Monday, March 11, 2013

Kembara Umrah-Ziarah 13-23hb Feb 2013...(4)

Apabila tiba di Hotel Nawazi, rombongan berhadapan dengan masalah bilik yang belum sedia dikemas dan jugak jumlah bilik yang tak mencukupi. First-come-first-serve lah jadinya dan hampir 20 keluarga terpaksa dipindahkan ke hotel lain dulu...
Menaiki bukit yang agak curam sebelum sampai ke hotel...
3 kereta kitaorang diletakkan dalam tempat kereta berbayar yang bersebelahan hotel. Tunggu punya tunggu, waktu Maghrib pun dah nak masuk. Jadi kitaorang buat keputusan untuk selesaikan Umrah dulu...

Hannan, Haniis dan Amiin ditumpangkan di bilik Rita dan suaminya Azlan yang dah dapat bilik sebab nama dalam senarai teratas. Diaorang sempat sampai ke hotel sebelum jalan ditutup. Dengan itu jugak Hannan diberi tanggungjawab menjaga Amir - 3 tahun, anak Rita dan Zakira - 5 tahun, anak Ina...

Masa kita beritau rancangan ni pada Hannan, tiba-tiba dia terus menangis. Kita ingat dia bengang sebab kena jaga budak ramai-ramai. Rupa-rupanya dia sedih sebab kena tinggal... tak dapat buat Umrah. Laaa... apasaaallaaa tak cakap awal-awal. Sia-sia aje kena sedas, dua das dengan kita...

Yang Ibu Si Hannan ni pun satu kan... mau nak nembak aje. Dah tembak baru nak tanya... Astaghfirullah... kesian kat Hannan. Kita pun cepat-cepatlah cakap Sorry... dan pujuk-pujuk dia. Kasik kata-kata perangsang kat dia... 

Pujuk dan beritau dia, Insyaa Allah pahala dia pun besar. Dia jaga anak-anak kecik supaya Mak Bapak dapat buat Umrah dengan hati yang lega. Insyaa Allah... dia akan dapat selesaikan jugak Umrah dia... cuma kena sabar menunggu dan banyak berdoa. Alhamdulillah... lepas tu barulah dia ok...

Kitaorang semua berpecah apabila hendak ke Masjidil Haram. Cik Abang dan Kapten Zairin bersama dengan anak-anak lelaki. Rita dan Azlan bersama 3 orang anak diaorang. Kita bersama Kak Sarah, seorang rakan dari rombongan bas. Ina dan anak sulungnya, Zahida bersama dengan anak sulung Kak Sarah...
Budak berempat yang banyak cerita...
Suasana Masjidil Haram sangatlah sesak. Jemaah sangat-sangat ramai dan keadaan dataran Masjidil Haram yang dalam proses ubahsuai tu menjadikan kesesakan berganda-ganda. Namun Alhamdulillah... kitaorang berdua sempat menghabiskan Tawaf beberapa minit sebelum azan Isyak dan menyambung Sai'e sebaik-baik selesai solat. Alhamdulillah... selesai Umrah dalam pukul 9.45mlm. Tak lama lepas tu... Ina, Zahida, Rita dan Azlan pun selesai mengerjakan Umrah masing-masing. Cuma group Cik Abang aje yang tak sampai-sampai lagi...
Aarif kontrol jambu, tak nak bercukur. Adeem pulak mintak ambik gambar, dia nak tengok rupa kepala dia...
Syukurlah masa tu kitaorang dah dapat bilik. Akhirnya pukul 12.30mlm barulah diaorang sampai. Kita tanya kat Cik Abang, apasal lama sangat. Dia kata kali ni memang letih melayan kerenah budak-budak. Tau ajelah budak-budak bila dah ramai... macam-macam hal timbul. Ada yang nak terkencing laa... terberak laa...  terkentut laa... sakit kaki laa... adoiii... Punyalah lama nak menghabiskan Tawaf dan Saie... sabor ajelah...

Hari-hari berikutnya dihabiskan dengan berulang-alik ke Masjidil Haram. Macam biasa... kita memang suka bersolat di Tingkat 2. Jadi dapatlah ambik gambar-gambar ni...
Sekadar merakam kenangan...
Si Amiin yang lucu. Dah dua hari lepas dia botakkan kepala dia... sibuk la pulak nak pakai Ihram bila nak ke Masjidil Haram. "Nak buat Tawaf..." kata dia. Cik Abang layankan ajelah. Tapi masuk pusingan ke 5 dia dah penat. Makanya tak sempurnalah Tawaf Sunat Cik Abang. Nasib baik buat Tawaf boleh berhenti dan sambung semula. Hai anak... anak...
Amiin, Haniis dan kami sekeluarga di Mekah...
Sempat ikut rombongan MAQ melawat kawasan Gua Hira', Mina, Arafah dan Jabal Rahmah. Tapi tengok dari dalam bas aje. Sempat turun sekejap di Jabal Rahmah beli air dan makan aiskrim. Solat Maghrib di Masjid Hudaibiah dan berakhir dengan program Tazkirah bersama pelajar Universiti Umm Qura. Tak dapat jugak nak singgah ke Muzeum Haramain. Lagi sekali, pemandu bas yang kelewatan tu dengan sesuka hatinya ikut itinerary dia sendiri... hmmm...

Ada jugak beberapa kali kita bawak Haniis ke Masjidil Haram. Saja bagi lega kat Hannan yang dah mula sakit kepala kebosanan. Kata Si Aarif, "Kakak dah kena Cabin Fever..." Kesian ya... risau pun ya. Iyelah... 23hb dah nak bertolak balik...

Kemudian barulah kita perasan, 21hb ialah hari ke-15 haid Hannan. Esoknya 22hb, dia dah masuk kategori Isthadah. Dah kena bersolat dan maksudnya dia dah boleh selesaikan Umrah yang tertangguh. Cik Abang pun merujuklah pada Ustaz Salman tentang cara dan adab nak buat Umrah untuk orang yang Istihadah...

Tapi sebaik aje balik dari program, Hannan kata dia dah clear... Alhamdulillah... lega rasanya...

Until later...

2 comments:

  1. besar jasa hannan..kesian baca dia menangis tu..
    lucu baca cerita amin, agaknya kalau kena tolak (wheel chair) masa tawaf, suka agaknya kan.
    part cik abang jaga hero, saya terfikir benda yg sama juga kalau bawa anak yg big size tu. jalan sikit dah penat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak gitulah... kena sabar nak melayan.

      Kalau diaorang penat, ajak siapkan pusingan dulu, lepas tu duduk rehat sekejap. Agak-agak dah ok... ajak sambung tawaf lagi. Itulah yang Cik Abang buat masa malam diaorang buat Tawaf Umrah haritu...

      Memang nak kena sabaaaarr... hehe..

      Delete