Showing posts with label Kefta Kebab. Show all posts
Showing posts with label Kefta Kebab. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

Bun Kefta Kebab...

Bun Kefta Kebab buat bekal budak-budak dan Cik Abang...
Kalau kat Malaysia, roti ban selalu intinya kacang merah, kelapa manis, margerin dan gula, krim vanilla, krim coklat, krim jagung dan kaya... takpun kari ayam atau sambal bilis...

Tapi kat sini... rotinya berintikan keju atau krim keju (cream cheese kata Omputih atau labneh kata Mak Arab) dan digandingkan dengan sosej, daging cincang, sayur bayam dan buah zaiton...

Disebabkan Kefta Kebab ada berlebih kat dalam freezer... maka kita pun mencuba-cubalah. Alhamdulillah... menjadi. Dah jadi kegemaran baru ni. Meh cuba...

Kefta Kebab...

500g daging lembu / biri-biri cincang
1 biji bawang besar dicincang halus
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 sdt pes halia
2 sdbsr daun sup dihiris
2 sdbsr daun ketumbar dihiris
1 sdbar daun pudina dihiris
1 sdt serbuk paprika
1/2 sdt serbuk lada hitam
1/2 sdt serbuk cayenne pepper
1/2 sdt serbuk jintan halus
1/2 sdt serbuk kayu manis
1 sdt garam
3 sdbsr minyak zaitun untuk menggoreng

Gaulkan kesemua bahan dengan sebati dan bentukkan menjadi silinder.
Panaskan minyak dalam kuali non-stick dan gorengkan kebab hingga separa masak.
Sudah boleh digunakan sebagai inti roti ban atau dibekukan untuk kegunaan di waktu lain.

Doh Roti...

3 cwn tepung gandum
2 sdbsr gula
2 sdbsr susu tepung
1 sdbsr yis
1/4 cwn minyak
3/4 cwn air suam

Gaulkan tepung, gula, susu tepung dan yis.
Tuangkan minyak dan ramas dengan hujung jari hingga menjadi seakan-akan serbuk roti.
Tambahkan air dan uli perlahan-lahan hingga mendapat doh yang lembut.
Tak perlu uli lama-lama. Cukup bila doh tak lagi tidak melekat di tangan dan di mangkuk.
Tutup dengan kain basah dan biarkan doh naik dua kali dari saiz asal.
Sapukan minyak pada tangan, bahagikan kepada 12 bahagian dan bentukkan bulat seperti bola.
(Resepi ni akan menghasilkan roti yang sedikit manis, kurangkan gula jika mahu...)

Bun Kefta Kebab...

12 batang kefta kebab
krim keju secukupnya
sos cili atau sos tomato secukupnya

Canaikan sebiji bebola doh.
Sudukan krim keju dan sos cili atau sos tomato keatasnya.
Letakkan sebatang kefta kebab dan bungkus kemas.
Susun dalam dulang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit.
Siap untuk dihidang.

Nota: Selepas siap membungkus bun, bolehlah kalau nak kembangkan doh sekali lagi. Tapi ini stail roti arab... tak perlu nak kembang-kembangkan sangat. Walaupun gitu, rotinya InSyaaAllah tetap lembut dan sedap...

Until later...

Wednesday, September 12, 2012

Kefta Kebab dan Sweet Tomato Jam...

Lagi satu resepi dari buku masakan Moroccon Easy Recipes.Techniques.Ingredients. Resepi untuk Kefta Kebab adalah sama dengan resepi Kefta Tagine. (Kefta bermaksud daging lembu / biri-biri cincang yang dibentukkan menjadi bebola atau silinder macam dalam gambar tu.) Dalam cubaan kali ni, kita tambahkan hirisan daun pudina. Terus-terang cakap... rasa daging jadi lebih sedap.

Semasa di Brunei dulu, ada seorang rakan keturunan Pakistan bernama Aisyah. Dia menjual Kefta Kebab yang dipadukan dengan sos tomato yang sangat sedap. Pernah jugak kita dan beberapa kawan bertanyakan resepi... tapi dia keberatan nak bagi. Katanya dia berniaga dan hasil jualan semuanya diberi kepada charity. Kalau teringin... order sajalah dengan dia. Makan sambil beramal katanya...

Jadi bila terjumpa resepi Sweet Tomato Jam dalam buku ni... kita dah dapat agak ini mesti sos yang sama dengan sos Aisyah dulu. Itu yang bersemangat sangat nak buat tu. Alhamdulillah... memang ya pun. Meh cuba!

Kefta Kebab...

500g daging lembu / biri-biri cincang
1 biji bawang besar dicincang halus
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 sdt pes halia
2 sdbsr daun sup dihiris
2 sdbsr daun ketumbar dihiris
1 sdbar daun pudina dihiris
1 sdt serbuk paprika
1/2 sdt serbuk lada hitam
1/2 sdt serbuk cayenne pepper
1/2 sdt serbuk jintan halus
1/2 sdt serbuk kayu manis
1 sdt garam
3 sdbsr minyak zaitun untuk menggoreng

Gaulkan kesemua bahan dengan sebati dan bentukkan menjadi silinder.
Panaskan minyak dalam kuali non-stick dan gorengkan kebab hingga separa masak.
Susun dalam dulang pembakar dan masukkan ke dalam oven panas 180C selama 10 minit.
Siap untuk dihidang.
Cara asli ialah dengan mencucuk kebab pada batang besi dan kemudian dipanggang atas api. Tapi kita buat macam ini aje la... Goreng dulu supaya daging jadi sedikit pejal dan jus daging tak meleleh masa dimasak dalam oven.

Sweet Tomato Jam...

1 kg tomato masak ranum
2 biji bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1 sdt pes halia
1 btg kayu manis
1/4 sdt serbuk lada hitam
1/4 cwn pes tomato
2 sdbsr madu
1 sdt serbuk kayu manis
1/4 cwn minyak zaitun
garam secukup rasa
sedikit bijan disangai

Tomato dibelah dua. Perahkan biji dan sagat isinya. Kulitnya dibuang.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia.
Tambahkan garam,kayu manis, serbuk lada hitam, pes dan isi tomato yang disagat tadi.
Renehkan atas api kecil selama 45 minit atau sehingga kuah pekat.
Sentiasa kacaukan kuah supaya tidak hangus dan melekat pada periuk.
Masukkan madu dan serbuk kayu manis. Sesuaikan rasa garam dan teruskan merenah sebentar.
Angkat dan taburkan bijan sebelum dihidang.

Bolehlah makan Kefta Kebab, Sweet Tomato Jam ni dengan roti arab, salad, lemon, yoghurt, cream cheese dan kacang walnut. Sedap tau makan kacang walnut dengan salad. Tak caya cuba...

Until later...