Showing posts with label Tempat makan. Show all posts
Showing posts with label Tempat makan. Show all posts

Monday, November 14, 2011

Kena Sabar Bila Menunggu...

Ya Allah... memanglah kena sabor bila menunggu. Nak makan ke... nak mengupload gambor ke... memanglah kena sabor. Mengupload gambor-gambor ni satu-persatu tau, lebih dari satu takmo masuk. Nak masuk yang satu-satu pun punyalah lama menunggu. Aduh... ini namanya kerja cepat jadik lambat.

Sama jugaklah peritnya kitaorang sekeluarga menunggu masa nak makan kat restoran yang nak kita ceritakan ni. Restoran ni letaknya kat salah satu lorong di Souq Wakif. Kedainya kecik aje, cukup-cukup untuk dapur. Tengok kat gambar, ruang bawah signboard itulah dapurnya. Tempat makannya kat luar. Rapat ke dinding lorong ada meja dalam sepuluh bijik, kerusi pulak boleh kira dengan jari tangan campur jari kaki. Tapi orang yang nak makan... punyalah ramai!

Sebelum ni memang tak try, tengok-tengok aje bila lalu. Nak menunggu dalam bahang malam musim panas tak larat rasanya. Tapi bila dah musim sejuk ni, dengan suasana hawa sejuk dan nyaman... kita ajaklah Cik Abang ke situ. Teringin sangat nak rasa. Apaaaalah sedap sangat sampai bukan main ramai yang sanggup tunggu giliran nak duduk.
Haaa... nak duduk pun kena queue. Berdiriiiiii lama-lama sambil mata melilau cari orang yang dah nak habis makan. Pastu kenalah ngendeng-ngendeng kat mejanya. Bila orang dah bangun, kenalah cepat-cepat kita duduk. Tapi pandai-pandailah cover dan bersopan-santun.

Pandai-pandailah jaga giliran. Kalau dah agak-agak datang lambat, jangan ler sambar meja kosong sebelum orang yang dah tunggu lama ni sempat nak cop. Tak berbaloi kasik orang bengang. Nanti bila makan mesti tersangkut kat tekak sebab asyik kena tenung... hahaha... Itu nasib baik kena tenung je... kalau kena sembur macamana? Kan malu!




Tengok ni... punyalah ramai orang tunggu meja kosong. Kali pertama datang, tunggu dekat sejam. Tapi masa tu kitaorang makan berdua aje. Mula-mula macam rasa nak bengang jugak tapi bila dah makan... tak boleh nak menafi-nafikan, memang berbaloi betul menunggu. Rupa, rasa dan cara hidangannya sangat-sangatlah ringkas tapi sedapnya... Ya Allaaah!
11hb haritu kita ajak Cik Abang ke sana lagi. Biar budak-budak dapat merasa pulak. Tapi kali ni, punyalah ramai orang. Tunggu nak duduk aje dah sejam. Dah dapat meja, tunggu makanan lagi nak sejam. Budak-budak yang dah sedia lapar ni sampai nak terlelap-lelap. Yang kitaorang berdua ni pun naik lenguh mulut pujuk diaorang. Hadooooiii... tunggu, tunggu... sabor, sabor...

Bukan sebab diaorang ni tak cekap... tapi pelanggan memang terlalu ramai.

Ni masa masih bersemangat sebab dah dapat duduk. Tapi makin lama makin lembik budak-budak semua. Dalam hati siap kita berdoa-doa supaya cepatlah sampai makanan... kesian!

Alhamdulillah... dapat jugak! Inilah dia Skewered Lamb dan Chicken. Satu set 6 cucuk. Makannya dengan Roti, bercecah Humus, berulam Arugula Salad dan Lemon. Nasib baik sempat baca doa makan... hahaha... Budak-budak yang lembik tadi terus segar. Semua akui, memang sedap! Sangat-sangat sedap!
Akhirnya kitaorang makan 1 set Chicken, 3 set Lamb, 3 bakul roti dan 2 set salad. Dah kata memang lapar. Lagipun nak kasik puas makan sebab terus-terang... semua tak sanggup nak datang lagi... hahahaha... Kalau nak pun, lama lagi laaa...
Sebelum balik, kita sempat snap lagi satu gambor. Masih ramai lagi yang menunggu walaupun tak sesesak macam masa kita mula-mula sampai. Good luck people! You know you'll enjoy the food!

