Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Wednesday, April 24, 2013

Istanbul - 30hb Mac-4hb April 2013...(2)

Buah berangan dipanggang atas dapur arang...
Di kebanyakan tempat di Istanbul, pasti akan jumpa penjual jagung rebus dan buah berangan panggang macam ni. Gerai ni betul-betul bersebelahan pintu masuk ke masjid tu. Jagung rebus harganya Lira 1.50 sebatang dan buah berangan dijual ikut timbangan. Harga standard Lira 5.00 untuk 100g. Layan... perut masing-masing dah mintak dialas...
Liat tapi sedap...
Kitaorang teruskan perjalanan hingga ke penghujung Sultanahmet Meydani. Jumpa lagi satu snack food popular kat Istanbul... roti Simit. Lira 1.00 seketul. Keras tapi sedap. Boleh mintakkan dia sapu Nutella tapi extra charge la... Layan jugak...
Kagum melihat detail plan. Sungguh berseni...
Sultanahmet Meydani ni memang sangat besar. Blue Mosque di satu hujung dan Hagia Sofia di hujung lagi satu. Di tengah perjalanan antara keduanya ada banyak lagi bangunan-bangunan lain. Antaranya ialah Hurrem Sultan Hamamu atau kata lain Turkish Bath yang selalu keluar kat dokumentari Travel Channel tu. Ia adalah bangunan merah kat belakang Cik Abang dalam gambar kat bawah...
 
Bangunan madrasah sedang dibaik-pulih dan kawasannya dipagari papan yang tertulis pelbagai maklumat dan sejarah Kerajaan Islam Istanbul. Seronok jugak sambil berjalan... sambil membaca...
Hagia Sofia yang penuh sejarah...
Hagia Sofia adalah gereja tersohor di zaman Kerajaan Rom. Dibina dalam tahun 537M. Selepas pembukaan Istanbul oleh Sultan Al Fatih... ia tak lagi berfungsi sebagai gereja tetapi sebagai masjid sehinggalah tahun 1935. Ia telah dijadikan museum...
Ulat tiket kata, beratur makan masa 2-3 jam... Tengok tu, Haniis tengah marah Amiin sebab duduk kat stroller dia...
Hagia Sofia ni bagaikan time capsule. Timbunan sejarahnya berlapis-lapis. Sayangnya kitaorang tak larat nak masuk sebab tengok punyalah panjang orang beratur nak beli tiket. Ada jugak ulat tiket yang offer, harga tiket mahal sikitlah tapi terus terang cakap... rasa tak larat nak masuk tempat yang besor-besor pada hari tu...
Ada 2 buah kepala Medusa kat dalam tempat ni dan sebab-musabab ia diletakkan ada pelbagai andaian...
Kat depan Hagia Sofia ada satu dataran taman yang luas dan cantik. Kat situlah hub centre untuk agen-agen bus tour sekeliling bandar dan boat tour di Teluk Bhosporus. Di seberang jalan dari Hagia Sofia ialah Basilica Cistern iaitu tempat penyimpanan air bawah tanah. Ia adalah yang terbesar di antara ratusan cistern di Istanbul...
 
Air disalurkan menggunakan sistem Aquaduct dari kawasan pergunungan. Yang kat gambar atas tu bukan menara tapi adalah tinggalan tiang aquaduct bersebelahan Basilica Cistern. Disebabkan kitaoarang tak pergi sendiri... silalah tengok rupa Aquaduct of Valens kat sini ya...
Masukkan ibu jari dalam lubang kat tiang dan pusingkan tangan sambil make a wish. Katanya berhasil... ish...
Cistern ni boleh menampung 100,000 tan air. Tapi sekarang ni airnya mungkin separas betis aje kot. Airnya jernih dan boleh nampak ikan koi yang gemuk-gemuk berenang. Walaupun dah letak lampu, kawasan dalam cistern ni memang sejuk dan gelap. Budak-budak kata spooky...
 
