Friday, March 29, 2013

Seri Kaya Karamel...

"Uuuuuuuuuu...." kata budak-budak bila Seri Kaya Karamel panas disapu ke atas roti...
Rentetan dari permintaan Si Amiin... inilah dia Seri Kaya Karamel yang terhasil. Untuk pengetahuan, setakat hampir dua tahun duduk kat Doha ni... kita belum pernah lagi jumpa seri kaya dijual kat mana-mana kedai. Jadi rasanya memang berbaloilah kalau dibuat sendiri...

Resepinya hampir sama di hampir setiap blog yang kita tengok. Che Mat Gebu dah post di MyResipi sejak tahun 2007 lagi, jangan tak percaya... Baru-baru ni pun dia ada postkan sekali lagi kat Dapur Tanpa Sempadan...

Tapi disebabkan resepi tu guna timbangan, kita ikutlah resepi dari Perniagaan Katering & Restoran yang guna sukatan cawan. Malas betul nak keluarkan penimbang... hahaha... Meh pegi dapur!

Seri Kaya Karamel...

1 cwn gula + 1/2 cwn air panas
- letakkan kedua-duanya di dalam non-stick pan dan masak hingga gula hangus mula terbentuk
- kemudian tambahkan lagi 1/2 cwn air panas
- biarkan ia masak sebentar, tutupkan api dan sejukkan
- kepekatan karamel ialah seperti madu

1 cwn gula + 3 biji telur + 1 sdt esen vanilla
- dipukul sebati

1 cwn santan pekat + 2 sdbsr tepung kastard
- dibancuh rata
Bancuhkan sebatian telur dan santan.
Masukkan ke dalam karamel dan gaul rata.
Mulakan memasak dengan api sederhana.
Sentiasa mengacau kaya dengan senduk untuk mengelakkan ia hangus.
Apabila kaya sudah mula meletup-letup, tutupkan api.
Teruskan mengacau hingga kaya menjadi likat dan berkilat.
Sejukkan sebentar dan sedia untuk dihidang.

Kita rasa... tak perlulah masak terlalu lama, nanti kaya akan jadi kental bila ia dah sejuk. Payah pulak nak sapu kat atas roti. Tak pun mungkin boleh kurangkan tepung kastard untuk dapatkan tekstur kaya yang kita semua dah biasa tengok tu...

Mana gambar Pau Kaya? Hmmm... sebenarnya kita dah buat dah Pau Kaya pagi tadi. Sedap memanglah sedap... tapi bab dia punya rupa tu yang tahan tu... hodohnya laa... Punyalah payah nak menutup doh lepas letakkan inti kaya, sampai jadik herot-berot rupa paunya. Hahaha... nantilah eh... Insyaa Allah bila kita dah pandai buat Pau kaya yang cantik... kita letak gambornya kat sini yea...

Until later...

7 comments:

  1. assalamualiakum Mala, alahai sian nya kat pau tu tuan dia sembunyikan alolo tkpa lain kali tunjuk nooooo mmg lah kak noor pun takpernah buat buat pau jugak hahaa sbb anak2 ni tk gemo sngt tulah jadinya mak dia pun tk reti nak buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor salah nama... hehe... saya Huda. Apapun... waalaikumsalam...

      Delete
  2. kalau pakar masakan cam huda pun malu nak tunjuk hasil pau...saya ni lagilah. bukan herot saja, dah mengelebeh pun ada. bila belah du, inti pun dah lari kanan kiri, huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakar masak hentam keromo... itu baru betul... hahaha

      Delete
  3. terkejut kaknoor bagi salam :-)

    mak aku rajin buat kaya sendiri dulu-dulu.

    ReplyDelete
  4. hahaha... tersilap taip agaknya Kak Noor tu...

    Batch yg tu dah habis... budak-budak kat kalau Ibu rajin, buatlah lagi!

    ReplyDelete