi, kita semua beramai-ramai buat barbeque kat rumah Dr. Agus. Untuk merai 4 keluarga yang sudah tamat kontrak. Walaupun rancang last-last minit, Alhamdulillah meriah! Cuaca pun terang-benderang. Meh tengok gambar-gambar.

Stesen membakar pertama...

Stesen membakar kedua. Barbeque lagi satu jenis gas, tak perlu susah menjaga api...

Dah kenyang, dah mengemas, photo time...

Ladies bergambor dalam rumah...

Gambor tengah makan-makan banyak, tapi... toksahlah yea. Segan ler pulak.

Until later...

Tuesday, May 18, 2010

So far, so good...

Adoooi... seminggu lebih tak dapat nak bertenet-tenet. Modem tu betul-betul buat kita geram. Sekejap boleh online, sekejap tak boleh. Putus wayar kita to the world...

Bye-bye Makcik...

So apa cerita ek? Dah seminggu lebih dah amah kita balik kampung. Alhamdulillah, hal-hal kat rumah semuanya berjalan lancar. Meminjam lagu Wonderpets - "Apa yang penting, kerjaaaa...sama!" Kan? Kan?

Tapi rasanya untuk budak-budak lagunya mungkin kena tukar sikit - "Kami tak besar dan kami tak kuat, tapi bila Ibu kerah, kami boleh buat!" Ha ha ha... Garang gila Ibu budak-budak ni.

Cuma nak menyapu rumah aje kita tak larat. Mana taknya, kita bila menyapu, semangat Terminator. Segala-mala tikar-hampar nak gulung, kerusi-meja, katil nak ditarik-tolak. Nasib baik gerobok dah melekat ke dinding...

Bukan apa, insaf tengok belakang gerobok dan katil setiap kali kita pindah. Sebakul habuknya. Nasib baik ler tiap-tiap 3-4 tahun berpindah-randah. Kalau tak pindah-pindah, hentah berapa bakul ler habuknya. Tu yang kita jadi semangat Terminator tu.

Alaahai, dua hari aje kita menyapu, lepas tu haaa... tegang menyucuk-nyucuk sakitnya. Kita kenal sangat la rasa sakit macam tu. Sebelum terbleeding-bleeding macam dulu, toksah ler. Lain pulak ceritanya nanti.

Nak panggil part-timer, macam tak berbaloi sebab kerja lain semua beres. Jadi kita cuba-cuba mintak tolong kat Kak Zati belakang rumah. Mintak izin pinjam amah dia, tolong sapu sampah aje, dalam 2-3 hari seminggu. Alhamdulillah, Kak Zati izinkan dan amah dia sudi nak menolong. Kita berilah upah, takkan nak mintak tolong kosong-kosong aje.

Minggu depan budak-budak dah mula periksa. 1 week to go, lepas tu balik kampung! Yes!

Until later...

Tuesday, May 4, 2010

Dia dah nak balik kampung...

Siapa yang dah nak balik kampung? Pembantu rumah kita la... Sabtu ni dia nak balik dah, for good.

Hmmm... diam tak diam, dah 4 tahun dah dia berkerja dengan kita. Ambik dia kerja lepas 4 bulan sampai Brunei dulu. Masa tu tengah sarat mengandungkan Amiin.

Kitaorang memang tengah mencari dan kebetulan kakak dia, yang dah lama kerja kat sini, bertanya-tanya kalau ada sesiapa yang perlukan pembantu rumah. Kitaorang terus ajelah setuju.

Alhamdulillah, memang rezeki kitaorang dapat pekerja yang bagus macam dia. Jujur dan rajin dan paling penting tak pernah buat hal yang bukan-bukan. Kedua-dua belah keluarga kat kampung pun suka dengan dia. Kerja pantas macam kilat! Rasanya kita pun kalah ha ha ha...

Ni tengah mengumpul gambar-gambar dia dari dalam album-album, copy & paste masuk thumbdrive aje. Termasuk jugak beberapa resipi yang dia nak. Mana-mana yang dia tak sempat salin kat dalam buku koleksi resipi dia sendiri.

Jadinya, sekarang ni kita tengah menikmati hari-hari terakhir ada pembantu rumah la ni. Bukan apa, dah kesedapan kan... benda-benda orang buatkan.

Tak kecoh-kecoh pagi nak kejar ke dapur dan nak kejar budak-budak bersiap. Bila balik dari hantar budak-budak, rumah dah kemas bersapu. Ikan, ayam, daging, dia dah siap bersihkan. Bawang, lada halia dia dah siap kisarkan. Kita masuk dapur, masak-masak pastu dia yang bersihkan dapur. Baju-baju siap basuh, siap lipat, siap gosok hari-hari. Aduuuuhai... manja, manja, manjanya.

Su (tudung pink) dan kakaknya, Lilis (tudung hitam)... Terima kasih banyak-banyak. Semoga cita-cita awak tercapai dan berjaya. We are going to miss you...

Macam berpeluh sejuk jugak ni dia nak balik. Takpelah, kuatkan semangat. Bukan tak biasa, dulu-dulu pun tak pernah ada pembantu rumah. Sampai sini baru merasa.

Tapi kita kena mengakulah, bukan lama pun, Insya-Allah akan dapat penggantinya hujung bulan depan... heh heh! Ngada-ngada aje kan?

Until later...