Bumbung dan dinding cistern dibina menggunakan simen tebat air. Tapi rasanya dek kerana proses condensation, air sentiasa menitik turun dari bumbungnya. Berjalan kena hati-hati.. dahlah gelap, basah pulak. Silap langkah boleh tergolek...
Selain dari ni, order kebab dan sandwich. Telan ajelah... dah beli... mahal...
Bila keluar dari bawah tanah, budak-budak mintak makan. Jadi duduklah kat cafe tak ingat namanya ni. Makanan lebih rupa dari rasa. Kiranya cuma masuk kategori "boleh la dimakaaan"... Air merah tu ialah perahan buah delima segar. Apa rasa? Payau, pahit, manis...eerk... macam minum jus isi buah + jus kulit buah. Tak sedap... huhuhu...
 
Masa tengah layan budak-budak makan, terdengarlah azan Asar. Terungkailah misteri azan Zohor yang lamaaaa sangat nak habis masa di Blue Mosque. Rupa-rupanya muazzin Blue Mosque dan satu lagi masjid yang tak diketahui lokasinya bersambut-sambut melaungkan azan. Suka dengar... berkait-kait lenggok lagunya...
Cuma sempat pegang dan hidu sabun warna-warni pelbagai haruman...
Kitaorang ingat nak sambung jalan-jalan dan cuci mata kat bazaar ni... tapi tiba-tiba Si Haniis memulakan tantrumnya. Adooii... lemah betul la bila dia dah mula perangai baru dia ni... Melalak sekuat-kuatnya kat tengah jalan tu. Tak boleh dipujuk... tak boleh dipegang. Mula-mula buat tak tau aje... tapi boleh la pulak lepas tu dia bocor air kencing meleleh sampai ke tanah. Tak boleh buat apa dah la nih. Angkat, bawak masuk tandas, basuh dan pakaikan lampin baru... pastu terus balik bilik...
 
Sebenarnya kat cafe bazar ni... hampir setiap malam ada persembahan The Whirling Dervish. Persembahan pengamal Sufi yang berzikir gaya berpusing-pusing dengan topi tinggi dan skirt kembangnya tu. Tapi memang takde rezeki nak tengok kot sebab bermula malam tu dan 3 malam seterusnya... Amiin demam panas 39C. Hmmm...
 
Until later...

Monday, April 22, 2013

Istanbul - 30hb Mac-4hb April 2013...(1)

Assalamulaikum... Alhamdulillah... masih bernafas lagi makcik blogger yang sorang nih dan Alhamdulillah... akhirnya dapatlah jugak mengupdate blognya. Meh kita sambung cerita Istanbul...
 
Ok... penerbangan 29hb Mac 2013 sepatutnya bertolak dari Doha pukul 2.00pg tapi delay. Jadi tersangkutlah kitaorang kat airport. Pukul 3.00pg pun belum masuk-masuk kapalterbang. Punyalah mengantuk... Allah aje yang tau. Bila akhirnya dapat masuk kapalterbang... lena semuanya...
Mengantuk ni sebenarnya...
Mendarat dalam pukul 7.00pg waktu Turki. Lepas ambik beg, terus cari pemandu teksi yang dah ditempah untuk bawak kitaorang ke hotel...
Budak kecik yang ngada-ngada...
Mungkin sebab haritu Sabtu... hujung minggu, jadi jalan tak seberapa sesak. Pukul 8.00pg dah sampai hotel. Hotel Serdivan ni kat kawasan Sultanahmet. Kawasan perlancungan utama kat Istanbul...
Menuju ke hotel dan siapa sangka kejutan yang menanti...
Bila sampai kat hotel mestilah rasa seronok kan... apatah lagi kitaorang yang dah semalaman travelling. Tapi bila nak check-in... terjadilah kejadian yang membengangkan jiwa. Mamat kat Front Desk tu tiba-tiba naik hangin bila dia tengok kitaorang cuma tempah sebuah apartment 2 bilik. Dia kata mana boleh... kan kat website tu kata apartment tu untuk 4 orang dewasa dan sorang kanak-kanak aje. Rombongan kita ada 7 orang... tak sesuai...