Until later...

Saturday, August 1, 2009

Makan Sedap kat Miri - Asam Pedas, Restoran Selera Melayu

Inilah dia... RESTORAN SELERA MELAYU

Dah lama dah teringin sangat nak feature restoran ni, tapi ada aje kehal yang buatnya tertunggak. Sejak-sejak budak-budak bersekolah hari Sabtu dah jarang benar dapat ke restoran ni. Pergi Miri hari Ahad, dia tutup pulak.

Restoran ni memang special kat hati kita. Masa first time pegi Miri, Cik Abang bawak makan kat sinilah. Masa tu kita baru aje beberapa minggu duduk kat Panaga, masih lagi kelat-kelat tekak merindu makanan Semenanjung. (FYI, masih merindu... ^_^ )

Bila aje sampai kedai ni, waaaah.... Asam Pedas. Berenang-renang ikan pari, daun kesum dan putik-putik bunga kantan kat dalam kuah yang merah pekat tu. Bila makan, eeeemmmm.... sedapnya. Makan pulak dengan Telur Asin, Sambal Belacan dan Ulam Kacang Botol. Terangkat perut kak oi. Dalam hati kita kata, ini mesti air tangan orang Johor ni!

Masa ambik gambor ni, Asam Pedas Ikan Merah. Berbaloi makan, sedap dan tak mahal...

Tapi salah he he! Selidik-selidik, rupanya Kak Jamilah, tuan punya kedai ni orang Perak tapi suami dia yang orang Johor. Tapi tak heran jugaklah. Kakak ni mestilah kena belajar buat sampai sama standard dengan Asam Pedas Mak Mertua dia kan? Itu spekulasi kita la... tak pernahlah tanya samada Mak Mertua dia tu trueblue orang Johor ke apa ke. Macam melampau ler pulak.

Kalau nak makan lunch sini, kena timing betul-betul. Pukul 11.00pg sampai dalam pukul 12.30tghari gitu. Lambat aje, alamat habis licin dah lauk. Kalau hari Sabtu mungkin sempat lagi, tapi kalau weekdays memang tak dapat punyalah.

Dah bertahun-tahun makan kat sini, dapatlah jugak menjalin persahabatan dengan Kak Jamilah ni. Dia pun jenis orang peramah.

Ingat lagi dia terkejut masa kitaorang datang singgah makan on the way balik lepas kita bersalinkan Amiin. Dengan Amiin berbalut kain bedung, dengan kita berstokin dalam hari panas terik, buat muka selamba aje makan Asam Pedas dalam pantang he he...

Kak Jamilah yang kat tengah, yang comel lote tu pekerja dia...

Baru-baru ni dapat lagi singgah makan dan kita pun ambik kesempatan bergambor dengan Kak Jamilah. Tapi kan sorilah, lupa nak mintak alamatnya betul-betul.

Direction paling senang, dekat dengan flyover Seberkas, tapak pasar malam berhadapan dengan Taman Bulatan. Hmmm... boleh sampai kot. Kot? Kot!

Insya-Allah boleh jumpa. Tak pun next time, kita tanyakan alamat dan pastekan kat sini.

Until later...

Sunday, May 3, 2009

Makan Sedap... Soto, Pasar Seria


Hari Isnin lepas, Linda bawak kita dan Oni pergi sarapan Soto di Pasar Seria. Lagi satu tempat yang kita tak tau wujud walau dah bertahun berulang ke Tamu Jumaat & Sabtu di Pasar Seria. Takpe... pepatah berkata, better late than never.

Sebagai orang Johor yang memang sinonim dengan masakan Soto, kita boleh kata masakannya tidak mengecewakan.

