Wednesday, April 24, 2013

Istanbul - 30hb Mac-4hb April 2013...(2)

Buah berangan dipanggang atas dapur arang...
Di kebanyakan tempat di Istanbul, pasti akan jumpa penjual jagung rebus dan buah berangan panggang macam ni. Gerai ni betul-betul bersebelahan pintu masuk ke masjid tu. Jagung rebus harganya Lira 1.50 sebatang dan buah berangan dijual ikut timbangan. Harga standard Lira 5.00 untuk 100g. Layan... perut masing-masing dah mintak dialas...
Liat tapi sedap...
Kitaorang teruskan perjalanan hingga ke penghujung Sultanahmet Meydani. Jumpa lagi satu snack food popular kat Istanbul... roti Simit. Lira 1.00 seketul. Keras tapi sedap. Boleh mintakkan dia sapu Nutella tapi extra charge la... Layan jugak...
Kagum melihat detail plan. Sungguh berseni...
Sultanahmet Meydani ni memang sangat besar. Blue Mosque di satu hujung dan Hagia Sofia di hujung lagi satu. Di tengah perjalanan antara keduanya ada banyak lagi bangunan-bangunan lain. Antaranya ialah Hurrem Sultan Hamamu atau kata lain Turkish Bath yang selalu keluar kat dokumentari Travel Channel tu. Ia adalah bangunan merah kat belakang Cik Abang dalam gambar kat bawah...
 
Bangunan madrasah sedang dibaik-pulih dan kawasannya dipagari papan yang tertulis pelbagai maklumat dan sejarah Kerajaan Islam Istanbul. Seronok jugak sambil berjalan... sambil membaca...
Hagia Sofia yang penuh sejarah...
Hagia Sofia adalah gereja tersohor di zaman Kerajaan Rom. Dibina dalam tahun 537M. Selepas pembukaan Istanbul oleh Sultan Al Fatih... ia tak lagi berfungsi sebagai gereja tetapi sebagai masjid sehinggalah tahun 1935. Ia telah dijadikan museum...
Ulat tiket kata, beratur makan masa 2-3 jam... Tengok tu, Haniis tengah marah Amiin sebab duduk kat stroller dia...
Hagia Sofia ni bagaikan time capsule. Timbunan sejarahnya berlapis-lapis. Sayangnya kitaorang tak larat nak masuk sebab tengok punyalah panjang orang beratur nak beli tiket. Ada jugak ulat tiket yang offer, harga tiket mahal sikitlah tapi terus terang cakap... rasa tak larat nak masuk tempat yang besor-besor pada hari tu...
Ada 2 buah kepala Medusa kat dalam tempat ni dan sebab-musabab ia diletakkan ada pelbagai andaian...
Kat depan Hagia Sofia ada satu dataran taman yang luas dan cantik. Kat situlah hub centre untuk agen-agen bus tour sekeliling bandar dan boat tour di Teluk Bhosporus. Di seberang jalan dari Hagia Sofia ialah Basilica Cistern iaitu tempat penyimpanan air bawah tanah. Ia adalah yang terbesar di antara ratusan cistern di Istanbul...
 
Air disalurkan menggunakan sistem Aquaduct dari kawasan pergunungan. Yang kat gambar atas tu bukan menara tapi adalah tinggalan tiang aquaduct bersebelahan Basilica Cistern. Disebabkan kitaoarang tak pergi sendiri... silalah tengok rupa Aquaduct of Valens kat sini ya...
Masukkan ibu jari dalam lubang kat tiang dan pusingkan tangan sambil make a wish. Katanya berhasil... ish...
Cistern ni boleh menampung 100,000 tan air. Tapi sekarang ni airnya mungkin separas betis aje kot. Airnya jernih dan boleh nampak ikan koi yang gemuk-gemuk berenang. Walaupun dah letak lampu, kawasan dalam cistern ni memang sejuk dan gelap. Budak-budak kata spooky...
 
Bumbung dan dinding cistern dibina menggunakan simen tebat air. Tapi rasanya dek kerana proses condensation, air sentiasa menitik turun dari bumbungnya. Berjalan kena hati-hati.. dahlah gelap, basah pulak. Silap langkah boleh tergolek...
Selain dari ni, order kebab dan sandwich. Telan ajelah... dah beli... mahal...
Bila keluar dari bawah tanah, budak-budak mintak makan. Jadi duduklah kat cafe tak ingat namanya ni. Makanan lebih rupa dari rasa. Kiranya cuma masuk kategori "boleh la dimakaaan"... Air merah tu ialah perahan buah delima segar. Apa rasa? Payau, pahit, manis...eerk... macam minum jus isi buah + jus kulit buah. Tak sedap... huhuhu...
 