Ish... terkejut kitaorang dibuatnya. Yelah... selama ni kalau dah kata apartment 2 bilik, hotel ok aje bila kitaorang satu keluarga masuk. Cik Abang kata, "But there are only 2 adults in my family. Maybe 3... but the rest are all small sized." "No, no... 4 means 4. Not 7. Do you know how small our apartment is?" dia jerit...

Cik Abang kata, "No, I don't... because in your website, your apartment seems big. Only now that I know it's small." "Then you should have call us." dia marah lagi. "Look... we are used to renting 2 bedroom apartments wherever we went. This has never been an issue. In fact, if you have a 3 bedroom apartment, I'd be more than happy to rent that." Cool aje Cik Abang eh... hehehe..

Sudahnya... kitaorang dipaksa sewa satu katil extra dan satu studio apartment untuk 3 malam terakhir. Cik Abang tak kuasa nak berpanjang-panjang cerita, suruh dia kira dan bayar terus. Hmmm... lepas tu barulah Mamat tu kendur. Yelah... bill dah kasik settle in full kan. Siap bagi free breakfast lagi...

Masing-masing kelat. Muka kelat... tekak kelat...mood kelat. Nak makan pun takde selera...
Lepas makan lebih-kurang, kitaorang pun terus keluar. Ambik angin... ambik napas... ambik mood happy-happy. Dah sampai dah kan, teruskan ajelah...

Bila dah mula berjalan... woooh... berbukit-bukit. Curam pulak tu...
Lepas dekat 20 minit berjalan naik bukit, turun bukit... akhirnya sampai jugak ke dataran rata. Lega sikit rasa dada... hahaha... The Hippodrome ialah bekas kawasan lumba kuda di zaman Kerajaan Rom. Sekarang ia dikenali dengan nama Sultanahmet Meydani...

Tiba-tiba panas terik ler pulak...
Ada tinggalan 3 menara di tengah dararan. Salah satunya ialah Thutmosis Obelisk yang diangkut dari Mesir...
Cuaca pagi, petang dan malam memang sejuk... tapi tengaharinya panas. Mengangkut 7 helai jaket bukan kerja senang. Sangkut kat stroller sampai roboh bumbung stroller tu...

Dah nak masuk Blue Mosque atau Sultan Ahmad Camii...
Camii - sebutan "ja'amii" ialah masjid. Sarayi - sebutan "sarayyi" ialah istana. Dua perkataan ini yang akan selalu dijumpai di papantanda sebab bandar Istanbul penuh dengan masjid and istana lama...

Akhirnya...
Dataran masjid dah dipenuhi pelancung yang beratur panjang sampai 3 lingkaran keliling. Tak berapa lama lepas kitaorang dah mula beratur, ada pengumuman yang beritau masjid akan ditutup untuk Solat Zohor dan hanya akan dibuka semula pada pukul 1.00ptg...

Ruang masjid di sebalik tabir hijau. Bangunan kecil tu ialah tempat berwuduk yang tak lagi digunakan...
Kitaorang pun ambik kesempatan untuk masuk terus ke dalam masjid. Kitakan Islam... bolehlah masuk untuk beriktikaf dan bersolat...

Bahagian dalam Blue Mosque...
Lama jugak kitaorang kat dalam masjid menunggu Solat Zohor. Dah tu rasa pelik sangat bila dengar azan yang berkumandang. Jarak waktu antara setiap ayat azan tu lama. Kadang-kadang sampai dekat 4 minit baru disambung semula. Lamaaa nak tunggu azan habis...

People watching sambil melayan Haniis...
Selesai Solat Zuhur, kitaorang cepat-cepat ambik gambar mana yang sempat sebelum ditegur pegawai bertugas. Sebenarnya waktu ni belum boleh lagi ambik gambar sebab ada qari yang sedang membaca Al-Quran...

Wajah masjid dan tempat berwuduk di sisi kiri...
Kemudian kitaorang berjalan-jalan menikmati keindahan taman. Bunga tulip banyak yang mekar... tapi sayang bunga ros belum ada yang berbunga...

Pink! Cantik kan?
Lepas ni kita bawak tengok tempat penyimpanan air zaman kerajaan Rom - The Basilica Cistern pulak ya...