Cuma jangan keliru. Bagi orang Johor dan orang Semenanjung Malaysia amnya, Soto tu isinya Nasi Himpit. Dihidang bersama Bergedil dan Sambal Kicap.

Tapi sebelah sini, Soto tu isinya Mee Hoon. Dihidang bersama telur rebus dan sambalnya dibuat dari cili padi merah dikisar bersama cuka, namanya Sambal Lada Rindu. Bestkan nama?

Maka hari Rabu kita ajak Kak Salina dan pagi semalam pergi lagi dengan Cik Abang, Adeem dan Amiin. Ha ambik... bila dah pergi, sampai 3 kali seminggu he he...

Menu yang menjadi tarikan kat gerai ni ialah Sup dan Sotonya yang bermacam jenis.

Boleh pilih Soto Hati Buyah (buyah ertinya lembu) tapi yang peliknya bukan hati yang dihidangkan tapi paru lembu. ??? Jangan tanya kenapa... kita pun pelik jugak ni. Lepas tu ada Urat, Daging dan Ayam. Nak campur-campur kombinasi pun boleh.



Favourite kita ialah Sup Hati Buyah dan Urat. Masa makan dengan Kak Salina kelmarin siap bawak Sambal Kicap dari rumah. Tapi semalam kita campur aje Sambal Lada Rindu tu dengan kicap, same difference. Memang boleh pergi selalu...

Until later...

Sunday, March 8, 2009

Dim Sum Breakfast...





Inilah sarapan pagi tadi, Dim Sum kat Restoran Ayamku, Tingkat 1, Soon Lee Megamart, Pandan 7, Kuala Belait. Haaaa.... punyalah panjang!

Ini antara tempat regular untuk kitaorang breakfast bila hujung-hujung minggu. Kalau hari Ahad, mesti sarapan dulu. Kalau tak makan kat luar, kat rumah mesti dah makan. Lepas tu baru boleh pergi rumah Ustaz untuk kelas ngaji budak-budak.

Apapun, walau macamana pun, kena makan dulu. Kalau tak nanti diaorang tak senang duduk. Mulalah merapu-meraban perangai sorang-sorang. Lapor le katakan!

Lagi haru kalau terkena waktu ramai orang, menunggu nak sampai ke giliran kita tu, naik rimas dibuatnya. Yang melalak, yang merengek, yang bergaduh... hei... silap-silap kat situ jugak kita yang transform jadi Harimau! Yelah, Ibu budak-budak pon lapar gak kan! Mana tahan...

Sebenarnya dulu, kita yang suka sangat datang sini, tapi sekarang Cik Abang kita pulak yang lebih-lebih. Padahal masa mula-mula tu, punyalah payah nak pujuk dia cuba makan. Tak lalulah... kembang tekak lah... he he... Sekarang lajuuuu je.

Budak-budak pun dah pandai mintak makan kat sini. Pagi ni diaorang punya request ler ni.

Yang perkenalkan si Aelina lah. Sebulan at least sekali dia SMS untuk ajak kengkawan reramai sarapan kat sini. Bila dia dah balik KL, menyambung tradisi dengan family dan kadang-kadang kengkawan jugak.

Teringat masa Aelina buat Farewell Breakfast kat sini dulu. Dia ada jemput 2-3 orang Makcik Arab datang sekali. Terkejut badak diaorang tengok kaki ayam tu! Ha ha ha... macam tak caya bende tu ada atas meja. Bila tengok kita makan, punyalah kuat diaorang ketawa!

Si Aelina pulak kaki menyakat, diletaknya setongkol benda tu atas pinggan diaorang, lagilah menjerit makcik-makcik tu. Adoooi.... pelik habis diaorang bila tau kaki ayam tu boleh dimakan.

Tapi tak boleh la nak cakap apa... siapa-siapa pun akan kasi reaksi macam tu bila jumpa makanan pelik dan tak biasa dimakan, kan? Bayangkanlah kalau orang dok hidang Ular Masak Black Pepper ke kat depan muka kita, mau kita tak jerit?