Masa tengah layan budak-budak makan, terdengarlah azan Asar. Terungkailah misteri azan Zohor yang lamaaaa sangat nak habis masa di Blue Mosque. Rupa-rupanya muazzin Blue Mosque dan satu lagi masjid yang tak diketahui lokasinya bersambut-sambut melaungkan azan. Suka dengar... berkait-kait lenggok lagunya...
Cuma sempat pegang dan hidu sabun warna-warni pelbagai haruman...
Kitaorang ingat nak sambung jalan-jalan dan cuci mata kat bazaar ni... tapi tiba-tiba Si Haniis memulakan tantrumnya. Adooii... lemah betul la bila dia dah mula perangai baru dia ni... Melalak sekuat-kuatnya kat tengah jalan tu. Tak boleh dipujuk... tak boleh dipegang. Mula-mula buat tak tau aje... tapi boleh la pulak lepas tu dia bocor air kencing meleleh sampai ke tanah. Tak boleh buat apa dah la nih. Angkat, bawak masuk tandas, basuh dan pakaikan lampin baru... pastu terus balik bilik...
 
Sebenarnya kat cafe bazar ni... hampir setiap malam ada persembahan The Whirling Dervish. Persembahan pengamal Sufi yang berzikir gaya berpusing-pusing dengan topi tinggi dan skirt kembangnya tu. Tapi memang takde rezeki nak tengok kot sebab bermula malam tu dan 3 malam seterusnya... Amiin demam panas 39C. Hmmm...
 
Until later...

Monday, April 22, 2013

Istanbul - 30hb Mac-4hb April 2013...(1)

Assalamulaikum... Alhamdulillah... masih bernafas lagi makcik blogger yang sorang nih dan Alhamdulillah... akhirnya dapatlah jugak mengupdate blognya. Meh kita sambung cerita Istanbul...
 
Ok... penerbangan 29hb Mac 2013 sepatutnya bertolak dari Doha pukul 2.00pg tapi delay. Jadi tersangkutlah kitaorang kat airport. Pukul 3.00pg pun belum masuk-masuk kapalterbang. Punyalah mengantuk... Allah aje yang tau. Bila akhirnya dapat masuk kapalterbang... lena semuanya...
Mengantuk ni sebenarnya...
Mendarat dalam pukul 7.00pg waktu Turki. Lepas ambik beg, terus cari pemandu teksi yang dah ditempah untuk bawak kitaorang ke hotel...
Budak kecik yang ngada-ngada...
Mungkin sebab haritu Sabtu... hujung minggu, jadi jalan tak seberapa sesak. Pukul 8.00pg dah sampai hotel. Hotel Serdivan ni kat kawasan Sultanahmet. Kawasan perlancungan utama kat Istanbul...
Menuju ke hotel dan siapa sangka kejutan yang menanti...
Bila sampai kat hotel mestilah rasa seronok kan... apatah lagi kitaorang yang dah semalaman travelling. Tapi bila nak check-in... terjadilah kejadian yang membengangkan jiwa. Mamat kat Front Desk tu tiba-tiba naik hangin bila dia tengok kitaorang cuma tempah sebuah apartment 2 bilik. Dia kata mana boleh... kan kat website tu kata apartment tu untuk 4 orang dewasa dan sorang kanak-kanak aje. Rombongan kita ada 7 orang... tak sesuai...

Ish... terkejut kitaorang dibuatnya. Yelah... selama ni kalau dah kata apartment 2 bilik, hotel ok aje bila kitaorang satu keluarga masuk. Cik Abang kata, "But there are only 2 adults in my family. Maybe 3... but the rest are all small sized." "No, no... 4 means 4. Not 7. Do you know how small our apartment is?" dia jerit...

Cik Abang kata, "No, I don't... because in your website, your apartment seems big. Only now that I know it's small." "Then you should have call us." dia marah lagi. "Look... we are used to renting 2 bedroom apartments wherever we went. This has never been an issue. In fact, if you have a 3 bedroom apartment, I'd be more than happy to rent that." Cool aje Cik Abang eh... hehehe..

Sudahnya... kitaorang dipaksa sewa satu katil extra dan satu studio apartment untuk 3 malam terakhir. Cik Abang tak kuasa nak berpanjang-panjang cerita, suruh dia kira dan bayar terus. Hmmm... lepas tu barulah Mamat tu kendur. Yelah... bill dah kasik settle in full kan. Siap bagi free breakfast lagi...