Until later...

Sunday, April 14, 2013

Istanbul... kitaorang dah datang...

Menuju ke Masjid Biru, Hagia Sofia dan Istana Tokapi...
Assalamualaikum... agak-agaknya ada ke yang tertanya-tanya... ke manalah menghilang makcik blogger yang sorang nih? Hahaha... perasan!

 Anyway... sebenarnya kitaorang ke Istanbul. Kebetulan Turkish Airline ada buat promosi tambang murah tahun lepas... maka dapatlah juga kitaorang merasa melangkah di bumi Istanbul...

Apa cerita Istanbul? Oooh... banyak ceritanya. InSyaa Allah... di entry seterusnya yea... Gambor tak habis upload lagi ni haa...

Banyak la pulak macam-macamnya sejak balik dari Istanbul. Termasuklah jugak semangat anti-rajin yang sangat meninggi dalam jiwa ni... Astaghfirullah...

Untuk pembuka cerita... meh tengok gambor-gambor ni serba-sedikit yea...
Pandangan pertama - Masjid Biru...
Pandangan pertama - Hagia Sofia...
Pandangan pertama - pintu gerbang ke Istana Topkapi...
 
 Pengalaman pertama - Teh Epal...

Cinta pandang pertama - tulip perlbagai warna dan rupa...
Istanbul di Musim Bunga... tunggu...

Until later...

Thursday, March 14, 2013

Kembara Umrah-Ziarah 13-23hb Feb 2013...(5)

21hb Feb 2013 - akhirnya Hannan dapat tunaikan Umrah dia. Lepas Solat Subuh, kitaorang serah Haniis kat Cik Abang dan mulakan Tawaf. Hannan jalan kat depan dan kita mengikut kat belakang dia...

Pada pandangan kita, arus paling baik ialah di tengah. Antara arus yang rapat dengan Kaabah dan garisan di mana jemaah bersolat sunat. Walaupun sesak, masih ada ruang untuk berjalan dan bernafas kat situ. Sesak hanya selepas Rukun Yamani dan Rukun Hajar Aswad sebab orang sedang menjaga line untuk mulakan pusingan Tawaf yang seterusnya...

Keadaan yang agak-agak lapang macam ni membolehkan kita tak perlu sangat untuk pegang Hannan kuat-kuat. Cuma sesekali kena pegang bahu dia dan tolak dia ke mana yang perlu. Yang pasti kita akan pegang dan alihkan dia supaya terelak dari dirempuh atau merempuh "kumpulan berantai". Lebih selamat bila buat macam tu...
Hannan semasa Sai'e...

Lepas siap Tawaf, kitaorang pun bersolat Sunat Tawaf dan teruskan Sai'e. Walaupun takde ibadah Sai'e Sunat... kita cuma berniat melakukan ibadah kerana Allah masa menemankan Hannan. Selepas siap, kita pun guntingkan rambut Hannan tanda dia dah Tahallul. Alhamdulillah... lega rasanya... syukur sangat-sangat...
Hannan dan Haniis...

Dapatlah beriktikaf dalam Masjidil Haram lama sikit haritu. Dari lepas Zohor hingga ke Asar...
Comel la tu konon...
Dalam pada tu... seronok melayan gelagat Si Haniis. Biarlah dia happy dalam masjid...
Di bumbung Masjidil Haram...
Cik Abang dan anak-anak suka ke tingkat paling atas untuk Solat Subuh dan Solat Isyak. Lapang dan selesa...
Aman...
Suasana sebelum Solat Subuh... Alhamdulillah...

Until later...

p/s Boleh baca Kembara Umrah-Ziarah 17-24hb Feb 2012...(7) kat sini...

Monday, March 11, 2013

Kembara Umrah-Ziarah 13-23hb Feb 2013...(4)

Apabila tiba di Hotel Nawazi, rombongan berhadapan dengan masalah bilik yang belum sedia dikemas dan jugak jumlah bilik yang tak mencukupi. First-come-first-serve lah jadinya dan hampir 20 keluarga terpaksa dipindahkan ke hotel lain dulu...
Menaiki bukit yang agak curam sebelum sampai ke hotel...
3 kereta kitaorang diletakkan dalam tempat kereta berbayar yang bersebelahan hotel. Tunggu punya tunggu, waktu Maghrib pun dah nak masuk. Jadi kitaorang buat keputusan untuk selesaikan Umrah dulu...

