Monday, March 4, 2013

Kembara Umrah-Ziarah 13-23hb Feb 2013...(3)

17hb Feb 2013 - Hari bertolak ke Mekah. Akan singgah di Masjid Miqat Zul Hulaifah (atau Bir Ali) untuk berniat Ihram dan Umrah. Kitaorang terus bersiap-siap  mandi sunat Ihram dan pakai pakaian Ihram di hotel. Dalam 8.30pg kesemua barang dan beg dipunggah dan disusun dalam kereta...

Malam sebelumnya kitaorang memberi ingat-ingatan pada diri sendiri dan anak-anak tentang ibadah Umrah dan cara-cara nak melakukannya. Top-up lagi mana-mana yang Si Aarif dan Si Adeem mungkin lupa...

Untuk Hannan pulak ada sikit complication.  Haidnya kembali selepas 2 hari bersih di Madinah. Dia akan tetap perlu berniat Ihram dan Umrah di miqat dan sementara menunggu bersih, dia akan lama berada dalam Ihram. Bagi dia faham dan ingatkan supaya dia betul-betul menjaga pantang-larang dalam Ihram. Risau jugaklah kan. Sedangkan orang tua pun mudah buat silap, apatah lagi anak remaja...
Gaya Cik Abang check wallet ada tak, passport ada tak, kunci kereta ada tak, kad kunci bilik ada tak...
Alhamdulillah... rakan yang baru lulus visa Umrahnya petang 14hb dan bertolak dari Doha pada subuh 15hb dah pun selamat sampai di Madinah lewat beberapa jam aje selepas ketibaan kitaorang di hotel. 16 jam memandu tanpa henti kecuali untuk solat, isi petrol, beli makanan dan toilet break. Memang benar semangat dan kekuatan yang Allah beri untuk orang yang bersungguh-sungguh...

Konvoi bergerak dalam pukul 9.00pg dan tiba di Masjid Miqat Zul Hulaifah sejam kemudian. Lama jugak menunggu untuk selesai menukar pakaian dan Solat Sunat Ihram. Jemaah sangat ramai. Bilik air dan ruang solat dalam masjid penuh...
Sambil menunggu, kita buat last minit revision. Tudung putih -Ina, tudung hitam- Rita, tudung biru- kita laa...
Tiga keluarga dengan jumlah 13 orang anak-anak kesemuanya... Alhamdulillah... Anak-anak yang sulung  remaja dan anak-anak yang bungsu baby semuanya perempuan. Di tengah-tengah berderet anak lelaki. Ayah masing-masinglah melayan diorang memakai Ihram...
Di sekitar Masjid Miqat Zul Hulaifah dan menuju ke kereta untuk berniat Umrah dan teruskan perjalanan...
Si Amiin belum mau melakukan Umrah. Dia kata dia masih kecik... belum masuk 7 tahun pun. Hmmm... sabor ajelah... Tak lama berjalan dari Zul Hulaifah, tiba-tiba dia berteriak, "Haaaa... siapa makan ni batal la Ihram dia..!" Terkejut semua yang mendengar. Apa kehalnya pulak kan? Sambil ketawa-ketawa dia tunjukkan bungkusan potato chip yang baru dibeli. "Ni haaa... kan nama dia Al-Batal..." Hadoooiii... budak ini... ada-ada aje tau...
Al-Batal Potato Chips, santai si Haniis, gurun padang pasir, tanda sempadan Tanah Haram, bas rombongan dari Doha...
Perjalanan berjalan lancar Alhamdulillah... Protokol perjalanan pun sama aje macam yang semalam dan kelmarin. Dalam pukul 3.30ptg kitaorang dah melepasi sempadan dan masuk ke Tanah Haram. Tapi lagi sekali kitaorang terpaksa berpusing-pusing dulu sebelum dapat sampai ke Hotel Nawazi yang berdekatan dengan King Abdul Aziz Gate...
Masjidil Haram yang dekat tapi jauh...
Bukan sebab salah jalan tapi salah timing. Kitaorang sampai di bandar Mekah betul-betul semasa azan Asar berkumandang. Jalan menuju ke hotel dah ditutup. Terkedu sekejap sambil berfikir-fikir jalan mana yang perlu diambik...
Kitaorang lalui satu kawasan tak jauh dari Masjidil Haram di mana kesemua bangunan dalam proses dimusnahkan...
Akhirnya kitaorang meredah arus jemaah yang berpusu-pusu hendak ke Masjidil Haram dan berhenti menunggu betul-betul di sekatan jalan berhadapan Istana Raja. Tunggulah kat situ hingga Solat Asar selesai untuk buat U-Turn dan sampai ke hotel...

Until later...

p/s Boleh baca Kembara Umrah & Ziarah 17-24hb Feb 2012... (4)
                        Kembara Umrah & Ziarah 17-23hb Feb 2012...(5) kat sini...

2 comments:

  1. bertuah anak-anak ini...seronok melihat gambar mereka. tulah huda, nak ajar anak buat ibadat umrah bukan macam ajar anak puasa, ajar solat. tak mahu puasa, boleh stop setengah jalan. saya belum bersedia membawa 2 Abdul saya lagi ke Tanah Suci. tunggu mereka dah bersedia sepenuhnya dalam setahun 2 lagi, insya-Allah,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah, 2 Abdul Anim tu berkemampuan untuk buat ibadah Umrah.
      Tapi kalau nak tunggu sampai diaorang akil baligh pun bagus jugak. Bermakna diaorang boleh terus melunaskan Umrah Wajib diri masing-masing.
      Macam anak-anak lelaki kitaorang semua ni, Umrah yang diaorang buat masih dikira sebagai Umrah Sunat aje...

      Delete