Wednesday, April 24, 2013

Istanbul - 30hb Mac-4hb April 2013...(2)

Buah berangan dipanggang atas dapur arang...
Di kebanyakan tempat di Istanbul, pasti akan jumpa penjual jagung rebus dan buah berangan panggang macam ni. Gerai ni betul-betul bersebelahan pintu masuk ke masjid tu. Jagung rebus harganya Lira 1.50 sebatang dan buah berangan dijual ikut timbangan. Harga standard Lira 5.00 untuk 100g. Layan... perut masing-masing dah mintak dialas...
Liat tapi sedap...
Kitaorang teruskan perjalanan hingga ke penghujung Sultanahmet Meydani. Jumpa lagi satu snack food popular kat Istanbul... roti Simit. Lira 1.00 seketul. Keras tapi sedap. Boleh mintakkan dia sapu Nutella tapi extra charge la... Layan jugak...
Kagum melihat detail plan. Sungguh berseni...
Sultanahmet Meydani ni memang sangat besar. Blue Mosque di satu hujung dan Hagia Sofia di hujung lagi satu. Di tengah perjalanan antara keduanya ada banyak lagi bangunan-bangunan lain. Antaranya ialah Hurrem Sultan Hamamu atau kata lain Turkish Bath yang selalu keluar kat dokumentari Travel Channel tu. Ia adalah bangunan merah kat belakang Cik Abang dalam gambar kat bawah...
 
Bangunan madrasah sedang dibaik-pulih dan kawasannya dipagari papan yang tertulis pelbagai maklumat dan sejarah Kerajaan Islam Istanbul. Seronok jugak sambil berjalan... sambil membaca...
Hagia Sofia yang penuh sejarah...
Hagia Sofia adalah gereja tersohor di zaman Kerajaan Rom. Dibina dalam tahun 537M. Selepas pembukaan Istanbul oleh Sultan Al Fatih... ia tak lagi berfungsi sebagai gereja tetapi sebagai masjid sehinggalah tahun 1935. Ia telah dijadikan museum...
Ulat tiket kata, beratur makan masa 2-3 jam... Tengok tu, Haniis tengah marah Amiin sebab duduk kat stroller dia...
Hagia Sofia ni bagaikan time capsule. Timbunan sejarahnya berlapis-lapis. Sayangnya kitaorang tak larat nak masuk sebab tengok punyalah panjang orang beratur nak beli tiket. Ada jugak ulat tiket yang offer, harga tiket mahal sikitlah tapi terus terang cakap... rasa tak larat nak masuk tempat yang besor-besor pada hari tu...
Ada 2 buah kepala Medusa kat dalam tempat ni dan sebab-musabab ia diletakkan ada pelbagai andaian...
Kat depan Hagia Sofia ada satu dataran taman yang luas dan cantik. Kat situlah hub centre untuk agen-agen bus tour sekeliling bandar dan boat tour di Teluk Bhosporus. Di seberang jalan dari Hagia Sofia ialah Basilica Cistern iaitu tempat penyimpanan air bawah tanah. Ia adalah yang terbesar di antara ratusan cistern di Istanbul...
 
Air disalurkan menggunakan sistem Aquaduct dari kawasan pergunungan. Yang kat gambar atas tu bukan menara tapi adalah tinggalan tiang aquaduct bersebelahan Basilica Cistern. Disebabkan kitaoarang tak pergi sendiri... silalah tengok rupa Aquaduct of Valens kat sini ya...
Masukkan ibu jari dalam lubang kat tiang dan pusingkan tangan sambil make a wish. Katanya berhasil... ish...
Cistern ni boleh menampung 100,000 tan air. Tapi sekarang ni airnya mungkin separas betis aje kot. Airnya jernih dan boleh nampak ikan koi yang gemuk-gemuk berenang. Walaupun dah letak lampu, kawasan dalam cistern ni memang sejuk dan gelap. Budak-budak kata spooky...
 
Bumbung dan dinding cistern dibina menggunakan simen tebat air. Tapi rasanya dek kerana proses condensation, air sentiasa menitik turun dari bumbungnya. Berjalan kena hati-hati.. dahlah gelap, basah pulak. Silap langkah boleh tergolek...
Selain dari ni, order kebab dan sandwich. Telan ajelah... dah beli... mahal...
Bila keluar dari bawah tanah, budak-budak mintak makan. Jadi duduklah kat cafe tak ingat namanya ni. Makanan lebih rupa dari rasa. Kiranya cuma masuk kategori "boleh la dimakaaan"... Air merah tu ialah perahan buah delima segar. Apa rasa? Payau, pahit, manis...eerk... macam minum jus isi buah + jus kulit buah. Tak sedap... huhuhu...
 
Masa tengah layan budak-budak makan, terdengarlah azan Asar. Terungkailah misteri azan Zohor yang lamaaaa sangat nak habis masa di Blue Mosque. Rupa-rupanya muazzin Blue Mosque dan satu lagi masjid yang tak diketahui lokasinya bersambut-sambut melaungkan azan. Suka dengar... berkait-kait lenggok lagunya...
Cuma sempat pegang dan hidu sabun warna-warni pelbagai haruman...
Kitaorang ingat nak sambung jalan-jalan dan cuci mata kat bazaar ni... tapi tiba-tiba Si Haniis memulakan tantrumnya. Adooii... lemah betul la bila dia dah mula perangai baru dia ni... Melalak sekuat-kuatnya kat tengah jalan tu. Tak boleh dipujuk... tak boleh dipegang. Mula-mula buat tak tau aje... tapi boleh la pulak lepas tu dia bocor air kencing meleleh sampai ke tanah. Tak boleh buat apa dah la nih. Angkat, bawak masuk tandas, basuh dan pakaikan lampin baru... pastu terus balik bilik...
 
Sebenarnya kat cafe bazar ni... hampir setiap malam ada persembahan The Whirling Dervish. Persembahan pengamal Sufi yang berzikir gaya berpusing-pusing dengan topi tinggi dan skirt kembangnya tu. Tapi memang takde rezeki nak tengok kot sebab bermula malam tu dan 3 malam seterusnya... Amiin demam panas 39C. Hmmm...
 
Until later...

4 comments:

  1. aiseh .. potong stim la haniis ni. sikit punya best collage yg last tu :-)

    ReplyDelete
  2. dugaan bercuti lah kan huda,,,nak kata apa..
    saya memang tertarik dengan tarian sufi tu kat TV... satu hari nanti, manalah tahu kan boleh jejak kaki ke sana..
    saya rasa kalau part beratur dan tengok peninggalan sejarah tu, memang tak kisah berjam..
    bukan kata si kecil hanis, yang besar macam si Abdul pun buat perangai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehendak orang tua dengan budak-budak tak sama... hehe

      Delete