Hannan, Haniis dan Amiin ditumpangkan di bilik Rita dan suaminya Azlan yang dah dapat bilik sebab nama dalam senarai teratas. Diaorang sempat sampai ke hotel sebelum jalan ditutup. Dengan itu jugak Hannan diberi tanggungjawab menjaga Amir - 3 tahun, anak Rita dan Zakira - 5 tahun, anak Ina...

Masa kita beritau rancangan ni pada Hannan, tiba-tiba dia terus menangis. Kita ingat dia bengang sebab kena jaga budak ramai-ramai. Rupa-rupanya dia sedih sebab kena tinggal... tak dapat buat Umrah. Laaa... apasaaallaaa tak cakap awal-awal. Sia-sia aje kena sedas, dua das dengan kita...

Yang Ibu Si Hannan ni pun satu kan... mau nak nembak aje. Dah tembak baru nak tanya... Astaghfirullah... kesian kat Hannan. Kita pun cepat-cepatlah cakap Sorry... dan pujuk-pujuk dia. Kasik kata-kata perangsang kat dia... 

Pujuk dan beritau dia, Insyaa Allah pahala dia pun besar. Dia jaga anak-anak kecik supaya Mak Bapak dapat buat Umrah dengan hati yang lega. Insyaa Allah... dia akan dapat selesaikan jugak Umrah dia... cuma kena sabar menunggu dan banyak berdoa. Alhamdulillah... lepas tu barulah dia ok...

Kitaorang semua berpecah apabila hendak ke Masjidil Haram. Cik Abang dan Kapten Zairin bersama dengan anak-anak lelaki. Rita dan Azlan bersama 3 orang anak diaorang. Kita bersama Kak Sarah, seorang rakan dari rombongan bas. Ina dan anak sulungnya, Zahida bersama dengan anak sulung Kak Sarah...
Budak berempat yang banyak cerita...
Suasana Masjidil Haram sangatlah sesak. Jemaah sangat-sangat ramai dan keadaan dataran Masjidil Haram yang dalam proses ubahsuai tu menjadikan kesesakan berganda-ganda. Namun Alhamdulillah... kitaorang berdua sempat menghabiskan Tawaf beberapa minit sebelum azan Isyak dan menyambung Sai'e sebaik-baik selesai solat. Alhamdulillah... selesai Umrah dalam pukul 9.45mlm. Tak lama lepas tu... Ina, Zahida, Rita dan Azlan pun selesai mengerjakan Umrah masing-masing. Cuma group Cik Abang aje yang tak sampai-sampai lagi...
Aarif kontrol jambu, tak nak bercukur. Adeem pulak mintak ambik gambar, dia nak tengok rupa kepala dia...
Syukurlah masa tu kitaorang dah dapat bilik. Akhirnya pukul 12.30mlm barulah diaorang sampai. Kita tanya kat Cik Abang, apasal lama sangat. Dia kata kali ni memang letih melayan kerenah budak-budak. Tau ajelah budak-budak bila dah ramai... macam-macam hal timbul. Ada yang nak terkencing laa... terberak laa...  terkentut laa... sakit kaki laa... adoiii... Punyalah lama nak menghabiskan Tawaf dan Saie... sabor ajelah...