Kat sini ada dua jenis dim sum. Yang berkukus dan yang bergoreng. Macam-macam rupa, macam-macam rasa. Tapi yang kat gambar tu yang biasa kitaorang makan.

Nampak macam banyak kan? Tapi habis licin, siap tambah lagi. Layan ajelah budak-budak dan Cik Abang nak makan.

Untuk kita, kaki ayam, japanese tofoo dan wantan goreng tu pun dah cukup dah. Sesekali ambik pau ayam atau carrotcake goreng. Pun sedap! Satu bakul ada 3 biji pau, carrot cake goreng tu pulak sepiring besor. Dah orang lain tak berapa minat, so kita ajelah yang ngabiskannya. Lepas tu.... aaaa kenyaaang!

Bila dah tulis-tulis gini kan, rasa macam bersalah pulak kita ni tak reti makan tempoyak. Itulah pasal... korang mesti cakap - Hek eleeh... dim sum sapu, shushi habis. Tapi tempoyak tak lalu. Terus-terang kita cakap, itulah dia makanan sedap orang Melayu yang kita tak reti nak layan.

Abis camne? Fobia ni mesti dihapuskan. Ada sesiapa nak offer kita lauk tempoyak?

Until later...

Friday, February 27, 2009

Restoran Muara & Nasi Lelapan, Miri...







Inilah Restoran Muara, Miri. Tempatnya di bahagian belakang-belakang Maybank yang dekat dengan Hotel Mega.

Hidangan istimewa ialah Nasi Lelapan. Dipanggil lelapan sebab dalam hidangan ada 6 jenis ulam, sambal belacan dan pilihan ikan yang bermacam-macam jenis, daging, udang atau ayam. Favourite kita ikan keli dan daging. Simple aje lauk, main goreng-goreng je tapi sedap. Diaorang bagi semangkuk kecik sup untuk tiap satu set, yelah untuk basah-basahkan nasi, ada sesetengah orang tak biasa makan kering-kering tak berkuah.

Sambal belacannya memang mengancam sedap. Datang sini memang lari ler diet. Paling sikit makan nasi separuh, kalau tak kuat semangat, sepinggan licin!

Pernah jugak makan stail macam ni kat kedai makan lain, tapi so far, kat sini paling menjadi. Yang penting diaorang tak lokek bagi sambal belacan yang kaw tu. Hah, selambak kat tengah piring! Kat tempat lain, bagi secipuuut aje. 4 kali suap aje dah habis. Tak best lah... terkulat-kulat kita nak makan.

Dan mintak jugak Teh C Special. Alaa... lupa lak nak ambik gambar. Masa dihidang, dalam gelas ada tiga lapis. Bawah sekali air gula perisa pandan, pastu teh, atas sekali susu. Kelainan rasa daripada Teh Ais biasa.

Tapi mintak yang Special, kalau cakap Teh C aje nanti dia bagi yang air gula biasa. Bila dah godak, jadi Teh Ais regular!

Kedai ni memang berhadapan muara sungai (nama sungai jangan tanya, memang tak tau...). Muara nampak kecik aje tapi barge besar-besar selamba aje lalu.

Sebenarnya, walaupun kitaorang dah bertahun-tahun ulang alik Miri, baru-baru ni aje tau pasal restoran ni. Rugi kan...

Restoran ni dah buka cawangan baru, Restoran Muara2 kat kawasan rumah kedai tak jauh dari E-mart kat Tudan tu. Tiap-tiap kali shopping kat E-mart memang ler terpandang-pandang, tapi tak compute yang diaorang bukak branch. Belum pernah pergi lagi sebab ni pun kawan baru beritau bila postkan cerita ni kat FB.

Dah post kat sana, post lak kat sini. Saje nak kongsi dengan readers yang mungkin tak ada dalam senarai FB kita. Manalah tau kalau sesiapa yang terbaca post kita ni ada ke Miri, dah senang, takyah nak tercari-cari tempat makan yang sedap.

Ada dua-tiga lagi tempat makan yang nak kita feature kat sini tapi nantilah, bila ada kesempatan untuk pergi kita update lagi ya.

Until later...