Showing posts with label Pemandangan cantik. Show all posts
Showing posts with label Pemandangan cantik. Show all posts

Friday, April 3, 2009

Percutian ke Langkawi - Siri 2



Esok harinya, sewa bot menyusuri kuala Sungai Kilim. Tengoklah tempat mana kita nak pergi dan berapa lama. Kitaorang ambik perjalanan ringkas untuk satu jam. Sewanya RM150.00 untuk menyusur sungai & kuala, pergi Gua Kelawar, lawat Fish Farm dan Eagle Feeding.



Tak jauh dari Jeti Kilim, singgah kat Gua Kelawar. Gelap dan bising dan busuk! Tak lama kat dalam tu. Budak-budak suspens, gelap le katakan. Tapi dalam pada tu sempat jugaklah tunjukkan stalactites & stalagmites dan kelawar yang bergantungan kat bumbung gua.



Kemudian sambung lagi perjalanan. Pemandangan memang cantik. Budak-budak ni pun pandai komen, diaorang kata air laut dan air sungai kat Langkawi ni cantik dan bersih. Memang betul pun. Harap it will stay that way always.



Sampai kat satu kawasan, mamat bot tu matikan enjin dan campak sisa daging ayam ke dalam air. Serentak tu melayang turun helang-helang. Banyak! Turun, cekup dan terbang semula. Berlegar-legar atas kepala. Macam tak percaya. Selalu tengok kat Discovery Channel aje, kali ni kat depan mata! MashaAllah...



Ada dua jenis helang, yang berwarna merah coklat berkepala putih (yang menjadi lambang Langkawi) dan juga berwarna putih bersayap kelabu & hitam.

Helang putih tu tak begitu banyak dan jarang turun. Pada hari tu ada seekor yang turun tapi tak dapat nak snap gambar. Tak sempat, yelah kamera tak laju... tak tertangkap speed burung ha ha ha... Hajat nak beli kamera yang best-best tu memang ada tapi budget tarak! Cik Abang belum approve budget he he... takpe, takpe I can be very patient when I want to. Eh lari topik!

Anyway, kitaorang semua memang gembira habislah tengok burung, tak nak balik! Bila mamat bot tu nak start enjin tapi nampak bot lain datang, kitaorang cakap nak stay lagi. Rasanya kitaorang bertunggu sampai 3 bot lain datang, tumpang orang lain punya show he he...



Lepas tu bot pergi round laut lepas sekitar pulau-pulau kecik. Tergelak masa kitaorang tengah meneliti satu pulau kecik yang dipanggil Pulau Kasut, tetiba dapat sms. Rupanya dah masuk roaming Thailand. Barulah mamat bot tu tunjukkan outline yang samar-samar kat belakang pulau tu ialah Thailand. Masing-masing ooooooo... ye ke...

Akhir sekali, pergi Fish Farm, well not exactly la... diaorang letak ikan-ikan dalam jaring kat tekong just for show. Kita boleh tengok aksi ikan dekat-dekat. Ikan barracuda tu garang, gigi pun tajam, bahaya kalau kena gigit. Ikan sumpit akan sumpit makanan dengan air. Ikan pari manja, cuma baik-baik jangan sampai kena libas ekor. Ikan malas pun ada, berenang pun baring aje... jangan tak percaya.



Budak-budak tak reti takut, kita pulak yang kecut perut. Pelantar tu kecik, titian cuma 3 papan lebar, cukup-cukup untuk satu orang lalu aje. Kitaorang grip lengan, kaki budak-budak punyalah kuat. Heeii... ikan besor-besor tu, naya je kalau terjatuh.



Kitaorang pun nampak banyak kapal-kapal layar berlabuh. Macam-macam nama dan dari jauh-jauh. Wow, tabik betullah kat diaorang ni. Bukan aje sebab diaorang berani berlayar lautan dunia dengan kapal layar yang tak berapa besor tu, tapi boleh pulak menampung lifestyle yang tak perlu pergi kerja ulang-alik macam kita-kita ni or in my case my Cik Abang la kan. Tapi nowadays, kerja dimana-mana pun boleh. Wired to the world kan?