Hari-hari berikutnya dihabiskan dengan berulang-alik ke Masjidil Haram. Macam biasa... kita memang suka bersolat di Tingkat 2. Jadi dapatlah ambik gambar-gambar ni...
Sekadar merakam kenangan...
Si Amiin yang lucu. Dah dua hari lepas dia botakkan kepala dia... sibuk la pulak nak pakai Ihram bila nak ke Masjidil Haram. "Nak buat Tawaf..." kata dia. Cik Abang layankan ajelah. Tapi masuk pusingan ke 5 dia dah penat. Makanya tak sempurnalah Tawaf Sunat Cik Abang. Nasib baik buat Tawaf boleh berhenti dan sambung semula. Hai anak... anak...
Amiin, Haniis dan kami sekeluarga di Mekah...
Sempat ikut rombongan MAQ melawat kawasan Gua Hira', Mina, Arafah dan Jabal Rahmah. Tapi tengok dari dalam bas aje. Sempat turun sekejap di Jabal Rahmah beli air dan makan aiskrim. Solat Maghrib di Masjid Hudaibiah dan berakhir dengan program Tazkirah bersama pelajar Universiti Umm Qura. Tak dapat jugak nak singgah ke Muzeum Haramain. Lagi sekali, pemandu bas yang kelewatan tu dengan sesuka hatinya ikut itinerary dia sendiri... hmmm...

Ada jugak beberapa kali kita bawak Haniis ke Masjidil Haram. Saja bagi lega kat Hannan yang dah mula sakit kepala kebosanan. Kata Si Aarif, "Kakak dah kena Cabin Fever..." Kesian ya... risau pun ya. Iyelah... 23hb dah nak bertolak balik...

Kemudian barulah kita perasan, 21hb ialah hari ke-15 haid Hannan. Esoknya 22hb, dia dah masuk kategori Isthadah. Dah kena bersolat dan maksudnya dia dah boleh selesaikan Umrah yang tertangguh. Cik Abang pun merujuklah pada Ustaz Salman tentang cara dan adab nak buat Umrah untuk orang yang Istihadah...

Tapi sebaik aje balik dari program, Hannan kata dia dah clear... Alhamdulillah... lega rasanya...

Until later...

Monday, March 4, 2013

Kembara Umrah-Ziarah 13-23hb Feb 2013...(3)

17hb Feb 2013 - Hari bertolak ke Mekah. Akan singgah di Masjid Miqat Zul Hulaifah (atau Bir Ali) untuk berniat Ihram dan Umrah. Kitaorang terus bersiap-siap  mandi sunat Ihram dan pakai pakaian Ihram di hotel. Dalam 8.30pg kesemua barang dan beg dipunggah dan disusun dalam kereta...

Malam sebelumnya kitaorang memberi ingat-ingatan pada diri sendiri dan anak-anak tentang ibadah Umrah dan cara-cara nak melakukannya. Top-up lagi mana-mana yang Si Aarif dan Si Adeem mungkin lupa...

Untuk Hannan pulak ada sikit complication.  Haidnya kembali selepas 2 hari bersih di Madinah. Dia akan tetap perlu berniat Ihram dan Umrah di miqat dan sementara menunggu bersih, dia akan lama berada dalam Ihram. Bagi dia faham dan ingatkan supaya dia betul-betul menjaga pantang-larang dalam Ihram. Risau jugaklah kan. Sedangkan orang tua pun mudah buat silap, apatah lagi anak remaja...
Gaya Cik Abang check wallet ada tak, passport ada tak, kunci kereta ada tak, kad kunci bilik ada tak...
Alhamdulillah... rakan yang baru lulus visa Umrahnya petang 14hb dan bertolak dari Doha pada subuh 15hb dah pun selamat sampai di Madinah lewat beberapa jam aje selepas ketibaan kitaorang di hotel. 16 jam memandu tanpa henti kecuali untuk solat, isi petrol, beli makanan dan toilet break. Memang benar semangat dan kekuatan yang Allah beri untuk orang yang bersungguh-sungguh...