Masing-masing kelat. Muka kelat... tekak kelat...mood kelat. Nak makan pun takde selera...
Lepas makan lebih-kurang, kitaorang pun terus keluar. Ambik angin... ambik napas... ambik mood happy-happy. Dah sampai dah kan, teruskan ajelah...

Bila dah mula berjalan... woooh... berbukit-bukit. Curam pulak tu...
Lepas dekat 20 minit berjalan naik bukit, turun bukit... akhirnya sampai jugak ke dataran rata. Lega sikit rasa dada... hahaha... The Hippodrome ialah bekas kawasan lumba kuda di zaman Kerajaan Rom. Sekarang ia dikenali dengan nama Sultanahmet Meydani...

Tiba-tiba panas terik ler pulak...
Ada tinggalan 3 menara di tengah dararan. Salah satunya ialah Thutmosis Obelisk yang diangkut dari Mesir...
Cuaca pagi, petang dan malam memang sejuk... tapi tengaharinya panas. Mengangkut 7 helai jaket bukan kerja senang. Sangkut kat stroller sampai roboh bumbung stroller tu...

Dah nak masuk Blue Mosque atau Sultan Ahmad Camii...
Camii - sebutan "ja'amii" ialah masjid. Sarayi - sebutan "sarayyi" ialah istana. Dua perkataan ini yang akan selalu dijumpai di papantanda sebab bandar Istanbul penuh dengan masjid and istana lama...

Akhirnya...
Dataran masjid dah dipenuhi pelancung yang beratur panjang sampai 3 lingkaran keliling. Tak berapa lama lepas kitaorang dah mula beratur, ada pengumuman yang beritau masjid akan ditutup untuk Solat Zohor dan hanya akan dibuka semula pada pukul 1.00ptg...

Ruang masjid di sebalik tabir hijau. Bangunan kecil tu ialah tempat berwuduk yang tak lagi digunakan...
Kitaorang pun ambik kesempatan untuk masuk terus ke dalam masjid. Kitakan Islam... bolehlah masuk untuk beriktikaf dan bersolat...

Bahagian dalam Blue Mosque...
Lama jugak kitaorang kat dalam masjid menunggu Solat Zohor. Dah tu rasa pelik sangat bila dengar azan yang berkumandang. Jarak waktu antara setiap ayat azan tu lama. Kadang-kadang sampai dekat 4 minit baru disambung semula. Lamaaa nak tunggu azan habis...

People watching sambil melayan Haniis...
Selesai Solat Zuhur, kitaorang cepat-cepat ambik gambar mana yang sempat sebelum ditegur pegawai bertugas. Sebenarnya waktu ni belum boleh lagi ambik gambar sebab ada qari yang sedang membaca Al-Quran...

Wajah masjid dan tempat berwuduk di sisi kiri...
Kemudian kitaorang berjalan-jalan menikmati keindahan taman. Bunga tulip banyak yang mekar... tapi sayang bunga ros belum ada yang berbunga...

Pink! Cantik kan?
Lepas ni kita bawak tengok tempat penyimpanan air zaman kerajaan Rom - The Basilica Cistern pulak ya...

Until later...

Sunday, April 14, 2013

Istanbul... kitaorang dah datang...

Menuju ke Masjid Biru, Hagia Sofia dan Istana Tokapi...
Assalamualaikum... agak-agaknya ada ke yang tertanya-tanya... ke manalah menghilang makcik blogger yang sorang nih? Hahaha... perasan!

 Anyway... sebenarnya kitaorang ke Istanbul. Kebetulan Turkish Airline ada buat promosi tambang murah tahun lepas... maka dapatlah juga kitaorang merasa melangkah di bumi Istanbul...

Apa cerita Istanbul? Oooh... banyak ceritanya. InSyaa Allah... di entry seterusnya yea... Gambor tak habis upload lagi ni haa...

Banyak la pulak macam-macamnya sejak balik dari Istanbul. Termasuklah jugak semangat anti-rajin yang sangat meninggi dalam jiwa ni... Astaghfirullah...

Untuk pembuka cerita... meh tengok gambor-gambor ni serba-sedikit yea...
Pandangan pertama - Masjid Biru...
Pandangan pertama - Hagia Sofia...
Pandangan pertama - pintu gerbang ke Istana Topkapi...
 
 Pengalaman pertama - Teh Epal...

Cinta pandang pertama - tulip perlbagai warna dan rupa...
Istanbul di Musim Bunga... tunggu...

Until later...