Dalam perjalan balik, hujan mula turun. Berkejor budak-budak masuk bawah bumbung. Bot laju, jadi sakitlah muka ditujah hujan. Sampai Jeti Kilim dah betul-betul lebat. Lepak-lepak le kejap kat situ sementara tunggu hujan reda.



Sebenarnya ada lain-lain pakej yang lebih lama dan pergi lebih banyak tempat tapi lain kali aje la kot. Tak larat nak duduk sampai 4 jam dalam bot. Kang terboring ler pulak budak-budak tu. Ok, enjoy the pictures. Kita sambung lagi lain kali.

Until later...

Percutian ke Langkawi - Siri 1

Dah lima hari dah kembali ke Brunei, tapi semangat nak meng'update' lambat benor sampai. Hari ni Jumaat, baiklah kita jengah-jengahkan blog ni. Yelah, kalau lama tak update, hilang pulak ler serinya nanti. Tapi gerenti punya, sekali dah mula, payah nak berenti ni karang...

Percutian ke Langkawi, Alhamdulillah... memang seronok. Langkawi memang tak menghampakan. Kawasan kecik tapi tempat menarik banyak. Tempat-tempat nak pergi tu pun dekat-dekat aje, kiranya dalam satu hari boleh cover 2 atau 3 tempat. Bila penat, drive sikit aje daaah sampai hotel.





Sorilah ya, gambar jadi cinonet. Untuk imej lebih besar, klik aje kat gambar tu eh!

Underwater World, walaupun kecil berbanding KLCC Aquaria dan lain-lain akuarium yang pernah kitaorang pergi tetap ada daya tarikan. Yang penting anak-anak seronok.

Cable Car~Sky Bridge dan naik bot menyusuri kuala Sungai Kilim rasanya paling seronok sekali. Tolehlah ke mana-mana pun, pemandangan cantik-cantik belaka. Kalau English tu dipanggil "Breathtaking" la...



Tak boleh nak kata apalah, memang kena mengaku, gayat semacam masa duduk dalam Cable Car. Gunung Machinchang tu punyalah tinggi, sangkut kabelnya pun dah hampir 90darjah. Sama aje kecut perutnya masa naik dengan turun.





Nak masuk ke Cable Car tu pun dah seriau. Benda tu bukannya berhenti, cuma lalu aje kat platform menunggu . Kita kena cepat-cepat selit masuk. Bila dah sampai dek kat atas tu pun sama jugak. Kena cepat-cepat langkah keluar. Takut jugak kalau-kalau tertinggal anak kan...



Apapun bila dah sampai di atas, all is worth it. Pemandangan memang cantik. Nampak laut, gunung-ganang, gaung kat bawah dek dan jambatan. Rasa macam berjalan atas angin. Langit terasa dekat betul dengan kepala. Sesekali bila angin bertiup, terasa jambatan tu bergoyang-goyang. Heeeii... crazy!



Cumanya tak larat turun-naik tangga tanah dari Dek ke Sky Bridge tu. Dah ler kecik, curam pulak tu. Aduuuh... mengah! Si Amiin macam biasa, tak nak jalan. Berdukung all the way. Lenguh kaki lenguh tangan.

Ni kalau bawak Mak Bapak yang sakit lutut, memang no go laah... Kita yang separa tua ni pun tak larat, apatah lagi yang memang dah tua. He he...

Tapi tabik kat rombongan Pakcik-pakcik dan Makcik-makcik orang putih tu. Dengan badan yang besor-besor, dengan muka yang merah macam udang kena rebus, dengan peluh yang mencurah-curah, tetap jugak optimis manjat tangga! Tapi biasalah diaorang kan... memang sporting.

Hmmm... kan dah kata, kalau dah mula... memang payah nak berenti punya. Ni pun sebenarnya cerita dah memanjang ke kuala Sungai Kilim tapi kita potong dan paste kat page baru. Rasanya kita berhenti kat sini dululah ya. Esok lusa kita sambung balik cerita.

Until later...