Konvoi bergerak dalam pukul 9.00pg dan tiba di Masjid Miqat Zul Hulaifah sejam kemudian. Lama jugak menunggu untuk selesai menukar pakaian dan Solat Sunat Ihram. Jemaah sangat ramai. Bilik air dan ruang solat dalam masjid penuh...
Sambil menunggu, kita buat last minit revision. Tudung putih -Ina, tudung hitam- Rita, tudung biru- kita laa...
Tiga keluarga dengan jumlah 13 orang anak-anak kesemuanya... Alhamdulillah... Anak-anak yang sulung  remaja dan anak-anak yang bungsu baby semuanya perempuan. Di tengah-tengah berderet anak lelaki. Ayah masing-masinglah melayan diorang memakai Ihram...
Di sekitar Masjid Miqat Zul Hulaifah dan menuju ke kereta untuk berniat Umrah dan teruskan perjalanan...
Si Amiin belum mau melakukan Umrah. Dia kata dia masih kecik... belum masuk 7 tahun pun. Hmmm... sabor ajelah... Tak lama berjalan dari Zul Hulaifah, tiba-tiba dia berteriak, "Haaaa... siapa makan ni batal la Ihram dia..!" Terkejut semua yang mendengar. Apa kehalnya pulak kan? Sambil ketawa-ketawa dia tunjukkan bungkusan potato chip yang baru dibeli. "Ni haaa... kan nama dia Al-Batal..." Hadoooiii... budak ini... ada-ada aje tau...
Al-Batal Potato Chips, santai si Haniis, gurun padang pasir, tanda sempadan Tanah Haram, bas rombongan dari Doha...
Perjalanan berjalan lancar Alhamdulillah... Protokol perjalanan pun sama aje macam yang semalam dan kelmarin. Dalam pukul 3.30ptg kitaorang dah melepasi sempadan dan masuk ke Tanah Haram. Tapi lagi sekali kitaorang terpaksa berpusing-pusing dulu sebelum dapat sampai ke Hotel Nawazi yang berdekatan dengan King Abdul Aziz Gate...
Masjidil Haram yang dekat tapi jauh...
Bukan sebab salah jalan tapi salah timing. Kitaorang sampai di bandar Mekah betul-betul semasa azan Asar berkumandang. Jalan menuju ke hotel dah ditutup. Terkedu sekejap sambil berfikir-fikir jalan mana yang perlu diambik...
Kitaorang lalui satu kawasan tak jauh dari Masjidil Haram di mana kesemua bangunan dalam proses dimusnahkan...
Akhirnya kitaorang meredah arus jemaah yang berpusu-pusu hendak ke Masjidil Haram dan berhenti menunggu betul-betul di sekatan jalan berhadapan Istana Raja. Tunggulah kat situ hingga Solat Asar selesai untuk buat U-Turn dan sampai ke hotel...

Until later...

p/s Boleh baca Kembara Umrah & Ziarah 17-24hb Feb 2012... (4)
                        Kembara Umrah & Ziarah 17-23hb Feb 2012...(5) kat sini...

Sunday, March 3, 2013

Kembara Umrah-Ziarah 13-23hb Feb 2012...(2)

Perjalanan dari Riyadh ke Madinah berjalan lancar walaupun melalui ribut pasir yang kuat. Kitaorang hanya menjadi pening bila dah sampai di Madinah. Banyak jalanraya ditutup untuk kerja-kerja pembangunan bandar. Mula-mula kitaorang cuba ke Masjid Nabawi. Berpusing-pusing hampir sejam tapi tak jugak dapat nak sampai ke masjid. Jalan yang Cik GPS suruh masuk semuanya ditutup belaka...

Kemudian cuba pulak nak ke Hotel Saha... pun tak dapat jumpa. Jalannya dah betul... tapi kitaorang tak nampak hotelnya di mana. Sabor, sabor... Lepas calling-calling mintak tunjuk arah pada orang yang menguruskan tempahan hotel... barulah kitaorang dapat sampai. Masing-masing tersenyum kambing. Rupa-rupanya dah lalu kat depan hotel tu 2-3 kali... cuma tak perasan aje...

Alhamdulillah... gembira dapat hotel yang sangat-sangat dekat dengan Masjid Nabawi. Keluar sikit aje dah nampak terus ke Pintu 25 - Pintu Uthman Bin Affan. Pintu yang dikhaskan untuk jemaah wanita...
Suasana sekitar Masjid Nabawi selesai Solat Subuh..
Malam itu kita dan Hannan pergi ke Raudhah. Cerita yang sama seperti dulu... takde bezanya. Kita rasa sangat tak gembira bila tengok manusia tanpa segan berebut dan bergaduh semasa menjadi tetamu Allah dan Rasulullah...
Kawasan solat jemaah wanita di sudut hujung paling kanan...
Sebenarnya kita nak menunggu dan masuk ke Raudhah dengan rombongan jemaah Malaysia tapi rakan yang kita "bawak" tiba-tiba potong line. Dia buat rayuan kat 2 orang Polis Wanita yang menjaga supaya terus melepaskan kitaorang masuk ke ruang menunggu di dalam...

