Sunday, March 3, 2013

Kembara Umrah-Ziarah 13-23hb Feb 2012...(2)

Perjalanan dari Riyadh ke Madinah berjalan lancar walaupun melalui ribut pasir yang kuat. Kitaorang hanya menjadi pening bila dah sampai di Madinah. Banyak jalanraya ditutup untuk kerja-kerja pembangunan bandar. Mula-mula kitaorang cuba ke Masjid Nabawi. Berpusing-pusing hampir sejam tapi tak jugak dapat nak sampai ke masjid. Jalan yang Cik GPS suruh masuk semuanya ditutup belaka...

Kemudian cuba pulak nak ke Hotel Saha... pun tak dapat jumpa. Jalannya dah betul... tapi kitaorang tak nampak hotelnya di mana. Sabor, sabor... Lepas calling-calling mintak tunjuk arah pada orang yang menguruskan tempahan hotel... barulah kitaorang dapat sampai. Masing-masing tersenyum kambing. Rupa-rupanya dah lalu kat depan hotel tu 2-3 kali... cuma tak perasan aje...

Alhamdulillah... gembira dapat hotel yang sangat-sangat dekat dengan Masjid Nabawi. Keluar sikit aje dah nampak terus ke Pintu 25 - Pintu Uthman Bin Affan. Pintu yang dikhaskan untuk jemaah wanita...
Suasana sekitar Masjid Nabawi selesai Solat Subuh..
Malam itu kita dan Hannan pergi ke Raudhah. Cerita yang sama seperti dulu... takde bezanya. Kita rasa sangat tak gembira bila tengok manusia tanpa segan berebut dan bergaduh semasa menjadi tetamu Allah dan Rasulullah...
Kawasan solat jemaah wanita di sudut hujung paling kanan...
Sebenarnya kita nak menunggu dan masuk ke Raudhah dengan rombongan jemaah Malaysia tapi rakan yang kita "bawak" tiba-tiba potong line. Dia buat rayuan kat 2 orang Polis Wanita yang menjaga supaya terus melepaskan kitaorang masuk ke ruang menunggu di dalam...

Tak dinafikan rakan kita tu memang punya charm yang tersendiri. Sudahnya rayuan diterima walaupun dedar pipi kena tengking sedas-dua. Kitaorang dibenarkan masuk. Sebelum berlalu... sempat rakan kita tadi bersalam dan mencium pipi Polis Wanita tu. Hmmm... tak terkata... Apapun kita bersyukur dapat kembali menziarah Rasulullah dan Raudhah... Alhamdulillah...

Untuk pengetahuan, rakan kita bercakap dengan patah-patah Bahasa Inggeris yang paling asas. Tak reti pun Berbahasa Arab. Tapi dia ni memang jenis peramah, tak segan mintak tolong pada orang yang tak dikenali dan tahan bila dimarah-marah. Kalau orang lain dah give-up dah... tapi dia boleh lagi terus memujuk-mujuk hingga akhirnya orang yang tak mau memberi atau marah-marah jadi sejuk dan mengalah. Rezeki dia memang begitu selalu... dan begitulah caranya tiga malam berturut-turut dia ke Raudhah...
Kelas menghafaz Al Quran di dalam Masjid Nabawi dan Prof Mohd Kamil baru memulakan kata-kata... 
15hb Feb 2013 - ada Majlis Tazkirah pendek oleh Prof. Mohd Kamil Ibrahim. Ia diselit antara waktu solat Asar dan Maghrib. Hmmm... tegas dan terus-terang sungguh kata-kata Prof. ni. Persoalan-persoalan yang diajukan mencabar pendengar untuk menjawab dengan jujur. Sangat terkesan...
Di kebun kurma..
16hb Feb 2013 - rombongan MAQ ada lawatan ke Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, kebun kurma dan Masjid Hudaibiah...

Sebenarnya tarikan kitaorang lebih pada hendak melawat Kilang Mencetak Al Quran. Tempat-tempat lainnya (kecuali kebun kurma) dah dilawati tahun lepas. Tapi malangnya itulah tempat yang tak dapat nak disinggahi dek masalah pemandu bas yang sewenang-wenangnya ikut itinerary dia sendiri...
Hannan dah rakan-rakannya Lina dan Zahida...
Berpusu-pusu orang-ramai membeli kurma, coklat dan lain-lain makanan untuk dibawak balik. Kitaorang tak beli apa pun. Coklat-coklat yang dijual semua pun sama dengan yang ada kat Doha. Kurma Ajwa dah ditempah dengan pelajar yang menjadi tour guide bas kitaorang. Jadi jamu mata dan jamu free sample ajelah. Ada pengumuman yang memberitahu semua free sample dihalalkan tuan punya kedai... Alhamdulillah...
Merakam kenangan...
Ada teh manis dihidangkan di bawah pohon kurma di tepi kedai. Jadi minum-minum dulu sementara menunggu. Penjual yang yang di dalam gambar tu tak menjual kurma tapi menjual ubat-ubatan dan herba. Dalam bakul hijau tu Buah Zuriat namanya...

Pokok-pokok kurma berbunga dan berbuah pada musim panas. Jadi sekarang ni semua pokok togel belaka. Sekali pandang macam pokok kelapa sawit pun yea...

Sebaik-baik sampai semula di hotel setelah selesai program lawatan, kita terus berkemas-kemas. Pagi esoknya dah nak bertolak ke Mekah. Perjalanan diteruskan...

Until later...

p/s Boleh baca Kembara Umrah & Ziarah 17-24hb Februari 2012...(2)
                        Kembara Umrah & Ziarah 17-24hb Februari 2012...(3) kat sini... 

2 comments:

  1. 1) Untungle boleh bertutur dlm bhs Arab dn dpt pujuk bagi lepas di raudhah..kalau tak, menunggulah macam kamj
    2) Bestlah ada tazkirah bersama prof kamil. Dpt dengar di kota madinah lagi.
    3) buah zuriat tu baik yg bentuk buah, bentuk serbuk saya dah makan...heee...

    ReplyDelete
  2. Anim, rakan saya bercakap dengan patah-patah Bahasa Inggeris yang paling asas. Bahasa Arab memang dia tak reti pun...

    Tapi dia memang jenis yang tak segan mintak tolong orang yang tak dikenali dan tahan pulak kalau dimarah-marah. Tetap terus memujuk-mujuk dan akhirnya orang yang marah-marah pun mengalah. Rezeki dia memang begitu selalu...

    Doa kita untuk catatan No.3... semoga dimakbulkan Allah... Amiin

    ReplyDelete