Tak dinafikan rakan kita tu memang punya charm yang tersendiri. Sudahnya rayuan diterima walaupun dedar pipi kena tengking sedas-dua. Kitaorang dibenarkan masuk. Sebelum berlalu... sempat rakan kita tadi bersalam dan mencium pipi Polis Wanita tu. Hmmm... tak terkata... Apapun kita bersyukur dapat kembali menziarah Rasulullah dan Raudhah... Alhamdulillah...

Untuk pengetahuan, rakan kita bercakap dengan patah-patah Bahasa Inggeris yang paling asas. Tak reti pun Berbahasa Arab. Tapi dia ni memang jenis peramah, tak segan mintak tolong pada orang yang tak dikenali dan tahan bila dimarah-marah. Kalau orang lain dah give-up dah... tapi dia boleh lagi terus memujuk-mujuk hingga akhirnya orang yang tak mau memberi atau marah-marah jadi sejuk dan mengalah. Rezeki dia memang begitu selalu... dan begitulah caranya tiga malam berturut-turut dia ke Raudhah...
Kelas menghafaz Al Quran di dalam Masjid Nabawi dan Prof Mohd Kamil baru memulakan kata-kata... 
15hb Feb 2013 - ada Majlis Tazkirah pendek oleh Prof. Mohd Kamil Ibrahim. Ia diselit antara waktu solat Asar dan Maghrib. Hmmm... tegas dan terus-terang sungguh kata-kata Prof. ni. Persoalan-persoalan yang diajukan mencabar pendengar untuk menjawab dengan jujur. Sangat terkesan...
Di kebun kurma..
16hb Feb 2013 - rombongan MAQ ada lawatan ke Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, kebun kurma dan Masjid Hudaibiah...

Sebenarnya tarikan kitaorang lebih pada hendak melawat Kilang Mencetak Al Quran. Tempat-tempat lainnya (kecuali kebun kurma) dah dilawati tahun lepas. Tapi malangnya itulah tempat yang tak dapat nak disinggahi dek masalah pemandu bas yang sewenang-wenangnya ikut itinerary dia sendiri...
Hannan dah rakan-rakannya Lina dan Zahida...
Berpusu-pusu orang-ramai membeli kurma, coklat dan lain-lain makanan untuk dibawak balik. Kitaorang tak beli apa pun. Coklat-coklat yang dijual semua pun sama dengan yang ada kat Doha. Kurma Ajwa dah ditempah dengan pelajar yang menjadi tour guide bas kitaorang. Jadi jamu mata dan jamu free sample ajelah. Ada pengumuman yang memberitahu semua free sample dihalalkan tuan punya kedai... Alhamdulillah...
Merakam kenangan...
Ada teh manis dihidangkan di bawah pohon kurma di tepi kedai. Jadi minum-minum dulu sementara menunggu. Penjual yang yang di dalam gambar tu tak menjual kurma tapi menjual ubat-ubatan dan herba. Dalam bakul hijau tu Buah Zuriat namanya...

Pokok-pokok kurma berbunga dan berbuah pada musim panas. Jadi sekarang ni semua pokok togel belaka. Sekali pandang macam pokok kelapa sawit pun yea...

Sebaik-baik sampai semula di hotel setelah selesai program lawatan, kita terus berkemas-kemas. Pagi esoknya dah nak bertolak ke Mekah. Perjalanan diteruskan...

Until later...

p/s Boleh baca Kembara Umrah & Ziarah 17-24hb Februari 2012...(2)
                        Kembara Umrah & Ziarah 17-24hb Februari 2012...(3) kat sini...